Sunday, 15 February 2015

Pengenalan: Backpack to Kunming-Lijiang-Dali-Kunming

Baru-baru ni aku adik beradik berbackpack dari KL-Kunming-Lijiang-Dali-Kunming-KL. Trip yang dirancang berbulan-bulan dengan macam macam jenis halangan dan nah akhirnya selesai juga. 



Semuanya bermula dengan open ticket yang di tawarkan oleh kawan zaman membesar yang bekerja dengan AirAsia menawarkan 4 tiket return ke mana mana destinasi AA yang berharga RM250 setiap tiket.

Impian aku nak jejak kaki ke Srinagar, Taj Mahal di India tapi lepas go thru entri-entri bloggers ke India dan macam-macam tragedi yang berlaku baru-baru ni sampai keluar berita dan surat khabar dan mengenangkan untuk jalan dari satu tempat ke tempat yang lain jauh dan perlu menggunakan train dan domestic flight dan macam-macam lagi yang dipertimbangkan, maka dengan itu perancangan berubah ke Kunming.

Kalau pilih destinasi yang dekat macam Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar tak berbaloi sebab kemungkinan untuk dapat offer AirAsia lebih murah dari harga open tiket ni (padahal masa offer januari hari tu aku jumpa Kunming return 170++).

Tapi keuntungan open tiket ni ialah setiap satu tiket include 20kg luggage so agak save disitu tak payah add on luggage dah.

Aku pergi dengan adik beradik, lebih senang berjalan dengan adik beradik, share barang, share makanan, share duit, bayar apa yang patut pun tak perlu nak ungkit dan berkira sebab adik beradik.

Kami pergi 4 orang, dua tiket ialah menggunakan open ticket tadi dan 2 tiket lagi beli masa promo bulan Jun, 2014 iaitu dapat 2 tickets return berharga RM273 setiap satu.

Yang tambahan lain tu adalah macam-macam nya tapi promo AirAsia ada yang lebih murah daripada harga tiket ni, so kene rajin cari.



Study dibuat dengan merujuk blog-blog pengalaman mereka yang lepas, facebook dan juga trip advisor dan mana-mana trip yang berkaitan dengan Kunming termasuk lah cari #Kunming #Lijiang #Yunan #Dali dekat Instagram. Kat sini aku listkan rujukan utama yang aku guna:-


Atlas Pengembara (Aku panggil dia Keme ^_^ )




Facebook Group : Female Backpackers Community (Secret Group)




Aku suka rujuk blog keme sebab dia ceritakan pengalaman dia dekat sana, naik bas nombor berapa, berapa tambang bas, tinggal dekat mana walaupun update yang di buat menghampiri detik-detik keberangkatan sampai bila buka blog dia dengan harapan cepat la update cepat la... Haha..

Tapi aku entrikan perjalanan ni sebab aku percaya setiap orang melalui pengalaman yang berbeza dan mungkin apa yang aku kongsikan boleh menjadi rujukan orang lain seperti mana rujukan yang aku rujuk. Fffftttt..

Ada macam-macam cerita yang kami lalui.

To be continue..




Tuesday, 20 January 2015

Cara Membuat VISA ke China

Tidak lah terlalu rumit untuk membuat VISA ke China kerana sudah banyak blog-blog yang memberi panduan dengan detail dan sangat membantu. Walaupun dalam website kata kena buat appointment dulu, tapi bila aku risik-risik khabar dari orang yang berpengalaman, tak perlu pun, yang penting datang sebelum pukul 10 pagi.

Antara blog yang aku rujuk ialah:-

Blog ini

Blog ini juga

Of course di website ini

Tidak rumit. Benda yang penting kena ada ialah :-

1. Borang Permohonan ke China yang telah di isi lengkap
2. Sekeping gambar berlatar putih/cerah
3. Passport original yang jauh menghampiri tarikh luput
4. 1 salinan tiket kapal terbang return ke destinasi di China
5. Salinan pada halaman butiran diri di passport

Aku isi borang tu online dekat website visa for china dan klik pada borang permohonan dan enter. Isi borang ikut nota kaki yang diberi dekat sebelah kanan tu. Lepas dah siap isi, aku preview dan terus save ke desktop dalam format pdf untuk di print. Boleh juga klik dekat complete and export form. 

Output form yang di generate seperti di bawah, kalau ada maklumat tak betul boleh back balik. Aku ada 4-5 kali edit balik. Once dah isi borang, dah tutup browser, dan mungkin esok lusa bukak balik ada lagi maklumat kena edit, trace balik borang yang dah di isi sebelumnya, tapi maksure kena tahu nombor borang ( no borang ni dipaparkan pada bahagian atas online form) dan juga masukkan sekali nama surname dan tarikh lahir. 


