Friday, 22 July 2016

Penginapan: Backpack to Kunming-Lijiang-Dali-Kunming

Penginapan Pertama

Masa touch down Kunming dijangkakan petang pukul 5, dan malam tu akan bermalam di Kunming, so aku pilih The Hump Hostel dekat Jinbi Lu, buat review habis-habis dan bila tengok harga nya yang affordable so aku booking thru Agoda. Boleh rujuk website hotel di sini  Bila sampai hotel untuk check in dia akan mintak RMB100 untuk deposit dan passport untuk collect information dan semasa check out dapat balik RMB100 tu. 



Sebenarnya dah check in masuk bilik baru tau rupa biliknya macam ni, aku pun lupa nak rujuk biliknya macam mana, gambar ni aku copy dari websitenya tapi betullah memang ini biliknya. Di bawah ada 2 katil single dan di tingkat atas ada 2 tilam single. Setiap tilam ada heater.

Bilik kami 4 orang

Lokasi Hostel



Tapi bilik air nya agak rare, sebelah kanan bilik ada tangga menuju ke tingkat atas, dan sebelah kanan pintu masuk adalah bilik air, dengan kata lain tangganya sebelah bilik air, yang rarenya bilik airnya tak berbumbung dan tidak berpintu. So bila naik atas boleh la nampak orang dalam bilik air tu, macam siot gila. Haha. Mujur adik beradik.


Bilik air tak berbumbung, ada langsir separuh tapi adalah la shower curtain yang pastinya redah aje. Kelebihan hostel ini ialah berhadapan dengan Jinbi Road yang femes dan paling penting berdekatan dengan masjid yang jual makanan halal juga seberang dengan bus stop eh senang kata memang startegik la hostel nih.

Malam tu sejuk gila keluar nak cari makanan tapi tak reti nak beli sebab tak berapa yakin, masuk balik kiteorang decide nak makan maggi, dekat luar ada air panas, mangkuk semua memang bawak lepas tu pakat makan maggi je la dengan bekalan biskut. Masa tu la punggah habis semua makanan yang di bawak.


Penginapan Kedua

Hotel kedua kami pun aku booking siap-siap, yang ini memang confuse nak duduk mana, kami di jangkakan sampai Lijiang awal pagi, so mana ada hotel yang boleh check in awal pagi, tapi yang itu aku tak nak fikir, cumanya memandangkan tujuan datang ke sini adalah untuk melawat Kota Lama Lijiang so lokasi bermalam sepatutnya berhampiran sini dan mudah nak dapat transport atau dekat dengan hanya berjalan kaki dari satu tepat ke tempat yang lain. Kali ni aku tak tiru hotel yang Keme duduk, Keme duduk Timeless Lijiang tapi aku pilih Mama Naxi Guesthouse, aku tengok dekat Trip Advisor, ramai yang rekomen hostel ni dengan kebaikan ownernya dan lokasinya yang strategic. Tapi hakikatnya aku lupa nak check dekat tak hostel ni dengan kedai makan halal. Dan hakikat lain pula ialah owner hostel ni ada bela 4 ekor anjing. Huiii ngerii... Mama Naxi Guesthouse tak de dekat Agoda, com tapi ada dekat HostelWorld. Juga tanpa melihat bagaimana rupa bilik nya asalkan muat 4 orang aku pun booking tapi dekat sini bukan macam Agoda.com yang perlu buat full payment tapi hanya perlu membayar deposit dan selebihnya bayar cash dekat hotel tu masa check in. Dan sama macam hostel sebelumnya, RMB100 diperlukan sebagai deposit. Habis yang deposit HostelWorld.com amik tu apa? Hurmmm...



So dari Kunming naik keretapi pukul 9.15 selama 9 jam sebab dalam pukul 6 pagi dah sampai Stesen Bas Lijiang. Kami amik coach Second Class Bed yang tak dak pintu tapi ada wifi yang strong boleh berkomunikasi dengan WhatsApp tapi China block Facebook dengan Google. Aku pulak tak prepare  donwload software yang boleh masuk Facebook.

