Tuesday, 6 July 2010

Jangan menyusahkan diri kamu



Perlu ke untuk memilih jalan yang susah jika jalan yang senang mudah untuk di gapai??? Kenapa nak menyusahkan diri sendiri  jika mudah untuk mendapatkan kesenangan. Kenapa? Sebab tak yakin ada jalan mudah tu? Tak percaya dengan kata-kata yang selalunya dianggap mudah semudah ABC atau 123.   Kenapa tak percaya? Dah pernah cuba ka?
OK, persoalan nya sekarang ni, kenapa perlu menjadi pencuri atau perompak atau peragut atau pengugut atau pecah amanah atau makan rasuah kalau rezeki yang halal mudah ja untuk dapat dimana-mana. Muka bumi Allah ini masih luas dan akan sentiasa luas selagi kiamat belum tiba. Banyak kerja yang boleh di buat dan akan diberi duit. Kerja senang ada, dan kerja yang penat sikit pun ada. Tapi imbuhan yang dapat tu berbeza la ikut tahap kelayakan diri. Nak kerja yang senang lenang sikit, usaha kena la lebih. Kalau dulu, ko kat sekolah pun tau nak main ja, tak berkesungguhan nak belajar pun, keputusan pun teruk so bila tak dapat ke mana lepas SPM dan tak ada kesungguhan dan usaha untuk memajukan diri dalam bidang-bidang kemahiran, so dapat la kerja-kerja yang setimpal dengan keadaan diri ko tu. Jangan sesekali timbul dan persoalkan ko lahir dalam family yang kurang kemampuan kerana dah ramai orang-orang yang berjaya datang dari family yang mungkin lebih susah dari family ko. Jangan salahkan keadaan rumah yang teruk kerana ada yang berjaya dengan belajar hanya di bawah suluhan cahaya minyak tanah.
 Tak perlu menjadi seteruk teruk manusia dengan mengambil jalan yang konon konon nya dianggap mudah untuk keseronokan yang sementara ni  tapi sebenarnya akan menyusahkan hidup sendiri seumur hidup. Jika sekali pernah melakukan jahat, tidak mustahil akan melakukannya buat kali yang seterusnya. Dan jangan  sangka jika sudah banyak kali terlepas bebas setelah melakukan kejahatan akan terlepas lagi untuk kali yang seterusnya. Memang tapi sudah menjadi hukum alam, ibarat pepatah mengatakan “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. Nah,amik ko. Baru ko rasa betapa ruginya tidak memilih jalan yang nampak susah tapi sebenarnya mudah, hanya perlu dibentengkan dengan kesabaran dan keikhlasan yang bertiangkan keimanan dan ketakwaan. O susah la nak jadi orang sabar?? berusaha ngorat awek yang jual mahal tahap dewa tu boleh pulak sabar?? Kena beratur time beli tiket wayang dengan barisan yang panjang tu boleh pulak sabar?? Dijanjikan pahala dengan amalan-amalan yang baik dekat akhirat nanti tak boleh pulak nak bersabar..
Ada lagi, ni pulak pasal kes kes yang memang macam dah biasa dengar  sangat dah sebabnya dah selalu sangat terjadi.
1. Rogol
2. Berzina
3. Buang anak
4. Bunuh
Semua nya terjadi sebab memilih jalan yang susah untuk hidup. Betul tak? Kenapa perlu merogol kalau boleh memilih untuk tidak melakukannya? Kenapa perlu berzina atau bahasa yang lebih clear membuat persetubuhan sebelum berkahwin kalau boleh berkahwin dulu baru melakukannya? Kenapa perlu buang anak yang susah payah mengandungkannya, usung kehulu kehilir, tanggung sakit pulak masa nak melahirkannya kemudian buang macam tu ja. Kalau bela pun apa salah nya tak pun kalau dah tak sanggup sangat bagi dekat orang lain atau letak di rumah bakti. Bila buang anak, dah hina sangat perlakuan tu. Bila anak yang ditinggalkan tu dijumpai oleh orang lain dalam keadaan masih hidup dan sihat tak per la jugak, tapi bila ditemui dalam keadaan mayat, sudah reput, pulak tu dihurung semut tak ke menyayat hati bila mendengar dan melihatnya. Dah masuk ketegori membunuh. Perlu ka menyelesaikan segala masalah dan kesalahan dengan cara melenyapkan bahan bukti (membunuh)?? Dah berapa banyak kes-kes diluar sana melibatkan pembunuhan, dan rata-ratanya dapat mencari siapa pembunuhnya. Dah kena tangkap lepas tu menghabiskan sisa sisa hidup di dalam penjara. Kan ke dah susah? Kalau tak dapat cari pembunuh nya pun tapi hidup si pembunuh pasti dan sangat sangat gila pasti mesti hidupnya tak tenteram dan sentiasa di selubungi ketakutan dan mungkin juga dihantui penyesalan. Kalau tak bunuh kan ke senang hidup ko? Sebab tu la seperti yang aku dah bagi tau di awal ayat tadi, mengapa perlu memilih jalan yang sukar untuk hidup sedangkan jalan senang terbentang luas di depan mata. Bukan tak jumpa tapi tak mencarinya.
Ya memang mudah untuk berkata-kata tapi bila berada dalam situasi tersebut, tiada lagi pertimbangan akal yang sewajarnya. Baik! Kepada yang telah “melakukannya”, past is past. Kenangkannya sebagai pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain juga untuk anak-anak. Jangan kamu sangka dosa-dosa silam yang dilakukan tidak akan di ampunkan, jika kamu betul-betul dan benar benar dengan seikhlas hati bertaubat dengan taubat nasuha, insyaAllah akan diterima Allah. Allah itu maha pengampun lagi maha pengasih dan maha penyayang. Yang penting bertaubat dan menyesali apa yang telah dilakukan dan berjanji dan bersungguh tidak akan mengulang kembali.




2 comments:

Fuz [Reply]

bila agama dah dipandang no.2.
itulah jadinya.
umat akhir zaman.

khadijah nas [Reply]

kalau no dua xpa lagi, kalau langsung tak pandang sangat la teruk. nauzubillah..