Sunday, 29 August 2010

Perompak sekarang memang nak kena pelempang dengan aku!



Sangat menakutkan apabila rumah jiran sebelah telah dimasuki pencuri a.k.a perompak a.k.a gila seks a.k.a seumpama dengan nya.  Malam nuzul quran plak tu kejadian berlaku, penjenayah nya orang MELAYU ya! Apa jenis orang pun aku tak tu la nak kata. Tak menghormati langsung bulan mulia, tambahan pulak malam yang mulia. Kalau ada penjenayah tu depan mata nak ja kasi pelempang sebijik eh bukan sebijik beribu bijik kalau boleh tak pun basuh sikit kepala otak dia! Tak halal kau tau tak rezeki yang kau dapat dari mencuri, merompak! Tak takut Allah ka?? 

Apa, kalau aku rompak mak bapak kau pastu bunuh diorang pastu penggal kepala diorang kerat batang badan diorang kepada 20 lebih kejam dari Mona Fendy tu apa kau rasa?? Suka tak ?? Gembira tak?? Haduii! Tengah marah ni! Marah! Kesal!  Takut lagi la bergunung, hantu tak takut pun tak pa sebab kalau takut dengan hantu bermakna kau tak yakin dengan kekuasaan Allah. Tapi kalau manusia punya nafsu serakah patut juga ditakutkan. Semoga Allah melindungi kami seisi rumah dari gangguan luar dan niat jahat. InsyaAllah.
Bila dengar cerita dari jiran sebelah rumah macam mana kejadian tu berlaku sehingga mendapat kerugian hampir RM12,000.00 kesian kat depa, dan malas nak komen tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa, kang tak pasal-pasal jadi isu sensitive plak, so hope diorang dapat meningkatkan keselamatan rumah diorang dan lebih berjaga-jaga di masa hadapan.
 Sepasang penghuni baru di rumah aku
Yang tak boleh blah dikatakan penjenayah menggunakan  ilmu  pukau. Kalau dah pukau tu kau bubuh dan pasang la sebanyak mana pun mangga kat pintu lastly kau gak yang bukak semua mangga tu dalam keadaan tak sedar untuk penjenayah. So, macam mana ya??

Di samping mengamalkan ayat-ayat pelindung diri dari kejahatan kami seisi rumah mengambil inisiatif untuk membela ikan puyu. Ramai yang kata ikan puyu dapat mematahkan serangan pukau ni. InsyaAllah, dengan bertawakal kat Allah, semoga mereka berdua ni dapat membantu menjadi guard kat rumah ni. Sesuai sangat la dengan lokasi diorang dekat depan pintu masuk rumah.
Berharga agak murah, beli dari Pusat Akuarium dekat sebelah Wet World tu. Sangat comel mereka berdua. Masih agak malu malu kucing. Sesuai sangat sepasang depa ni. Berkenalan elok elok ya. Jangan gaduh gaduh. Esok lusa sila lahirkan generasi baru.
Pasal nak bunuh tu aku tipu ja. Nak pegang ketam pun geli eh bukan geli tak baik geli dengan makanan cuma tak reti lebih lagi nak menyiang nya, perghh tabik dekat sapa yang reti.Erkk, OK.

Selamat Malam (^_^)

Love,
Khadijah Nas

10 comments:

nurul zahida [Reply]

nampaknya pencuri tu pun ngah try nak ciptA sejarah di malam nuzul quran tuh ......e

✿Miss Ruby✿ [Reply]

sabar jela...
depa xposa kot kd..sb 2 xdak keinsafan lagi...erkkk??!!!

khadijah nas [Reply]

kak zaida: mencipta rekod kejahatan peribadi kan..

khadijah nas [Reply]

kak rubi: ye banyak banyak ersabar. moga depa kembali ke pangkal jalan (^_^)

Hujan [Reply]

nak belajar siang ketam gak!!!!

khadijah nas [Reply]

sila sila. tapi bukan dengan saya sebab memang fail ya. (^_^)

Affan Ruslan [Reply]

Salam ziarah.
Haah, kena hati2, lagi2 time raya ni.
Paling risau kalau time rompak tu die bunuh org, tak pun buat bnde2 lain yg tak elok kt family.
Mintak dijauhkan.

*First time rasanya dgr pasal ikan puyu ni. hehe.

diorg cari apa mlm nuzul quran tu?
kot2 lah diorg cari Al-Quran. huhuh


Affan's latest entry: Bugs dalam game PES

ekyn ashikin [Reply]

hot story nie.. nnt aku nk singgah umah korg nk dengar kes nie.. boley aku menyiasat.. hahaha

khadijah nas [Reply]

affan: dah cukup berjati hati sampai kan tidur malam pun tak lena lastly sahur ke mana, kelas pun tak pergi sebab terlajak tidur.. huhu. tak kan setiap malam akan berasa tidak selamat??? warghh.. ok stop

ikan puyu dikatakan boleh menghalang pukau ni selain tu lidi penyapu pokok kaktus yang jenis berduri ni la.

pencuri gila laptop. dia hanya kebas laptop mahal ya, takat acer cikai dia tak amik. demand punya pencurik!

(^_^)

khadijah nas [Reply]

ekyn: still ingat tak kejadian yg sama tahun lepas kteorg penah citer, rumah sebelah jugak k.

datang amik kek ya (^_^)