Aku sempat la solat subuh dekat dalam train tapi adik dengan kakak aku diorang solat dekat koridor asrama polis. Memang gerun bila turun ja dari keretapi dan keluar dengan suhu yang sejuk gila cakap pon berkepul asap keluar sekali kena tahan dengan polis yang entah apa dia cakap tak faham kemudian mintak nak check passport. Mula mintak sekali lepas tu datang mintak lagi sekali bawak kawannya yang boleh cakap orang putih itu pon tak berapa nak faham kemudian kami lepak sekejap dekat sebelah pondok polis tu ada kerusi tunggu kakak dengan adik aku masuk toilet, kemudian tunggu diorang solat dekat koridor sambil ada plug dekat sebelah dinding buat charge handphone. Agaknya kiteorang kena aim sebab masing masing berpakaian hitam tudung pun hitam lepas tu macam tercari cari. Aku paling tak boleh lupa beratur masuk toilet dalam gerabak keretapi tu, diorang kan membuang tak basuh lepas tu bila masuk memang selambak la dalam tu. Adeh...

Ala tapi tak capture pon bilik nya tapi bilik nya bes tau. Satu ruang ada 2 katil single bed, satu ruang lagi ada satu katil king lepas tu ada bilik air. Dekat situ ada wifi sempat lagi video call dengan parents tour bilik.


Kanan tu rumah owner

Dekat kawasan yang kami duduk ni memang sangat payah jumpa kedai makan halal, lagi satu tak cukup study jugak. Lepas tu kami pun makan bekalan makanan apa yang ada. Kami makan maggi so mintak air panas dekat owner dia. Kami bawak susu plastik susah nak makan maggi, kami tanya dia kot ada sudu, dia bagi sudu dengan chopstick sekali lepas tu siap jemput makan dalam rumah dia, kami duduk dah tapi mengenangkan tak ajak dia makan sekali, dengan bau semerbak maggi dengan anjing dia tengah melengkar, kami decide keluar balik tapi malu gila lah. Kami tak guna pon sudu dia. 

Penginapan Ketiga

Hotel ketiga kami adalah di Kunming setelah kembali dari Lijiang. Aku pun memang dok aim hotel yang area Green Lake so jumpa dengan Lost Garden Guesthouse ni memang dekat sangat dengan tasik Green Lake. Tapi berpusing jugak nak cari. Sampai kami tanya orang tempatan, lepas tu dia tolong tunjukkan direction sampai depan hotel. Aku communicate dengan orang hotel ni melalui email, since google tak boleh nak access dekat China rupanya dia ada hantar email dekat gmail tanya pukul berapa nak datang sebab bilik yang di reserve full so kalau nak datang tapi since tak boleh nak access gmail, tak dapat la email dia bagi tau datang lambat sikit sebab guest tak keluar lagi.


Dekat guesthouse ni kami amik bilik Dorm Style sebab itu je yang available dan murah nak sumbat 4 orang kami, aku pon mana pernah travel duduk dorm, masuk je masing masing berpandangan antara satu sama lain, double decker ada dua, ada locker 4 itu ja. Bilik air nya sharing dekat luar, dia separate bilik shower dengan toilet. Aku masuk toilet nya ada bowl duduk tu je semata dengan gulungan tisu tandas. Orang melayu sangat kena tadah botol botol air kalau nak membuang. Shower dia pintu macam lutsinar skit boleh nampak bayang bayang orang dekat dalam pastu paling ngeri dia punya tombol pintu rosak, tapi selamat ja mandi. Siyesly dorm dia comel. Guesthouse ni ada cafe, lama kami tunggu situ nak tunggu bilik available sebab masing masing dah letih baru sampai dari Dali, lepas tu sempat jugak round dekat tasik sambil tinggal beg dekat kaunter.


Kaunter Guesthouse


Dorm yang kami duduk

Kedai roti halal 



Guesthouse ni sangat dekat dengan tasik lepas tu ada kedai roti halal, banyak kali jugak kami ulang alik pergi kedai tu. Dekat jugak dengan jalan besar yang ada deretan kedai tepi jalan lepas tu ada bus stop yang kalau kita tau naik bas nombor berapa pergi mana, since kami tak study nombor bas nak pergi mana, hampir jugak tunggu bas lepas terjumpa orang muslim tempatan dia bagi tau direction nak ke kedai makan halal, tapi fikir balik bas pon lambat sampai hari pon dah lewat, kami patah balik  beli roti dan tidur. Malam tu pintu bilik macam kena pulas pulas, masa tu aku baru lepas mandi dan solat, aku baru teringat nak cek pintu bilik dan lock, semua dah tido, boleh pulak tiba tiba ada orang nak masuk bilik, aku senyap je tunggu apa dia nak buat, rupanya mabuk kot dia salah bilik. Adeh..

