Tuesday 13 September 2011

Cara Penyediaan Ayam Kampung Panggang

Bila hari hari tengok Anis Nabila dan Sherson Lian masak sepanjang bulan Ramadhan lepas (almaklum rancangan masak masak ni la yang banyak masa bulan puasa) sangat admire sebab nya sangat simple, mudah dan cepat. Paling admire dekat Sher la dengan good looking nye (ahaks!) dan seriously suka tengok dia masak masakan melayu, cakap melayu, pakai baju melayu (Ahh kalau dah nampak good looking tu semua dia buat suka je).

Then bila balik beraya di Kg Dingin awal Syawal yang lepas, Tokwan sembelih ayam kampung sampai 4 ekor. Cabut bulu ayam dan siang ayam tu aku memang angkat kaki jauh jauh la kan tapi bila dapat tugas buat ayam panggang terus bersemangat mengoffer diri nak sediakan bahan rencah untuk salut dekat body ayam ayam tu dari luaran nya sampai lah dalaman nya.

Aku kan suka mereka cipta resepi macam nasib cup cake yang pahit tu tapi kali ini eksperimen sangat berjaya dan disukai ramai tau tau (tipu la tak bangga!) 



Penyediaan bahan untuk perap ayam tak susah sebenarnya. Aku suka guna bawang putih yang banyak, bawang besar yang banyak, serai yang banyak, lada hitam yang banyak, dan halia juga. Semua tu tumbuk dalam lesung batu. Better tumbuk daripada blander sebabnya bila tumbuk dia akan keluarkan rasa yang lebih original. Memang agak kasar bahan bahan tu jadinya tapi itulah yang terbaik. Then aku lumur jugak dengan serbuk cili, serbuk kari daging, kicap dan jangan lupa bahan perasa secukupnya garam dan gula. Better bubuh gula lebih sikit.


Sementara nak tunggu bahan pemerap siap dibuat, stand by la kayu api dulu. Sebenarnya better perap ayam yang sudah berlumuran dengan pelbagai rencah tadi agak lama untuk bagi peluang bahan bahan rencah tu menyerap masuk ke dasar isi ayam tak pun balut dengan pelastik dan masukkan dalam peti ais untuk menjadi lebih power. Kemudian panggang lah atas bara api sehingga masak dengan memuaskan.



Close-up lebih sikit


Sebenarnya untuk bagi kulit ayat berkilat lumur juga dengan madu tapi disebabkan madu tak ada planta pun boleh la bedal je. Then aku tak tahu lah nak bagi wangi ke bagi berminyak untuk lebih cepat masak la kot renjis kan dengan serai yang telah ditumbuk hujungnya dan dicicah dengan minyak masak.





Of course lah kena golek golek kan ayam tuh untuk bagi masak sama rata kan, dan oppss hati hati jangan sampai hitam legam macam nih.
 (^____________________^)


Then bila dah siap masak agak agak la nak hidang dua ketul macam ni segedebuk kan. Potong la jadi ketulan ketulan kecik dan mungkin ada lagi yang tak masak habis then pergi la letak balik atas api untuk bagi fully masak.



Akhir sekali, sedia lah untuk di hidangkan untuk santapan seisi keluarga. Dengan bilangan rakyat yang ramai huh sekelip mata tinggal tulang ja. Cuba lah!

p/s: Ramai yang menolong tapi saja nak tunjuk konon macam buat sendiri semuanya. Ahakss!


2 comments:

damha [Reply]

wah cedapnya ayam kg golek yg disediakan oleh chef nas dari kg dingin...siap dgn resepi lg...boleh try nie...he3333

khadijah nas [Reply]

cuba la :)