Tuesday, 29 March 2016

Travelog: Manila-Baguio-Sagada-Banaue-Manila

Dengan tiket KualaLumpur - Manila pergi balik berharga RM78 seorang yang di beli setahun yang lepas masa AirAsia buat promo free seat, bersama 4 rakan sekerja yang lain, 5 hari 4 malam, dengan plan asal sampai ja Manila amik domestik flight ke Puerto Princesa iaitu ke Pulau Palawan. Kemain google habis tentang Palawan ni, usha habis gambar gambar orang upload dekat Instagram. Tapi kelekaan setelah berlalu bulan ke bulan dah tak berapa lama dah tarikh keberangkatan, usha tiket pergi balik RM200++ terasa masih mahal dan sampai la 2 ke 3 hari lagi hari kejadian, tiket semakin naik mencecah RM500++ return, so dengan keredhaan berjemaah kami decide untuk ubah perancangan dan lihat kawasan sekitar yang menarik untuk di lawati di Filipina.

1. Driver

Mula la sesi google menggoogle dan sesi perbincangan cara bagaimana untuk penuhkan aktiviti selama 5 hari 4 malam dengan cara yang efektif, maka kami bersepakat nak sewa kereta untuk memudahkan pergerakan. Sewa dekat sana tak mahal, kalau kereta toyota vios rate nya dalam RM60 sehari. Tapi kalau sewa kereta, Malaysian boleh memandu di sana guna lesen Malaysia tetapi kalau sesat menyesat berlaku dah buang masa kan so kami bincang balik untuk hire pemandu sekali kena la tukar kereta amik Toyota Avanza.

2. Kuala Lumpur - Manila

Penerbangan kami sepatutnya pukul 9 malam, delay sikit pukul 10 baru gerak dan sampai pukul 1 lebih ding dong ding dong pukul 2 la kemudian kami berlegar di keliling airport Ninoy sebab memang tak buat tempahan penginapan. Kami janji dengan driver untuk bertemu pukul 6.30 pagi


Anak-anak Gajah


3. Sim Card

Pukul 4 kami pi mandi dekat The Wings mahal gila masing masing mandi sejam lebih PHP300 kemudian duduk dekat kerusi depan McDonald, menghampiri waktu subuh kami pergi surau, kemudian kami beli nombor tempatan. Ada 2 orang beli nombor, sorang beli Smart PHP450 untuk package 5 hari dan sorang beli Globe PHP500 untuk package 7 hari, so kami share wifi.

Lepas dah dapat aktif nombor tempatan, kami suruh orang yang jual sim card tu tolong cakap dengan driver dekat mana kami perlu jumpa dia. Lepas dah jumpa, bawak beg-beg masuk kereta kemudian dan kami pun masuk kereta. Driver pun tanya destinasi kami. Masing-masing blur sebab tak cukup preparation tak tau nak mula yang mana dulu.

4. Manila - Baguio

Perjalanan ini kami decide masa dalam kereta, bila kami kata mahu terus ke Banaue dia kata terlalu jauh, bila mahu ke Mayon dia menggeleng sangat jauh dan lastly kami redha dan kata ok lah kita gerak ke Baguio.


       
Kami gerak pukul 6 lebih meredah Kota Manila jem nya tahap Jakarta nuh. Lebih lagi hari tu hari Rabu di awal pagi of course la warga kotanya bergerak nak masuk office, sejam lebih nak keluar dari jem saja, melepasi tol masuk ke lebuhraya, lama kelamaan masing-masing tersengguk tertidur tak sedar diri, agaknya kalau time tu driver bawak nak pi jual pun mana nak sedar. Bila terjaga, kiri kanan ladang jagung, sawah padi dengan jalan lurusnya sebijik macam dari Alor Setar nak balik Perlis.

Kami sampai di Baguio dalam pukul 12 tengahari lebih dan mula la google nak bermalam dekat mana sebab memang tak ada buat booking, gamble habis. Lepas tengok 3-4 tempat penginapan, kami pilih duduk Tulips Place, berharga PHP3500 untuk 1 bilik single twin sharing dengan 1 bilik family room sebab kami 4 perempuan dan 2 lelaki (termasuk driver).


Tulips Place

5. Baguio City

Ibarat macam bandar yang berada di tanah tinggi, kalau dekat sini macam Cameron Highland tapi di penuhi dengan hotel, apartment dan rumah tumpangan. Ada banyak kedai makan, sekolah, hospital, taman-taman rekreasi.

Antara taman yang femes di sini ialah:-

So kami sempat ke Baguio Night Market beli t-shirt, makan strawberry sambil tengok keindahan gunung di Mines View Park. Kami jalan berkilometer jauhnya sempat singgah Botanical Garden untuk explore apa lagi tempat menarik di sana. Good Shepherd sebelah Mines View Park kami lalu ja tak masuk, Wright Park Horseback riding pun kami lalu ja, sambil tunggu night market bukak pukul 9 malam kami lepak di Burnham Park yang sangat cantik ada banyak bunga.