Overall kalau pergi travel, pengalaman tempat penginapan yang pelbagai gaya salah satu pengalaman yang menarik!


Tuesday, 29 March 2016

Travelog: Manila-Baguio-Sagada-Banaue-Manila

Dengan tiket KualaLumpur - Manila pergi balik berharga RM78 seorang yang di beli setahun yang lepas masa AirAsia buat promo free seat, bersama 4 rakan sekerja yang lain, 5 hari 4 malam, dengan plan asal sampai ja Manila amik domestik flight ke Puerto Princesa iaitu ke Pulau Palawan. Kemain google habis tentang Palawan ni, usha habis gambar gambar orang upload dekat Instagram. Tapi kelekaan setelah berlalu bulan ke bulan dah tak berapa lama dah tarikh keberangkatan, usha tiket pergi balik RM200++ terasa masih mahal dan sampai la 2 ke 3 hari lagi hari kejadian, tiket semakin naik mencecah RM500++ return, so dengan keredhaan berjemaah kami decide untuk ubah perancangan dan lihat kawasan sekitar yang menarik untuk di lawati di Filipina.

1. Driver

Mula la sesi google menggoogle dan sesi perbincangan cara bagaimana untuk penuhkan aktiviti selama 5 hari 4 malam dengan cara yang efektif, maka kami bersepakat nak sewa kereta untuk memudahkan pergerakan. Sewa dekat sana tak mahal, kalau kereta toyota vios rate nya dalam RM60 sehari. Tapi kalau sewa kereta, Malaysian boleh memandu di sana guna lesen Malaysia tetapi kalau sesat menyesat berlaku dah buang masa kan so kami bincang balik untuk hire pemandu sekali kena la tukar kereta amik Toyota Avanza.

2. Kuala Lumpur - Manila

Penerbangan kami sepatutnya pukul 9 malam, delay sikit pukul 10 baru gerak dan sampai pukul 1 lebih ding dong ding dong pukul 2 la kemudian kami berlegar di keliling airport Ninoy sebab memang tak buat tempahan penginapan. Kami janji dengan driver untuk bertemu pukul 6.30 pagi


Anak-anak Gajah


3. Sim Card

Pukul 4 kami pi mandi dekat The Wings mahal gila masing masing mandi sejam lebih PHP300 kemudian duduk dekat kerusi depan McDonald, menghampiri waktu subuh kami pergi surau, kemudian kami beli nombor tempatan. Ada 2 orang beli nombor, sorang beli Smart PHP450 untuk package 5 hari dan sorang beli Globe PHP500 untuk package 7 hari, so kami share wifi.

Lepas dah dapat aktif nombor tempatan, kami suruh orang yang jual sim card tu tolong cakap dengan driver dekat mana kami perlu jumpa dia. Lepas dah jumpa, bawak beg-beg masuk kereta kemudian dan kami pun masuk kereta. Driver pun tanya destinasi kami. Masing-masing blur sebab tak cukup preparation tak tau nak mula yang mana dulu.

4. Manila - Baguio

Perjalanan ini kami decide masa dalam kereta, bila kami kata mahu terus ke Banaue dia kata terlalu jauh, bila mahu ke Mayon dia menggeleng sangat jauh dan lastly kami redha dan kata ok lah kita gerak ke Baguio.


       
Kami gerak pukul 6 lebih meredah Kota Manila jem nya tahap Jakarta nuh. Lebih lagi hari tu hari Rabu di awal pagi of course la warga kotanya bergerak nak masuk office, sejam lebih nak keluar dari jem saja, melepasi tol masuk ke lebuhraya, lama kelamaan masing-masing tersengguk tertidur tak sedar diri, agaknya kalau time tu driver bawak nak pi jual pun mana nak sedar. Bila terjaga, kiri kanan ladang jagung, sawah padi dengan jalan lurusnya sebijik macam dari Alor Setar nak balik Perlis.

Kami sampai di Baguio dalam pukul 12 tengahari lebih dan mula la google nak bermalam dekat mana sebab memang tak ada buat booking, gamble habis. Lepas tengok 3-4 tempat penginapan, kami pilih duduk Tulips Place, berharga PHP3500 untuk 1 bilik single twin sharing dengan 1 bilik family room sebab kami 4 perempuan dan 2 lelaki (termasuk driver).


Tulips Place

5. Baguio City

Ibarat macam bandar yang berada di tanah tinggi, kalau dekat sini macam Cameron Highland tapi di penuhi dengan hotel, apartment dan rumah tumpangan. Ada banyak kedai makan, sekolah, hospital, taman-taman rekreasi.