Semua nya aku dah ready dari rumah. Awal pagi keluar rumah, dalam pukul 8 lebih, aku duduk Subang Jaya, so aku masuk KESAS, keluar dekat Tol Salak Selatan dan menghala ke Jalan Tun Razak dan aim hala tuju ialah Ampang Park. Memang redah jem la... Dekat Jalan Tun Razak aku bukak waze dan ikut je direction waze. Tapi aku tersilap sebab bila google aku macam ingat location nya dekat Plaza OSK, so aku terus google direction ke Plaza OSK, siap parking dekat basement nya. Bila tanya information counter, dia bagi tau dah berpindah ke bangunan belakang, keluar dari Plaza OSK dan cari bangunan kaca berwarna hijau. Adeh, tapi tak jauh pun, 5 minit jalan kaki. Mujur tanya.

Sampai bangunan hijau, naik tingkat 5 dan ngam sampai dalam pukul 9.20++ pagi. Since borang dan maklumat lain dah ada, terus ke kaunter dan serahkan borang, orang kaunter tolong check kan lengkap ke isi borang, betul ke tiket kapal terbang dan salinan passport. Lepas dia tengok dah ok, dia bagi nombor giliran. Kebetulan tak ramai orang, time tu jugak no giliran naik. Tak sempat nak duduk, terus ke kaunter. Pekerja di kaunter check borang, tampalkan gambar, check salinan passport, salinan tiket kapal terbang dan juga check passport dan pesan untuk keluarkan cover passport dahulu.

Kemudian dia bagi slip untuk collect balik passport dan visa selepas 4 hari. Contoh aku pergi hari Isnin, so hari Khamis dah boleh ambik terus naik ke tingkat 6. Masa hantar borang tak perlu buat bayaran lagi. Masa collect Visa baru buat bayaran. Mungkin hari Khamis aku tak boleh nak ambik, dia kata ok kalau minggu depannya.

Dah settle! Balik..

p/s: Aku perasan dekat situ ada perkhidmatan fotostat
       Boleh isi borang manually dekat situ juga
       Aku sediakan jugak salinan booking hostel through Agoda, tapi dia tak mintak pun.






Sunday, 7 December 2014

Malaysia Online Express Bus Ticketing Website

I am getting annoyed when booking form at some coach website are not function. I am writing this entry to list out as much as I can the website link for bus tickets online booking for future use. Some website required you to register an account with them first but no worries, it's just a simple registration. Also, some company will give you discount price if you become a member.  In this entry, I am not planning to sort in details and divide bus destination by state and bus terminal location. I am just list out any website that can help you searching and booking your bus ticket. 

Sunday, 13 July 2014

Cara pilih penginapan di tempat asing

Dua minggu sebelum terbang ke Bandung baru terhegeh-hegeh nak cari hotel pilihan untuk penginapan. Kteorang kan pergi destinasi bajet so tempat penginapan pun kena bajet juga. Masing-masing tak ada pengalaman suasana dekat Bandung macam mana, jarak perjalanan antara sekian  hotel dengan sekian jalan dan macam mana dengan kenderaan awam nak bergerak ke sana-sini. Semuanya bergantung dekat review blog dan pengalaman orang lain.

Aku cari hotel dekat Agoda, bila last minit makin mahal, rugi sebenarnya sebab tak dapat merasa hotel mewah dengan harga yang murah tapi nak buat macam mana yang murah tetap perlu dicari.

Style aku cari hotel,

1. Tengok review blog orang lain selalu pergi mana dekat Bandung tu lepas tu cari hotel yang dekat dekat situ tak pun dia duduk hotel mana.

2. Pilihan hotel ada banyak dekat Agoda tu so cari yang pertamanya murah, lepas tu tengok review orang lain tentang hotel tu lepas tu bukak google pulak search route dari airport ke hotel tu ke destinasi menarik dekat sana dan berdekatan dengan tempat makan dan transport berdekatan.

3. Search dekat google review hotel tu dekat blog-blog sesiapa yang pergi sana dan menginap dekat hotel tu.

4. Search hotel tu dan belek-belek gambar, selalunya kalau nak tengok gambar jangan tengok dekat website dia mestilah tunjuk angle yang comey je, tengok gambar hotel tu dekat blog-blog atau google image sudah.

5. Orang kata dekat Bandung la nak merasa duduk hotel berstar tapi dengan harga yang murah, sebab tu la kteorang pindah-pindah tempat penginapan. Pergi 5 malam dan 3 jenis hotel kteorang menginap. So 2 malam hotel tak ada breakfast, lagi 2 hotel lagi ada breakfast.

6. Fave Hotel dekat Ciwalk hampir jadi pilihan aku, nak bayar dah cuma tak lepas sebab had limit kad debit RM500 sahaja untuk satu hari tapi masa baca review banyak jugak komen kata breakfast tak sedap so terus aku cancel. Breakfast sedap pun memainkan peranan masa nak pilih hotel.

7. Aku dok idam nak ajak diorang ni duduk Sensa Hotel tengok gambar cantik gila, attach pulak dengan Ciwalk memang macam best tapi bila tengok harga ala ini akan potong bajet so tak jadi, in sha Allah ada rezeki one fine day.

