Monday 19 September 2011

Dapat tawaran kos geomatik tapi tak tahu langsung apeke jadahnya Geomatik tu?

Sebelum ni aku pernah layan message dekat FB berjam jam semata mata sebab ada bakal junior tanya tentang apa itu geomatik dan yang terbaru email. Mungkin korung tanya lepas korung terbaca entri akak yang ini kan. Memang akak berusaha sedaya upaya nak terangkan dekat korung about geomatik yang tak berapa nak popular ni kan. Akak memang faham sangat dengan kerungsingan yang memayungi korung lepas gila happy melompat lompat dapat tawaran masuk Universiti tapi terus jadi mendung lepas tengok kos yang dapat namanya Sains Ukur & Geomatik.

Jangan risau, Google lah sebanyak mungkin sampai naik lebam mata untuk memastikan yang korung benar benar faham apa kebendanya Geomatik ni dan lepas dah faham selami balik ulu hati perasaan jantung korung untuk memastikan yang betul ke korung benar benar bersedia untuk sambung belajar dalam bidang baru ni. Tak la baru tapi makin di moden kan sebenarnya mengikut perkembangan teknologi.

Tak pun boleh join FB group GEOMASS UiTM tak pun GEOMASS UiTM ARAU, PERLIS dan tanya seberapa banyak soalan yang berpintal pintal dekat dalam kepala tu. Luah kan semuanya dan InsyaAllah akak akak dan abang abang senior yang berpengalaman malah yang sudah bekerja pun akan jawab soalan soalan adik adik yang pelbagai tu ye.

GEOMASS ialah Persatuan Pelajar Geomatik di UiTM.

Kalau ada kerungsingan hala tuju lepas SPM boleh join group ni dan tanya lah apa sahaja tentang kerjaya. Aku tengok ok jugak jawapan yang admin tu jawab, siap berjela jela lagi kan. Itu pun lepas aku tak tahu nak tulis apa masa dapat email nasuha so ini lah jawapan aku yang boleh dishare sama korung:


Kepada yang bertanya, Semoga Berjaya menempuh cabaran dan pengalaman yang berharga dalam bidang Geomatik.

15 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi [Reply]

geomatik tu apa?
<< poyo je budak uitm arau ni kan? hahaha....

khadijah nas [Reply]

haha.. budak arau eah.. (^__^)

hanis aleeya aka gadis sepi [Reply]

yup :) siap2 makcik nis dulu belajar geomass lagi.. hahaha...

khadijah nas [Reply]

wahh... junior nih.. hihi.. bukan geomass la dik tapi geomatik. geomass tu persatuan pelajar geomatik :)

hanis aleeya aka gadis sepi [Reply]

sama je hahaha.. lantak la =.=" yang nis tau nis Manatics..

khadijah nas [Reply]

lantak la?.. hahaha. manatics tu persatuan kos mana nis?

this is me ,, sHazleen ~ :) [Reply]

T____T x dapat medik dapat sains geomatik ,, xpaham kejadag tu T___T

khadijah nas [Reply]

@this is me ,, sHazleen ~ :) jauhnya terpelanting.. tak pe mungkin ada hikmah di sebaliknya. ramai macam tu, mula mula tak faham tapi lecturer akan terangkan and brief tak pun silap silap dapat assignment and present dalam kelas.. haha. Gud Luck!

Anonymous [Reply]

takut nye buat kptusan...nak ke tak..lepas baca pge ni dok mcm risau bebeno..
Takut DM..n tak bole bwa math walupun math ok if da otak ni berkarat...huhu confius..help! Tq

khadijah nas [Reply]

@Anonymous ramai yang macam tu sebenarnya, mana mana kos pun kalau tak familiar mmg rungsing dibuatnya tapi kalau dah mula belajar, di beri penerangan, bergaul dan berjumpa dengan rakan rakan baru insyaAllah ok. Gud Luck!!

hanis aleeya aka gadis sepi [Reply]

@Khadijah Nas

Management mathematics.

khadijah nas [Reply]

@hanis aleeya aka gadis sepi kenapa dengan management mathematics hanis?

Unknown [Reply]

math moden ok x pa tp pasai pa addmath dah la addmath dpt cukup makan jaa

Unknown [Reply]

la ni kena pikiaq lu nak ambik ka x bidang ni

khadijah nas [Reply]

@Hafiz Azahar Good Luck!