Antara taman yang femes di sini ialah:-

So kami sempat ke Baguio Night Market beli t-shirt, makan strawberry sambil tengok keindahan gunung di Mines View Park. Kami jalan berkilometer jauhnya sempat singgah Botanical Garden untuk explore apa lagi tempat menarik di sana. Good Shepherd sebelah Mines View Park kami lalu ja tak masuk, Wright Park Horseback riding pun kami lalu ja, sambil tunggu night market bukak pukul 9 malam kami lepak di Burnham Park yang sangat cantik ada banyak bunga.


Baguio Night Market


Mines View Park

Kami juga ke Strawberry Farm untuk petik strawberry dan menikmati keindahan ladang sayur-sayuran dan bunga, bercampur sebenarnya tanamannya. Makan ice cream strawberry beli jem strawberry dan teruskan perjalanan ke Sagada.







Strawberry Farm



6. Baguio - Sagada

Sagada adalah cadangan daripada receptionist Tulips Place setelah kami tanyakan berapa jauh jarak perjalanan dari Baguio ke Banaue dan dia kata sangat jauh perjalanan hampir 15 jam  dan dia suggest untuk ke Sagada juga pemandangan Rice Terrace yang cantik setanding di Banaue. Dan jarak perjalanan hanyalah 7-8 jam. 



Bermulalah perjalanan kami, gila adventure aku rasa macam naik gunung turun gunung naik gunung balik, jalannya memang la sebelah gaung, pemandangan tak payah cakap, Subhanallah rasa macam dalam cerita Bajrangi Bahaijaan cumanya gunungnya tak diseliputi salji ja.. Time ni la masing-masing wey lepas ni kita pi Kashmir nakkk...

  
  Titik ketinggian tertinggi Halsema Highway ni di Barangay Paoay, Atok




Kerap singgah berhenti tepi untuk tangkap gambar sebab cantik sangatt

Bila dah tempuh perjalanan yang sangat rare, kami singgah solat tepi jalan berbekalkan air mineral, kemudian kami teruskan perjalanan dan sampai di Sagada hari pun dah gelap. Dengan tak ada booking mana-mana tempat penginapan, nama Sagada pun baru 1st time dengar dekat Baguio tu. Haha. Kami walk in untuk tengok tempat yang elok, dan jumpa memang best biliknya, bawah kedai runcit atas dia buat bilik, 1 family room dan 1 single twin sharing dengan harga PHP2800.


Sagada Rice Terrace


Bertentangan dengan Terrace Rice adalah Sumaguing Cave 

Punya la cuak jalan masuk ke Sagada ni sebab gelap dan sunyi, rupanya pekannya jauh kedalaman dan meriah dengan pelancong dari pelbagai negara. Aktiviti yang menarik dekat sini ialah trekking dan hiking. Menariknya di sini ada Sumaguing Cave, iaitu ada underground river. Sini juga femes kubur gantung iaitu keranda yang di gantung pada dinding gua, mengikut kepercayaan kaum kat sini.


Keranda tergantung

Setiap pelancong yang datang di sambut dengan Tourist Information Counter dan perlu bayar Environmental Fee lepas tu nak pergi ke setiap tempat menarik dia perlu bawa bersama guider dan satu tempat yang di bawa dia charge PHP200. Macam kami kena bayar PHP400, mula pi trekking tengok air terjun membentuk pool tak berbaloi langsung sebab belakang guesthouse je lepas tu air terjun nya alahaiiii... Lepas tu pergi tengok Rice Terrace, kami decide tak nak pergi masuk gua sebab take time, seram ada keranda lepas tu kene tukar pakai legging dah gila ke apa..

View backyard Rock Inn & Cafe (ada babi comel bawah tu)

Menginap di Rock Inn & Cafe di Sagada ni sekali lagi driver kami pulak tanya pemilik rumah tumpangan berapa jarak perjalanan dari Sagada ke Banaue dan surprisingly dah tak jauh lebih kurang 4 jam perjalanan. Kami dah tak fikir dah nak round Sagada sangat sampaikan apa surviniour pon tak beli, masing-masing excited nak pergi Banaue, kami gerak pukul 10.00 ++ dan sampai di Banaue pukul 3.00 ++ petang.


