Saturday, 19 February 2011

Resepi Nasi Ayam Khadijah Nas

Kalau korung nak tahu, masak nasi ayam adalah yang paling
 Mudah, Cepat dan Senang.
Apa taknya, nasi ayam kan terdiri daripada
Nasi + Ayam + Sup + Salad + Timun + Tomato + Sos pencicah

Hari ini berpeluang jugak la aku masuk dapur sediakan nasi ayam
Itu pun sebab dah kena suruh kan
Yeay kantoi malas masak

Walaupun masak nasi ayam ni aku kata senang
Tapi aku percaya ramai jugak dekat luar sana yang tak tahu
Cehh, bajet ko sorang je la yang tau kan
(^________^)

Ok so dengan hati yang murni aku kongsikan jugak resepi
Cara cara mudah aku buat nasi ayam ni


Gambar cilok google ya

Mula mula nak buat nasi ayam ni kena mula dari sup dia dulu
Oya, penyediaan nasi ini sesuai untuk 8 orang makan

Bahan bahan untuk sup

4 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih di hiris nipis
1 paket sup bunjut
Air
Seekor ayam siap di siang ikut suka nak potong besar mana
1 cm Halia
3 biji ubi kentang dibuang kulit
Garam
Daun sup di potong halus

Cara cara buat sup

Sediakan periuk yang sederhana besar
Panaskan periuk
Tuang sedikit minyak masak dalam 2 sudu besar
Tumis bawang putih dan bawang merah
Setelah naik bau masuk kan  ayam
Dah masukkan ayam masuk pula 2 cawan air masak
Biar sehingga air stok ayam keluar
Setelah 5 minit masuk air lagi sampai 3/4 periuk
Masuk sup bunjut dan halia dan ubi kentang
Biar sehingga mendidih
Bubuh garam secukup rasa



Cara cara buat nasi

Basuh 5 cawan beras
Masukkan dalam periuk nasi
Masukkan sup yang dah masak tadi
Sukat air macam masak nasi biasa
Buh dalam rice cooker dan tekan cook
Kalau nak bau yang agak wangi buh la rempah ratus
Macam bunga lawang, kuli kayu manis

Cara cara buat ayam

Keluar kan ayam dalam sup tadi
Masuk dalam bekas
Lumurkan dengan kicap sehingga rata
Tuang madu sehingga rata
Biar seketika
Goreng sampai masak

Cara cara buat sos

4 biji cili merah dengan sedikit air di bland
Kemudian, tuang dalam periuk kecil dan masak atas api
Apabila mendidih bubuh garam, gula dan cuka secukup rasa

Cara menghidang

Masuk nasi dalam mangkuk besar
Taburkan bawang goreng dan daun sup

Masuk sup dalam mangkuk besar
Taburkan bawang goreng dan daun sup

Masuk ayam dalam pinggan dilapik dengan daun salad
Hiaskan dengan hirisan tomato dan timun

Sediakan sos pencicah dalam mangkuk

Siap untuk di makan!
Mudah kan?

Selamat mencuba

KHADIJAH NAS

8 comments:

ekyn ashikin [Reply]

masak tuk aku kd...

cik yuz [Reply]

haha..bley kawin dh ni.. :D

Khadijah Nas [Reply]

ekyn: haha.. try la buat dulu..

Khadijah Nas [Reply]

adek yuyus: boleh boleh.. sapa sapa nak masuk minang dialu alukan ya.. kahkahkah

Anonymous [Reply]

I don't leave a response, but after reading a great deal of remarks here "Resepi Nasi Ayam Khadijah Nas". I actually do have 2 questions for you if you do not mind. Is it only me or does it seem like a few of these comments come across like they are written by brain dead visitors? :-P And, if you are writing on additional social sites, I'd
like to keep up with anything new you have to post. Would you post a list of every one
of all your shared pages like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?
Have a look at my web page :: amphora tobacco

Anonymous [Reply]

Outstanding quest there. What occurred after? Good luck!
My web site > golden virginia

Anonymous [Reply]

These are actually impressive ideas in about blogging.
You have touched some good things here. Any way keep up wrinting.
Look at my web-site - borkum riff black cavendish

Anonymous [Reply]

Definitely believe that which you said. Your favorite
reason appeared to be on the net the easiest thing to be aware of.
I say to you, I certainly get annoyed while people consider worries that
they just don't know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal. Will likely be back to get more. Thanks
Feel free to visit my blog :: samson tobacco