Baguio Night Market


Mines View Park

Kami juga ke Strawberry Farm untuk petik strawberry dan menikmati keindahan ladang sayur-sayuran dan bunga, bercampur sebenarnya tanamannya. Makan ice cream strawberry beli jem strawberry dan teruskan perjalanan ke Sagada.







Strawberry Farm



6. Baguio - Sagada

Sagada adalah cadangan daripada receptionist Tulips Place setelah kami tanyakan berapa jauh jarak perjalanan dari Baguio ke Banaue dan dia kata sangat jauh perjalanan hampir 15 jam  dan dia suggest untuk ke Sagada juga pemandangan Rice Terrace yang cantik setanding di Banaue. Dan jarak perjalanan hanyalah 7-8 jam. 



Bermulalah perjalanan kami, gila adventure aku rasa macam naik gunung turun gunung naik gunung balik, jalannya memang la sebelah gaung, pemandangan tak payah cakap, Subhanallah rasa macam dalam cerita Bajrangi Bahaijaan cumanya gunungnya tak diseliputi salji ja.. Time ni la masing-masing wey lepas ni kita pi Kashmir nakkk...

  
  Titik ketinggian tertinggi Halsema Highway ni di Barangay Paoay, Atok




Kerap singgah berhenti tepi untuk tangkap gambar sebab cantik sangatt

Bila dah tempuh perjalanan yang sangat rare, kami singgah solat tepi jalan berbekalkan air mineral, kemudian kami teruskan perjalanan dan sampai di Sagada hari pun dah gelap. Dengan tak ada booking mana-mana tempat penginapan, nama Sagada pun baru 1st time dengar dekat Baguio tu. Haha. Kami walk in untuk tengok tempat yang elok, dan jumpa memang best biliknya, bawah kedai runcit atas dia buat bilik, 1 family room dan 1 single twin sharing dengan harga PHP2800.


Sagada Rice Terrace


Bertentangan dengan Terrace Rice adalah Sumaguing Cave 

Punya la cuak jalan masuk ke Sagada ni sebab gelap dan sunyi, rupanya pekannya jauh kedalaman dan meriah dengan pelancong dari pelbagai negara. Aktiviti yang menarik dekat sini ialah trekking dan hiking. Menariknya di sini ada Sumaguing Cave, iaitu ada underground river. Sini juga femes kubur gantung iaitu keranda yang di gantung pada dinding gua, mengikut kepercayaan kaum kat sini.


Keranda tergantung

Setiap pelancong yang datang di sambut dengan Tourist Information Counter dan perlu bayar Environmental Fee lepas tu nak pergi ke setiap tempat menarik dia perlu bawa bersama guider dan satu tempat yang di bawa dia charge PHP200. Macam kami kena bayar PHP400, mula pi trekking tengok air terjun membentuk pool tak berbaloi langsung sebab belakang guesthouse je lepas tu air terjun nya alahaiiii... Lepas tu pergi tengok Rice Terrace, kami decide tak nak pergi masuk gua sebab take time, seram ada keranda lepas tu kene tukar pakai legging dah gila ke apa..

View backyard Rock Inn & Cafe (ada babi comel bawah tu)

Menginap di Rock Inn & Cafe di Sagada ni sekali lagi driver kami pulak tanya pemilik rumah tumpangan berapa jarak perjalanan dari Sagada ke Banaue dan surprisingly dah tak jauh lebih kurang 4 jam perjalanan. Kami dah tak fikir dah nak round Sagada sangat sampaikan apa surviniour pon tak beli, masing-masing excited nak pergi Banaue, kami gerak pukul 10.00 ++ dan sampai di Banaue pukul 3.00 ++ petang.


Pemandangan sepanjang perjalanan

7. Sagada - Banaue

Kami singgah di satu tempat melihat pemandangan Rice Terrace, memang cantik gila lepas tu kami teruskan perjalanan ke pekannya. Pekan Banaue di sambut oleh Tourist Information Counter. Ada ramai tourist luar di sini tak tau lah tengah tunggu apa bas ke guider ke tak sure, kami disambut dengan perlu merekodkan kedatangan dan membayar Environmental Fee sebanyak PHP25.

Lepas tu kami tengok ada macam macam package, menarik di Banaue ialah Tapiyya Waterfall, bila kami nak terus pergi dia kata amik masa 3 jam perjalanan. Ada satu tempat lagi orang pergi tengok matahari terbit. Lepas tu kami kata nak amik package tengok Rice Terrace, perlu hire guider untuk penerangan dan spot pemandangan cantik Rice Terrace sejumlah PHP700. 

Tanpa mencari penginapan lagi, kan style walk in ja, walaupun dah aim nak duduk Stairway Lodge and Restaurant, kami teruskan perjalanan ke Rice Terrace. Subhanallah cantik tak terkata. Puas hati sebab memang tujuan utama nak datang sini cuma kami tak cukup masa nak turun bawah sebab itu package lain pulak.

