Balik dari melawat Takuban Perahu, kteorang mintak supir singgah ke tempat petik strawberry.
Dah bila tengok dekat blog ramai yang pergi, kena la merasa jugak.
Padahal dekat Cameron Highland tak teringin pon nak pergi petik.
Pengaruh entri-entri di blog-blog merasuk.
Sampai je ke sini, setiap orang di kenakan bayaran masuk sebanyak 10,000 seorang.
Kami berempat di beri 2 bakul dan 2 gunting.
Masuk ladang dan petik mana mana buah strawberry yang dah masak ranum.
Dah petik di larang makan, tapi budak budak ni curi curi makan je sebab supirnya pesan;
Kami: 'Bapak masuk sana boleh petik berapa banyak pun ke? Boleh makan tak?'
Supir: 'Ia boleh, sudah petik kasi timbang untuk bayar, makan banyak nya di atas sana nanti'
Disebabkan kteorang pergi hari Isnin, kteorang je lah yang ada dalam kebun ni.
Lepas dah penat pusing pusing petik buah yang tak berapa nak ada sangat.
Penat juga bergambar seronok seronok.
Turun, timbang, bungkus, bayar Strawberry nya.
Kami di hidangkankan Jus Strawberry sangat lazattt.
Dan semestinya ada yang datang memujuk rayu beli buah buahan nya yang di jual.
Mahu tak tergoda tengok Raspberry.
Tak nak beli tapi teringin nak makan.
Bila dah beli, bila makan, manis gila!!!
Supir kata sebenarnya dia dah rendam dengan gula bagi manis, dah tak original dan cepat rosak.
Tipah tertipu!
Kena hati-hati dengan penjual buah dekat sana.
Jangan sesekali tertipu dengan warnanya yang ranum.
Buah ni tak habis makan, tapi Strawberry yang kteorang petik masing masing mengadap sakan dekat hotel.
Padahal hari sebelumnya dah beli 2 paket Strawberry dekat Pasar Baru.
Puas!
Tapi kebesaran Strawberry tak berapa best macam saiz yang Nina makan.
2 comments:
salam singgah...sy pun baru balik dari bandung bulan mac lepas...nice blog :)
@DrCat Terima kasih!!! :)
Post a Comment