Wednesday 2 February 2011

Berangan nak jadi home tutor

Bila hari sekolah dapat la duit belanja, beli hari cuti confirm tak dapat nya. Dah duduk rumah ja, ayah mesti kata nak guna duit beli apa ja pun semua dah ada padahal belambak dalam otak teringin nak beli itu ini itu ini.


Pastu terfikir kalau boleh bukak kelas tuition ka best jugak.



Takat mengajar subjek yang senang senang pun ok la kan macam

Add Math ka...

Math Mode ka...

Sejarah ka...

Geografi ka...

Bahasa Melayu ka...

Pendidikan Moral ka...

Pendidikan Islam ka..

Paling best kalau dapat mengajar budak ABC.

Perhatian, sebarang sains subjek seperti biologi, fizik, kimia tak pun subjek seni lukis dan grafik tidak lah boleh di bantu.

Cewah nak mengajar killer subjek add math tu, padahal dulu masa before amik SPM asyik dok failed ja kalau time ujian or exam. Tapi masa berlalu begitu pantas, dah nak generation mana punya math dah aku belajar sejak masuk U, bila tengok add math peringkat SPM nampak mudah sangat dah. Manusia membesar, pemikiran pun dah makin agak cerdik. Iya la tuh..!

Dijamin dapat A+ ye adik-adik

 

OK, kepada adik adik yang perasan dirinya comel sahaja, yang duduk area USJ boleh la kalau nak akak jadi your home tutor. Mail me khadijahnas@gmail.com tak pun sent a message on my facebook Khadijah Nas so that boleh la kita berkenal kenalan dan menimba ilmu juga perbaiki kebengongan korung dalam subjek subjek yang dah di sebut kan di atas sambil tu akak dapat la in come time cuti ni kan daripada duduk melepak ja dekat rumah and lagi satu kot ada abang yang muka agak berparas adjust la kat akak. Opss, eh tak tak, saja gurau, memang nak ajar korang dengan ikhlas.

Khadijah Nas




No comments: