Friday, 3 December 2010

Berkampung selama 5 minggu di UiTM Pulau Pinang

Ya, begitulah tajuk entri kali ni
Memang pun aku terpaksa berkorban cuti semester buat kali ke dua untuk berjemur dibawah terik matahari, juga di selang seli dengan panahan petir dan hujan lebat.
Kondisi kulit muka dan tangan yang semakin terbakar
Emosi yang tidak begitu stabil menghadap kerja kerja ukur yang sering kali "error"
Waktu makan dan tidur yang tak menentu
Memang jauh berbeza dengan budak kos lain yang sedang bersenang lenang bercuti



(T________________T)

Apa pun terjadi, perlu di terima
Sapa suruh masuk kos ni kan



Menyeberangi sungai
Meredah hutan belantara
Menjadi tawanan nyamuk, semut dan kerengga


Apa pun semuanya akan menjadi kenangan yang manis
Akan dikenang sampai bila bila
Segala kesusahan ibarat;

Alah Bisa, Tegal Biasa


Salam,
Khadijah Nas
                   



2 comments:

damha [Reply]

dulu arwah bapa saya kerja sbg buruh juruukur....cabaran n dugaaannya mmg banyak... meredah masuk dalam hutan n mendaki bukit utk mencari batu tanda sempadan..berbekalkan parang utk menebas pokok2 yg merimbun...membawa peralatan juruukur utk menyukat tanah...dulu peralatannya tidak secanggih sekarang...inilah pengorbanan yg terpaksa ditanggung oleh seorang juruukur...

Khadijah Nas [Reply]

yang pasti saya dah tak sanguh dah nak buat kerja kerja outdoor nih.. siyesly penat gle dengan nak korban kan kulit lagi.. hihi... indoor je lah untuk kerja kerja processing data