So hotel pilihan pertama untuk 2 malam ialah:-

Pop! Hotel sebab tengok dalam gambar comel dan murah walaupun breakfast tak bagi free. Kteorang ada 4 orang tapi ambik bilik yang ada 1 katil queen saja, tapi bila tengok dalam review dan gambar nampak ada kerusi sekali memang betul so memang Maria la orang nya tidur dekat kerusi 2 malam. kesian Maria! Ala tapi kalau korung google hotel ni mesti tertarik dengan bentuk bilik air dia yang comel gituew..





Hotel untuk 1 malam untuk penginapan malam ke tiga:-

Untuk malam ketiga memang aku tak beli siap-siap dan kteorang plan nak terjah je, sebab aku ada baca review, dia style cari hotel google dekat handphone lepas tu bila dah jumpa hotel yang berdekatan duduk dekat lobby hotel tu dan tengok harga dekat agoda berapa harga bilik yang paling affordable dan beli melalui agoda sebab lebih murah.

Sebab utama nya aku tak beli ingat hari ketiga tu nak pergi Jakarta tour seharian dan tidur semalam di sana dan terjah je mana-mana hotel dekat sana tapi disebabkan perancangan Allah kejadian tertinggal flight AirAsia dari KL ke Bandung dan terpaksa beli tiket baru on the spot terbang dari KL-Jakarta so kteorang pun dah jejak airport Jakarta walaupun sampai hari dah gelap gulita tak nampak pun bandar Jakarta tu disebabkan merajuk dengan kejadian tu so masing-masing decide jalan-jalan Bandung je lah. 

Dekat Pop! Hotel ada pc berinternet yang diberi untuk kegunaan pengunjung hotel so dekat situ la, Maria cari hotel untuk malam berikutnya dekat-dekat dengan area Pasar Baru dan jumpa la hotel ini Hotel Perdana Wisata dengan harga yang affordable juga beli melalui Agoda. Yang ini aku tak capture gambar sebab beli on the spot time tu kertas nya pun tah kemana tah. Yang tak boleh bla siap tumpang print dekat kaunter Pop! Hotel tu. Haha. Kali ni pun satu bilik dengan satu katil queen sumbat 4 orang. Tapi bila dah penat lena je tidur sempit menyempit. Yang penting ada breakfast! So kos untuk makan pagi dan include sekali.

Dari hotel ni la kteorang amik supir ke toko buku dekat Jln Palasari kemudian perjalanan balik supir turunkan di Pekan Rabu. Lepas dah beli dan beli dan penat kena hurung dengan penjual macam-macam so kteorang decide untuk keluar dari situ dan berjalan melalui koridor kedai balik ke hotel tanpa tahu arah tuju hotel dimana, berenti kejap tanya orang yang nampak dipercayai dan kemudian teruskan perjalanan sampai jumpa hotel. Lohh dekat aja dong. Siap balik tu punggah apa yang patut dan plan esok nya jom repeat Pasar Baru lagi nak tapi tak pergi pun sebab masing-masing malas.


Hotel untuk 2 malam untuk penginapan malam ke empat dan malam terakhir-

Untuk malam-malam terakhir memang target aku nak cari yang empat-empat orang boleh tidur selesa, biar mahal sikit pun tak pe janji puas hati dan dekat dengan airport so tak de la rushing masa ondaway nak pergi airport tu sebab tiket balik pukul 10 pagi kalau jarak jauh pukul berapanya nak bersiap checkout kalau terlajak tidur tak ke haru... So hotel yang terbaik aku jumpa yang ada ciri-ciri yang memang aku cari ialah hotel ni. Sangat berpuas hati! Aku tengok review pun ok, environment cantik, sangat private dan yang penting berpuas hati dengan harganya sebab Agoda bagi diskaun dan free pickup dari Airport. Tapi tak guna pun free pickup tu sebab supirnya tak ada time tu. Ini lah dia Summer Hills Villa. 




Dan katilnya hamik dapat juga tidur dengan selesa. Untuk bajet trip tempat tidur aku tak kisah sangat sebab dah nama pun kau bajet nak jalan tempat orang kalau utamakan tempat tidur yang 5 stars memang tak beli apa la, lainlah kalau pergi honeymoon ke bercuti laki bini ke bawak mak mentua ke itu kena la amik hotel yang elok-elok sikit. Tapi dalam bajet jangan lupa utamakan keselamatan diri dan barang-barang. Setakat ni aku tak pernah lagi menginap dekat hotel bajet style dorm dan aku rasa untuk perempuan islam tak berapa sesuai kot kecuali lah memang satu dorm tu conquer satu geng jugak ok tapi kalau bercampur dengan mat salleh atau non-muslim aku rasa tak sesuai kot. Setakat ni yang paling teruk hotel cina dekat Kota Kinabalu semalam RM60 tapi still ada arah kiblat kira ok jugak apa..

Apa pendapat anda?

Till then!
May Allah bless!

Regards,
Khadijah Nas