Antara blog yang aku rujuk ialah:-
Blog ini
Blog ini juga
Of course di website ini
Tidak rumit. Benda yang penting kena ada ialah :-
1. Borang Permohonan ke China yang telah di isi lengkap
2. Sekeping gambar berlatar putih/cerah
3. Passport original yang jauh menghampiri tarikh luput
4. 1 salinan tiket kapal terbang return ke destinasi di China
5. Salinan pada halaman butiran diri di passport
Aku isi borang tu online dekat website visa for china dan klik pada borang permohonan dan enter. Isi borang ikut nota kaki yang diberi dekat sebelah kanan tu. Lepas dah siap isi, aku preview dan terus save ke desktop dalam format pdf untuk di print. Boleh juga klik dekat complete and export form.
Output form yang di generate seperti di bawah, kalau ada maklumat tak betul boleh back balik. Aku ada 4-5 kali edit balik. Once dah isi borang, dah tutup browser, dan mungkin esok lusa bukak balik ada lagi maklumat kena edit, trace balik borang yang dah di isi sebelumnya, tapi maksure kena tahu nombor borang ( no borang ni dipaparkan pada bahagian atas online form) dan juga masukkan sekali nama surname dan tarikh lahir.
Semua nya aku dah ready dari rumah. Awal pagi keluar rumah, dalam pukul 8 lebih, aku duduk Subang Jaya, so aku masuk KESAS, keluar dekat Tol Salak Selatan dan menghala ke Jalan Tun Razak dan aim hala tuju ialah Ampang Park. Memang redah jem la... Dekat Jalan Tun Razak aku bukak waze dan ikut je direction waze. Tapi aku tersilap sebab bila google aku macam ingat location nya dekat Plaza OSK, so aku terus google direction ke Plaza OSK, siap parking dekat basement nya. Bila tanya information counter, dia bagi tau dah berpindah ke bangunan belakang, keluar dari Plaza OSK dan cari bangunan kaca berwarna hijau. Adeh, tapi tak jauh pun, 5 minit jalan kaki. Mujur tanya.
Sampai bangunan hijau, naik tingkat 5 dan ngam sampai dalam pukul 9.20++ pagi. Since borang dan maklumat lain dah ada, terus ke kaunter dan serahkan borang, orang kaunter tolong check kan lengkap ke isi borang, betul ke tiket kapal terbang dan salinan passport. Lepas dia tengok dah ok, dia bagi nombor giliran. Kebetulan tak ramai orang, time tu jugak no giliran naik. Tak sempat nak duduk, terus ke kaunter. Pekerja di kaunter check borang, tampalkan gambar, check salinan passport, salinan tiket kapal terbang dan juga check passport dan pesan untuk keluarkan cover passport dahulu.
Kemudian dia bagi slip untuk collect balik passport dan visa selepas 4 hari. Contoh aku pergi hari Isnin, so hari Khamis dah boleh ambik terus naik ke tingkat 6. Masa hantar borang tak perlu buat bayaran lagi. Masa collect Visa baru buat bayaran. Mungkin hari Khamis aku tak boleh nak ambik, dia kata ok kalau minggu depannya.
Dah settle! Balik..
p/s: Aku perasan dekat situ ada perkhidmatan fotostat
Boleh isi borang manually dekat situ juga
Aku sediakan jugak salinan booking hostel through Agoda, tapi dia tak mintak pun.
