Sunday, 6 April 2014

Bandung: Makan dekat Roppan

Malam kedua di Bandung
Selepas balik dari berjalan sakan dekat Ciwalk, naik hotel tapi kteorang kelaparan.
Semua decide turun balik cari tempat makan dalam Festival City Mall.
Ummi dengan Fifi dah aim restoran Korea yang diorang makan siang tadi.




Macam sedap-sedap je menunya.
Aku tak pernah lagi makan makanan Korea nih.
Bila sampai depan kedai, pelanggan ramai dan diorang dah tak nak amik customer sebab dah lewat.
Kteorang kecewa.
Tak de rezeki aku nak rasa.
Ala tapi baru-baru ni aku makan makanan Korea dekat Setia Mall tak de la sedap mana.
Ke sebab yang masak tu kena orang korea betul baru sedap.
Haishh kena cari lagi nih yang betul betul dari air tangan orang Korea.
So, kteorang ronda lagi jumpa Roppan, restoran makanan Jepun

Gambar Google

Tanya diorang boleh lagi ke kalau nak makan. Diorang kata boleh. Yeyeh.
Masing masing order Bento dengan Bubble Tea.

Sedapppp!!!
Simple je makanan dia.
Bento ni sebenarnya bagi orang Jepun ialah lunchbox.
Tapi kteorang pulak dinerbox. Ahaks!
Aku tak tau dekat Malaysia ada ke tak Roppan ni. 
Tapi macam tak pernah jumpa.


Ish tiba-tiba rindu pulak nak makan Bento.
Hari sebelum bertolak balik Malaysia, kteorang repeat jalan-jalan dekat Ciwalk.
Dekat Ciwalk ada Roppan.



Ummi dengan Fifi ni tapau Roppan lagi.
Aku masa tu tak rasa nak makan.
Adakah sebab aku tengah lapar sekarang ni..?

No comments: