Terima Kasih kepada kamu kerana sudi melawat belog ini. Bermula hari ini dan seterusnya, belog saya akan menggunakan perkataan dan gaya bahasa yang agak formal dan dengan kata lain skema mengikut seruan-seruan beberapa blogger yang lain. Akan ada juga selitan perkataan yang agak "pasar", memang sangat mengaku tak dapat nak elak kadang kala apabila tergunakan perkataan begitu, tapi akan cuba mengelak menggunakan short form, sila kamu terima ya dengan hati yang terbuka.
Blog saya kadang-kadang agak merapu, sebab tuan nya pun agak merapu juga lebih lagi tang Kim Bum. Penulisan saya yang agak skema memang mengambil masa yang tak lama sangat untuk di siap kan. Memang mengaku kadang kala ada juga unsur unsur membebel, pakai otak sendiri ja bila menulis, apa pun dunia blog hanya lah sekadar hobi sampingan.
Terima kasih kepada rama-rama yang tak tau adakah dia masih hidup lagi atau sudah kembali ke rahmatullah sebab ketika dijumpai keadaannya agak tenat.Terima Kasih kepada kamu ya rama-rama, tak tau la secara ikhlas atau terpaksa telah posing dengan begitu baik menjadi model belog ini.
Seronok menggunakan iGoogle sebab terus memaparkan inbox gmail, kura-kura kononnya bela sendiri, page boleh bertukar wajah mengikut pilihan sendiri dan ada link untuk membaca news. Cuba la!
Sekian,
KhadijahNas
4 comments:
Salam.
Wah, moga ada perubahan ke arah yg lebih baik.
Saya first time rasanya dtg sini. hehe
alhamdulillah.. hehe
thanx affan mai sini ya :)
berkunjung mak cik...saya suka dengan kata2nya...soalnya kebanyakan blogger malaysia menggunakan bahasa melayu..jadi agak sulit kami mbaca...tapi bahasa yang mak cik gunakan ini sangat mudah untuk di mengerti..
sampai hati panggil saya makcik..
hurmmm, tak kisah la kan..
betul, ramai blogger menggunakan bahasa melayu pasar, mustahil la orang seberang macam kamu nak faham apatah lagi bila menggunakan short form. saya kadang kala akan menggunakan nahasa loghat utara juga, tak dapat nak elak sebab bahasa utara menjadi pertuturan harian walaupun duduk shah alam.
boleh la kan...
Post a Comment