Pemandangan sepanjang perjalanan

7. Sagada - Banaue

Kami singgah di satu tempat melihat pemandangan Rice Terrace, memang cantik gila lepas tu kami teruskan perjalanan ke pekannya. Pekan Banaue di sambut oleh Tourist Information Counter. Ada ramai tourist luar di sini tak tau lah tengah tunggu apa bas ke guider ke tak sure, kami disambut dengan perlu merekodkan kedatangan dan membayar Environmental Fee sebanyak PHP25.

Lepas tu kami tengok ada macam macam package, menarik di Banaue ialah Tapiyya Waterfall, bila kami nak terus pergi dia kata amik masa 3 jam perjalanan. Ada satu tempat lagi orang pergi tengok matahari terbit. Lepas tu kami kata nak amik package tengok Rice Terrace, perlu hire guider untuk penerangan dan spot pemandangan cantik Rice Terrace sejumlah PHP700. 

Tanpa mencari penginapan lagi, kan style walk in ja, walaupun dah aim nak duduk Stairway Lodge and Restaurant, kami teruskan perjalanan ke Rice Terrace. Subhanallah cantik tak terkata. Puas hati sebab memang tujuan utama nak datang sini cuma kami tak cukup masa nak turun bawah sebab itu package lain pulak.

Lepas tu ada la drama dengan anjing dengan guider yang otak sempit, kami kembali ke Tourist Information Center untuk membuat pilihan bilik nak bermalam, Stairway Lodge tak sesuai sebab tak de tempat nak parking kereta, lastly kami pilih Illob Inn. 

Dengan banyak anjing belaan yang gedabak besar dan sangat sasa, dengan owner nya rupa macam witch sambil kunyah sireh, dengan tengkorak bergantungan, suasana yang suram, tapi murah sebab 2 bilik kami bayar PHP2000 semalam. Masuk bilik solat jamak lepas tu prepare makan malam. Lepas tu malam tu masing masing tidur awal, nak keluar anjing kemain banyak, dengan tidur malam tak berapa nyenyak anjing menyalak sana sini ibarat ada pertandingan siapa suara paling kuat. Malam tu hujan, rumah tumpangan ni kampung style buat dari kayu, dengan bunyi burung agaknya bersarang atas atap, suasana seram lepas tu sejuk menggigil masing-masing kelubung dengan selimut. Dah la siang tu, masa menikmati pemandangan Rice Terrace, ada orang tempatan lalu sambil usung keranda, masing-masing terdiam.


Masih mengekalkan menuai dengan kaedah tradisional


Setiap perhentian akan nampak view yang berbeza


Banaue Rice Terrace, salah satu tapak UNESCO


Pakai topi tu pemandu pelancong kami, baju biru tu James guider di Banaue



Orang tempatan lalu sambil usung keranda


Pekan Banaue waktu pagi


Banaue Tourism Information Center

8. Banaue - Manila

Kami bincang esok pagi perlu bertolak awal sebab perjalanan balik ke Manila sangat jauh. Pukul 7.30 kami dah galas beg turun masuk kereta, dan sekali lagi tak berpeluang beli apa-apa sebab kedai tak bukak lagi. Perjalanan balik ibarat turun dari kawasan tanah tinggi melalui bandar-bandar kecil, sawah padi dan ladang jagung. 


Padi yang dikeringkan di tepi jalan jumpa balik masa perjalanan balik ke Manila

Kami sampai Manila pukul 7, di sini kami membuat satu kesilapan tidak book hotel awal-awal, di Manila hotel sangat mahal walaupun budget hotel dan hampir kesemuanya sudah penuh. Setelah agak banyak 2-3 hotel cari, kami jumpa dan decide bermalam di hotel yang agak usang weh dengan harga PHP 5800 untuk 2 bilik.

Lepas check in letak barang masuk toilet bagai kami gerak ke Mall of Asia untuk cari makanan halal. Kami makan di Murtabak Cafe. Orang kata kalau datang Filipina wajib bawa balik Dried Mango dan kami masuk ke supermarket dia untuk borong Dried Mango beberapa paket.


Kelaparan tahap nasi tak sampai lagi dah lahap lauk dulu


Kami jalan dekat Manila Bay, ada fun fair, ramai penduduk tempatan habiskan masa duduk di sepanjang tebing sambil tengok pertandingan bunga api. Driver kami kata setiap malam Sabtu ada pertunjukan bunga api. Mall of Asia ni besar nak mampus, semua benda ada jual agaknya.