Lepas tu ada la drama dengan anjing dengan guider yang otak sempit, kami kembali ke Tourist Information Center untuk membuat pilihan bilik nak bermalam, Stairway Lodge tak sesuai sebab tak de tempat nak parking kereta, lastly kami pilih Illob Inn. 

Dengan banyak anjing belaan yang gedabak besar dan sangat sasa, dengan owner nya rupa macam witch sambil kunyah sireh, dengan tengkorak bergantungan, suasana yang suram, tapi murah sebab 2 bilik kami bayar PHP2000 semalam. Masuk bilik solat jamak lepas tu prepare makan malam. Lepas tu malam tu masing masing tidur awal, nak keluar anjing kemain banyak, dengan tidur malam tak berapa nyenyak anjing menyalak sana sini ibarat ada pertandingan siapa suara paling kuat. Malam tu hujan, rumah tumpangan ni kampung style buat dari kayu, dengan bunyi burung agaknya bersarang atas atap, suasana seram lepas tu sejuk menggigil masing-masing kelubung dengan selimut. Dah la siang tu, masa menikmati pemandangan Rice Terrace, ada orang tempatan lalu sambil usung keranda, masing-masing terdiam.


Masih mengekalkan menuai dengan kaedah tradisional


Setiap perhentian akan nampak view yang berbeza


Banaue Rice Terrace, salah satu tapak UNESCO


Pakai topi tu pemandu pelancong kami, baju biru tu James guider di Banaue



Orang tempatan lalu sambil usung keranda


Pekan Banaue waktu pagi


Banaue Tourism Information Center

8. Banaue - Manila

Kami bincang esok pagi perlu bertolak awal sebab perjalanan balik ke Manila sangat jauh. Pukul 7.30 kami dah galas beg turun masuk kereta, dan sekali lagi tak berpeluang beli apa-apa sebab kedai tak bukak lagi. Perjalanan balik ibarat turun dari kawasan tanah tinggi melalui bandar-bandar kecil, sawah padi dan ladang jagung. 


Padi yang dikeringkan di tepi jalan jumpa balik masa perjalanan balik ke Manila

Kami sampai Manila pukul 7, di sini kami membuat satu kesilapan tidak book hotel awal-awal, di Manila hotel sangat mahal walaupun budget hotel dan hampir kesemuanya sudah penuh. Setelah agak banyak 2-3 hotel cari, kami jumpa dan decide bermalam di hotel yang agak usang weh dengan harga PHP 5800 untuk 2 bilik.

Lepas check in letak barang masuk toilet bagai kami gerak ke Mall of Asia untuk cari makanan halal. Kami makan di Murtabak Cafe. Orang kata kalau datang Filipina wajib bawa balik Dried Mango dan kami masuk ke supermarket dia untuk borong Dried Mango beberapa paket.


Kelaparan tahap nasi tak sampai lagi dah lahap lauk dulu


Kami jalan dekat Manila Bay, ada fun fair, ramai penduduk tempatan habiskan masa duduk di sepanjang tebing sambil tengok pertandingan bunga api. Driver kami kata setiap malam Sabtu ada pertunjukan bunga api. Mall of Asia ni besar nak mampus, semua benda ada jual agaknya.

9. Kuala Lumpur- Manila

Esok nya dalam pukul 9 pagi, kami turun dengan beg untuk checkout, tinggalkan beg di lobi dan kononnya nak pergi cari buah tangan dari Manila, tak jumpaaa. Lastly, kami amik taxi ke aiport, sebelum tu masing-masing dah siap siap kumpul duit syiling yang ada dalam simpanan untuk bayar taxi. Tak ingat dah tambang dalam PHP75 tapi kami bagi lebih sebab tak nak simpan syiling. Sempat berlegar di Ninoy Airport untuk cari cenderahati tapi biasala dekat airport mahal sikit. Flight pukul 12 tengah hari sampai KL pukul 3 lebih.


Beli Mangga dekat Pasar Pagi


10. Kos 

Masing-masing tukar cash dalam lingkungan RM800 dengan rate harga PHP100 = RM8.96, lepas balik dari trip pembahagian siapa guna duit sapa berlaku, tapi yang bayaran simple-simple tak terlalu nak berkira sangat. Secara kasar, berikut perbelanjaan bersama tidak termasuk pembelian peribadi.








3 comments:

cikpuanyuz [Reply]

bestnyela ada member sekepala...ni ajak member, semua berkira-kira...last2 tak mau..hishhh..
eh kakak, kamu pakai gopro ke sjcam? cantik jgk gambar

khadijah nas [Reply]

alaa en suami kan kaki jalan jugak... kita heles tengok awak naik gunung tringin nak naik jugakk.. pakai yi camera kualiti not bad tapi x setading gopro haha

khadijah nas [Reply]

*jeles