Thursday 6 May 2010

The cuti begins... (^,^)

Bermula lah episod cuti untuk semester nih. Dapat jugak la merasa nikmat cuti walaupun 2minggu ja. Then, kena pergi field scheme pulak lepas nih selama sebulan.. Naik semester baru sure hitam berkilat macam "punggung" kuali yang di polish. (T_,_T).

Antara perkara yang membanggakan dan improvement dalam diri khadijahnas ialah telah berjaya mengetepikan novel karya penulis feveret semata-mata memberi laluan untuk minggu exam yang menyakitkan otak kepala. Wahhhh.... Bukan senang nak menahan panggilan novel-novel best yang sentiasa melambai-lambai untuk dibaca. Selalu nya kalo beli petang tuh, malam nya sure berjaga nak khatamkan jugak tak pun dalam sehari dua lepas tuh dah khatam dan siap membuat revision untuk kali kedua lagi. Kehkehkeh.
 Sapa yang belum baca lagi, sila lah kamu mencari nya di kedai-kedai buku yang berhampiran ye!!
Dijamin best (X_,_X).

Malam nih baru nak start baca buku tu. CINTA SUFI by RAMLEE AWANG MURSHID. Tak sabar dah ni nak tau sambungan Laksamana Sunan yang menjadi kegilaan ramai nih. Buku ni beli tyme pameran buku antarabangsa baru-baru ni kat PWTC. Tapi tempah kat orang lain le. Thanx Kak Lin tolong belikan buku nih kat kte, suka suka (^_^). Dah lama tunggu buku ni nak keluar, sejak dari novel RAM yang sebelum ni 9 NYAWA. Yang paling best nya, Kak Lin dengan bermurah hati siap amek signature penulis lagi.. Waahhhhhhh.. Kak Lin memang da best!!!!

Sangat terharu memiliki buku yang siap dengan tandatangan penulis lagi... suka suka.. hehe

Start dari novel dia SATU JANJI la terus melekat ngan novel-novel dia yang seterusnya. Dari trilogi TOMBIRUO la, trilogi BAGAIKAN PUTERI la, ADAM la, HATIKU DI HARAJUKU la, dan semua la penulisan dia. Semua sangat best k!! Yang menyebabkan penulisan RAM ni best sebab walau ganas macam mana pun jalan cerita tu, tetap ada elemen-elemen islamic yang boleh memberi teladan, kesedaran, pengetahuan dan tak la terlalu hanyut dengan cinta dan blablabla yang merapu. My mum pun suka baca (padahal semua novel dia baca) kuikuikui... Ni la dipanggil Anak Borek Mak Rintik.. Ehh?? Macam pelik ja bunyinya.... Belasah ja la labu... hehe.

Pastu semalam ada la jejalan kat JJ Bukit Tinggi sempena  meraikan kemerdekaan dari belenggu exam, masuk kedai ke kedai.. Pastu jumpa la penanda buku yang sangat cute. Asalnya nak beli satu ja buat penanda untuk novel CINTA SUFI tuh tapi comel-comel la plak depa nih. Teringat la plak kat housmate, beli jugak la kat depa sorang satu.. Saya sangat baik kan???? Hehehehehehe...

Dari kiri:  Kak Zaidah punya, Syuda punya & KhadijahNas punya
 
Pastu bila locatekan penanda buku tu dalam buku rasa makin comel pulak dia.. hehe...

 
Ohhh, kamu sangat comel di dalam buku saya.

Tak sabarnya tunggu esok, nak balik rumah!! Huhuhuhu.. First tyme nih naik bas ke Taiping, saja ngada-ngada tak amek bas direct ke Alor Setar, malas nak duduk dalam bas lama-lama, lagi pun mak bukan ada kat rumah. Sampai ja Taiping, ayah yang datang amik dan balik kejup ke Mahang. Dah lama tak jumpa tok & tokwan. Miss them so much!!!


2 comments:

bulatkocik [Reply]

kiter plak suka kisah cinta yg shuweet2..mungkin len org len minatnya..;)

tedy 2 kiyut lar..hek3..

khadijah nas [Reply]

kita pun suka gak cintan cinton neh... layan ja semua.. ngeeh ngeeh ngeeh