Kali ni aku nak sambung story pasal Geomatik. Aku Diploma Sains Ukur Geomatik dekat UiTM Arau Perlis. Masa sebelum aku dapat tawaran tu aku sempat masuk form six 4 hari je pon pergi sekolah nya, kelas biology dekat SMK Methodist ACS Sitiawan Perak. Aku bukan nak masuk sangat pun cuma teruja nak pergi sekolah naik motor dengan akak aku time tu dia upper six. Pagi pagi kakak aku hantar aku naik motor drop depan pintu sekolah then dia pergi sekolah dia dekat SMK Ahmad Boestamam one way la. Jauh jugak sekolah tu dari rumah tapi tak tau la kenapa aku teruja sangat mungkin dah bosan duduk rumah lama lama tak pun takut kalau dok tunggu lastly tak pi mana baik naik form six siap siap. Tapi before tu memang aku pernah target tak nak sambung form six dah, dah tak larat nak pakai uniform, aku nak cepat cepat nyah kan diri aku dari terikat dengan baju uniform sekolah.
Bila aku dah dapat tawaran Diploma Sains Ukur dan Geomatik dekat UiTM Arau lepas check melalui talian telefon ada la dial number apa tah tengok dekat internet and boleh check keputusan UPU walaupun sebelum tu frust la jugak masa check online keputusan UPU aku gagal, aku pun selongkar la website UiTM nak tau sedikit sebanyak apa benda nya Geomatik ni.
Dapat la info jugak sikit sikit, aku dapat tau yang Diploma Geomatik ni 3 tahun, setahun pertama iaitu semester 1 dengan semester 2 dekat Arau, Perlis and 2 tahun lagi which means semester 3,4,5, dan 6 kena pindah dekat main kampus, Shah Alam.
Bila dah masuk, daftar, orientasi yang memang gila penat tapi syukur tak ada la buli buli ni cuma kena jalan jauh je la berkumpulan siap dengan jerit tempik kakak kakak senior haishh memang penderaan emosi betol!
Masa semester satu, batch aku ni antara yang teramai pengambilannya, hampir 150++ dan mungkin lebih lagi. Ada lebih kurang 7 group, A,B,C,D,E,F,G memang banyak la. Aku antara yang terlambat daftar group sampai tercampak masuk group F. Tapi tinggal berapa je lepas ramai jugak quit lepas dapat tawaran poli tak pun tawaran penjawat kerajaan tak pun bila belajar rasa tak boleh bawak kos ni.
Masa semester 1 ni jugak heboh dan ramai jugak yang masih tak tahu masa part 3 kena pindah Shah Alam, disebabkan aku dah buat homework so aku tak la terkejut beruk sangat, ramai jugak yang mengeluh lebih lagi yang duduk area Utara.
Diploma Sains Geomatik ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;
Diploma Sains Geomatik (Pure)
Diploma Sains Geomatik (GIS)
Diploma Sains Geomatik (RS)
So yang kena pindah Shah Alam ni GIS dengan RS. Yang pure stay je dekat Arau sampai part 6. Alasan kena pindah sebab peralatan dan kemudahan makmal yang tak cukup. GIS dan RS terikat dengan kelas di makmal masa part 5 and part 6.
Lepas naik part 2, kepoh pulak batch aku ni batch terakhir yang guna silibus lama dan batch lepas aku means junior part 1 aku dah tukar silibus baru dan lebih senang dan lebih kurag jam kreadit. Cis! Dan kepoh jugak pasal batch aku ni maybe batch yang terakhir akan pindah ke Shah Alam means lepas ni kesemua Diploma Geomatik just stay sampai part 6 tak ada lagi perpindahan ke Shah Alam. Lepas tu kepoh jugak la batch aku ni tak jadi pindah la. Ramai jugak mengeluh termasuk aku la sebab nya aku dah bercita cita nak pergi Shah Alam sebab aku ada member sekolah rendah kat sana.
Bezanya tiga jenis diploma ni, Pure, GIS and RS ialah subjek yang akan dibelajar masa part 5 and part 6 iaitu tahun akhir diploma. Masa part 1,2,3,4 semua nya still subjek yang sama. Pure ni lebih kepada kerja kerja lapangan means kerja ukur di outdoor, diorang akan ada praktikal satu semester dekat company survey masa part 6. GIS ni pulak lebih kepada pengurusan sistem maklumat berkomputer maknanya dalam bentuk digital la contohnya making map digitally in true coordinate reference as true as muka bumi sebenar. Dan RS or Remote Sensing pulak lebih kepada Sumber Alam means melihat dan mentafsir muka bumi melalui imej yang di capture dari satelit.
Walaupun dah di pecah tiga tapi basic asas nya tetap sama, alat total station yang digunakan tetap sama, cara untk membuat pengukuran on the paper and on the ground juga tetap sama. Just guna software yang berlainan. Itu je beza nya. Cuma nya kalau budak pure dia more knowledge on site lebih lebih lagi hydro, kalau budak GIS knowledge dia tenteng GIS how to use ArcGIS software more and macam tu jugak budak RS diorang more to RS and software ENVI tak pun ERDAS.
Tapi bila sambung degree geomatik, degree ni bagi aku adalah rangkuman all the 3 differents diploma tadi; Pure, GIS and RS. Dan subjek subjek yang di belajar dekat degree adalah ada yang dah belajar masa diploma dulu and ada yang sambungan dan ada yang elaboration more deep further.
Tapi aku akui batch lepas lepas aku ni yang guna silibus baru memang lebih senang la. Jam kreadit sikit dan rombakan subjek yang diambil pada setiap semester. Silibus subjek yang makin di kurangkan terutama silibus subjek matematik dengan fizik. Kalau silibus aku boleh dikatakan setiap semester jam kreadit 20 keatas. Paling max 23 and paling minimum 16 itu pun masa part 6. Gila jeles dengan roomate aku course sains kompter jam kreadit belas belas je kadang tu tak ada kelas pagi banyak hari aku ni boleh dikatakan pagi petang malam ada kelas terkejar kejar la dengan mengukur outdoor nye lagi dengan KESAT nya lagi.
Aku dulu KESAT hari Jumaat petang pukul 3-5 lepas KESAT tu ada pulak kelas BEL memang gila la satu semester terkejar kejar balik kolej mandi solat nak pergi kelas BEL pukul 5.30-7.30. Jauh kot nak jalan. Tapi bila ingat ingat balik itu semua life, kenangan yang manis yang pernah aku tempuh dalam hidup aku ni dan aku suka nak buku kan dalam blog nih.
To be continue.
2 comments:
kisah suka duka perjalanan seorang student yg study dlm ilmu geomatic...sungguh mencabar bila dpt wat kerja lapangan n praktikal...syabas kerna berjaya melaluinya dgn cemerlang...
anak buah juazer rizal dan zakaria laa nie...
Post a Comment