9. Kuala Lumpur- Manila

Esok nya dalam pukul 9 pagi, kami turun dengan beg untuk checkout, tinggalkan beg di lobi dan kononnya nak pergi cari buah tangan dari Manila, tak jumpaaa. Lastly, kami amik taxi ke aiport, sebelum tu masing-masing dah siap siap kumpul duit syiling yang ada dalam simpanan untuk bayar taxi. Tak ingat dah tambang dalam PHP75 tapi kami bagi lebih sebab tak nak simpan syiling. Sempat berlegar di Ninoy Airport untuk cari cenderahati tapi biasala dekat airport mahal sikit. Flight pukul 12 tengah hari sampai KL pukul 3 lebih.


Beli Mangga dekat Pasar Pagi


10. Kos 

Masing-masing tukar cash dalam lingkungan RM800 dengan rate harga PHP100 = RM8.96, lepas balik dari trip pembahagian siapa guna duit sapa berlaku, tapi yang bayaran simple-simple tak terlalu nak berkira sangat. Secara kasar, berikut perbelanjaan bersama tidak termasuk pembelian peribadi.








Saturday, 21 February 2015

Persediaan : Backpack to Kunming-Lijiang-Dali-Kunming

1. Mohon Cuti
Bagi kakak yang bekerja ni kena lah mohon cuti awal-awal, bagi yang adik-adik yang sedang belajar atau memang bercuti panjang untungla.


2. Passport dan Visa
3 minggu dari tarikh nak pergi baru kalut nak buat VISA kan so aku ada entri kan cara nak buat VISA China di sini. VISA boleh buat 3 bulan sebelum tarikh penerbangan so better buat awal-awal lebih senang. Semestinya sebelum buat VISA wajib ada passport sebab kita perlu tinggalkan passport pada mereka sebagai sebahagian dari proses membuat VISA.

3. Persediaan Mental dan Fizikal
Sebelum ke tempat yang begitu asing, memang persediaan sangat penting terutama dari segi mental dan fizikal. Tapi tak de la pulak aku sampai setiap hari jogging bagai, boleh dikatakan tak jogging langsung. Haha. Tapi sepatutnya kena buat persiapan fizikal yang sepatutnya. Dari segi mental pulak, aku memang noted siap-siap yang negara ini tidak ada air dalam jamban seperti mana kebiasaan nya kehidupan kita dekat Malaysia. Oleh itu, aku siap cari cara yang mudah, bukak post dekat group untuk bincangkan pengalaman mereka yang biasa travel dan sharekan tips menggunakan tandas terutama jika berkeadaan period. Memang gerun kalau memikirkan nya sebab memang mangkuk jamban semata-mata mana ada air. Memang macam macam tips berguna yang saya dapat.



4. Itinerary Perjalanan
Sebelum create itinerary, seeloknya study dulu apa tempat yang menarik wajib dilawati dekat situ. Ada yang tripnya Kunming-Shangri-La-Lijiang-Dali-Kunming, ada yang Kunming-Lijiang-Kunming je ada yang Kunming-Lijiang-Dali-Kunming pulak dan ada juga yang terbalik atau round Kunming sahaja. Ada pulak Kunming ni hanya persinggahan kemudian gerak ke RedLand, Luoping kemudian terus ke Hanoi. Macam-macam la trip yang aku jumpa orang pernah buat, tapi sebenarnya aku tertarik macam Keme buat, Kunming-Shangri-La-Lijiang-Dali-Kunming tapi memandangkan dia mengambil masa 16 hari untuk lengkapkan tour tapi percutian aku ni hanya lah 7 hari oleh itu cut Shangri-La dan decide hanya Kunming-Lijiang-Dali-Kunming. Itu pun pening juga, masa touch down terus amik ketapi ke Lijiang atau round Kunming dulu baru naik ketapi ke Lijiang atau naik bas je pergi Dali dulu. Macam-macam dibincangkan last-last decide turun Kunming dulu, bermalam di Kunming baru amik ketapi ke Lijiang kemudian ambik bas ke Dali dan naik keretapi pulang ke Kunming.

Rujukan lain, aku aim je mana-mana post dekat travel group berlokasikan Kunming dan PM dia untuk mintak share itinerary dia. Ada jugak yang memang baik hati share dalam group so aku tinggal download senyap-senyap dan study mana dia pergi. 

So, dari study yang dibuat dari blog-blog, orang lain punya pengalaman dan itinerary semuanya aku blend kan dan jadikan satu itinerary sendiri. Mula-mula aku buat dalam excel tapi serabut bila nak bubuh gambar lepas tu aku kelepek semua masuk dalam power point senang skit nak scroll and review.

