Tuesday 22 February 2011

Begedil Ikan Bilis Khadijah Nas

Back again
Hai hai hai
Assalamualaikum

Eh ada rancangan baru Chef Wan la dekat TV3
Tapi bukan sempat tengok pon
Huh!

Last weekend selain dari Nasi Ayam
Aku ada jugak buat begedil
Bila tengok ubi kentang mak aku dah naik berakar akar
Tu yang terfikir buat begedil pun berfaedah jugak nih

Wey ada sesiapa yang tak tau begedil tu apa ka?
Pegi google sendiri, malas nak explain
Haha

Yela yela aku bagi tau juga
Begedil tu buat dari ubi kentang yang dilenyek
Sesuai untuk dijadikan sebagai lauk tambahan unuk dimakan dengan nasi


Sini aku nak kongsi resepi macam mana aku buat begedil
Memang sekejap je buat nya
Ye bab buat makanan yang MUDAH, CEPAT dan SENANG ni
Memang la aku suka!

Resepi ini untuk sekali makan ja ya

Bahan bahan

5 biji kentang sederhana besar
Bawang Goreng
Daun Sup dihiris halus
Secubit Garam
Ikan Bilis yang telah di goreng
1 biji telor ayam

Cara cara membuat

Masukkan ubi kentang dalam periuk berisi air
Pastikan ubi kentang di tenggelami air
Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk/lembut
Keluar dan tos air
Lenyek ubi kentang sehingga hancur
Taburkan secubit garam
Taburkan daun sup, bawang goreng, ikan bilis
Kuantiti daun sup, bawang goreng dan ikan bilis ikut suka anda
Lebih banyak lebih bagus
Tapi make sure sepadan dengan kuantiti ubi kentang tu
Gaulkan mereka semua sehingga rata
Dengan menggunakan tangan, kepal gaulan menjadi bulat
Bentukan saiz ikut kesukaan
Pecahkan telor dalam mangkuk
Pukul telor sehingga rata
Gaulkan begedil yang sudah siap dibentuk tadi dalam telor
Pastikan telor diratakan keseluruh begedil
Kemudian, goreng ia dalam minyak yang panas
Dah masak?

Angkat dan masuk dalam pinggan berlapikkan tisu dapur

Siap untuk dimakan!
Mudah kan?


p/s: Ikan bilis boleh digantikan dengan ayam, daging atau udang kering!
Pastikan ia dimasak terlebih dahulu!

Selamat Mencuba!!

(^_____^)

KHADIJAH NAS

4 comments:

✿Miss Ruby✿ [Reply]

pandainye die masak.
okei, jumaat nt chef kd yaaa di dapur.

khadijah nas [Reply]

haha..
takat yang senang boleh la kan
chef?
no prob...
haha

Amie [Reply]

sedapnya begedil...bonda saya pandai buat, saya belajar darinya tp makan je begitu baru puas...he he

khadijah nas [Reply]

hehe
betul betul!
saya pon suka mkn begitu saja ja..
hehe