Paling penting dalam itinerary ialah:-

- Lepas touchdown airport nak amik bas aper ke hostel, bas nombor berapa, amik dekat mana.
- Nak naik bas nombor berapa ke lokasi lawatan, dekat mana nak naik bas tu.
- Berapa tambang bas dan dekat mana nak turun.
- Basic ayat tanya dalam bahasa Mandarin, tanya arah, tanya harga, tanya tempat
- Schedule tiket train dan berapa harga tiket
- Macam mana nak pergi railway station dari sekian tempat
- Lokasi masjid berhampiran atau lokasi kedai makan halal
- Peta lokasi hotel atau alamat lokasi hotel atau lebih bagus alamat dalam bahasa mandarin
- Waktu solat tempatan
- Gambar lokasi yang ingin dituju
- No telefon dan alamat kedutaan Malaysia di sana
- Anggaran perbelanjaan so duit yang di bawa adalah dalam bajet yang betul

Ikutkan banyak lagi yang penting, mana yang rasa penting bubuh kelepek je semuanya dalam nota sebab kita travel sendiri tanpa ada kenalan orang tempatan mahupun travel agent. Dan kita tak tau lokasi semasa berada di sana ada access internet atau pun tak. Macam aku kebetulan travel 4 orang adik beradik tanpa beli sim card tempatan memang bahaya sebenarnya tapi masing-masing kena take care each other dan follow each other.

Power point kan boleh print page by slide, so aku print satu page 2 slide kemudian gunting buat macam handout.


5. Tempah Hotel
Bila itinerary dah siap, so kita dah tau nak pergi berapa tempat, dekat satu tempat tu nak bermalam berapa lama, so dengan berbekalkan rujukan yang sama aku pun tempah la hotelnya. Cari yang paling murah pulak tu tapi yang elok la yang boleh muat satu bilik 4 orang. Aku akan update satu entry khas untuk penginapan di sana.

6. Baju Sejuk
Memandangkan 5 February-11 February masih dalam lingkungan musim sejuk oleh itu aku dengan adik memang cari la winter coat yang  berkemampuan, weh beli online je lepas tu sibuk ukur lebar bahu, ha la kalau salah size maunya ketat tak boleh pakai haruuuu... Tapi nak beli dekat sini kena awal sebabnya shipping dia 2 minggu kalau bukan Ready Stock. Pastinya aku review dulu tips mencari winter coat iaitu pastikan dibuat daripada Wool dan tidak berwarna fancy padahal ramai je yang pakai berwarna warni hurmmm...


7. Kasut, Stokin, Seliper, Sarung Tangan
Kasut yang selesa sangat penting sebab perjalanan yang banyak berjalan kaki naik bukit turun bukit lebih lagi Old Town disana hanyalah berlantaikan paved lagi la memang sellau nak tersadung sebab tak rata. Laburkan sedikit wang untuk kasut yang selesa memang akan puas hati sebab tak sakit kaki. Tapi kalau dah berjalan tak berenti memang sakit jugak la kakinye. Seliper kena standby juga sorang satu buat masuk toilet tapi kami kan adik beradik so bawak sepasang dan kongsi saje gilir-gilir guna. Tapi jangan pakai seliper dekat luar pulak memang ko buang tebiat la dengan cuaca sejuk ya amat pakai seliper je. Fuhhh.... Stokin kena stand by banyak juge, stokin jalan, stokin tidur, stokin solat, stokin salin, stokin tambahan pakai banyak lapis sebab sejuk sangat. Sarung tangan aku pergi beli dekat Mr DIY dekat Giant USJ saje. Stok stokin kena banyak tak pon beli tambahan dekat sana ada jual tepi tepi jalan.


8.Makanan, Baju, Travel Adapter, Power Bank, Barang Harian, Kelengkapan Mandi
Selain memilih nak bawak baju berapa banyak, seluar berapa banyak, tudung apa, nak guna beg apa, nak bawak berapa beg, jangan lupa sewaktu musim sejuk kulit akan menjadi sangat kering dan pemakaian losyen atau moisturizer sangat penting, lip balm memang sangat penting sebab bibir akan jadi kering dan merekah so memang hari hari sebelum keluar atau sebelum tidur kene tenyeh lip balm ni walaupun selama ni memang tak pakai pon benda benda alah ni. Ubat-ubatan sampingan yang lain juga perlu stand by sebab kita tak tau apa yang jadi kat sana. Travel adapter sangat penting nak charge handphone dan power bank, mostly ramai yang suggest bawak extension tapi tiga-tiga hostel yang kami duduk memang disediakan cable extension. Benda-benda yang lain macam makanan kering terpulang la nak bawak banyak mana tapi memang kami bawak berbakul biskut, air 3 in 1, maggi, coklat, kurma, kacang, snickers, ready eat sausage omakane dan tidak lupakan mangkuk plastik (makan maggi) dan cawan kertas (bancuh air), sudu dan garpu plastik juga pisau pemotong buah.

Ohya jangan sesekali lupakan tisu kering dan tisu basah weh untuk ke jamban dan botol air juga sementara nak beli air mineral dekat sana. Sumber air minum kami banyak beli je dekat sana sehari sorang sebotol air. Air Mineral harganya RMB3 botol kecik.

Lebih selamat guna sabun sendiri, kelebihan duduk hostel ni dia sediakan satu botol besar sabun, shampoo dan juga conditioner tapi kami tak pakai pon sebab tak sure kehalalan nya. Bawak sebotol sabun dettol dan kongsi jelah 4 orang. Macam tu jugak ubat gigi dan shampoo.



9. Kelengkapan Solat
Untuk perempuan cukup lah sekadar bawa telekung sahaja tanpa kain, sejadah nipis dan stokin. Kompas memang kena wajib ada. Ada yang hanya solat dengan pakaian yang dipakai berlapikkan kain bersih. Terpulang dengan keselesaan masing-masing. Aku tak reti baca kompas, adik aku yang baca.



10. Tukar Duit
Travel di saat-saat penurunan matawang ringgi yang menjunam bukan lah suatu tindakan yang bijak tapi mana nak tau masa pilih tarikh tu matawang nak turun. Perancangan yang dibuat harus diteruskan oleh itu bila dah bincang-bincang tolak duit hotel sebab duit hotel dah asingkan siap-siap maka nya seorang bawak RM700 yang diconverkan pada masa itu bernilai RMB1206 macam tu la sebab nilai tukaran wang bersamaan RM1=RMB0.58. Mula-mula tukar dekat Mubarak Exchange Mydin USJ kali kedua tukar dekat Summit USJ which is lebih untung dan dia bagi banyak duit kecik.

Mesti pelik cukup ke bawak duit banyak tu, cukup je dan ada lagi lebih. Atau nak selamat genapkan terus RM1000 senang cerita. Better request duit kecik sebab tambang bas baru RMB1 dan kalau selalunya dia tak nak terima duit besar kalau naik bas, bas nya sebijik macam RapidKL tu, kalau ko pernah naik RapidKL ko tau la selalunya memang kita masukkan duit RM1 dalam tabung sebelah driver ataupun touch guna RapidPass/TouchnGo card.

Tapi aku activekan jugak mastercard penggunaan di luar negara mana nak tau kalau ada ketidakcukupan yang berlaku card ni je la penyelamatnya.



10. Fotostat salinan Passport, Booking Hotel, Tiket Flight
Aku buat jugak salinan passport in case ada berlaku keciciran (nauzubillah) so that bukti salinan passport nya ada, begitu juga booking hotel tapi booking hotel aku dah masukkan sekali dalam power point. Tiket fligh sepatutnya kena ada tapi memandangkan kami ada kawan bekerja di kaunter AirAsia so semuanya dia yang uruskan tapi bila balik dah siap-siap check in online, sepatutnya dah siap-siap print flight ticket pun kteorang check in dekat kaunter tapi syaratnya kena sampai awal dekat aiport takut tak sempat nanty. Nak mudah siap-siap check in dan print sebetulnya.


11. Doa
Apa lagi yang boleh dibuat kalau semua persediaan dah dilakukan dan tinggal menghitung hari je so masa dalam solat lepas habis solat doa semoga Allah permudahkan perjalanan musafir kami, ditunjukkan dengan kebesaran Allah di sana dan berjumpa dengan orang-orang yang baik dan ringan membantu dikala kami dalam kesusahan dan kesesatan. Support dari mak ayah yang banyak membantu dalam persediaan dan doa dari mereka juga. Alhamdulillah Allah permudahkan banyak, temukan kami dengan ramai orang baik ketika kami tidak tentu hala nak ke mana dengan kekangan bahasa yang langsung tak faham.