Wednesday 23 March 2011

Exclusive: Bebelan Khadijah Nas

Tajuk entri tak boleh bla, sukati la kan. Terasa nak membebel plak malam nih.


Ada member utarakan soalan dekat aku, lepas tu terus terasa nak tulis entri ni.

Soalan dia,

“Kenapa tak couple? Tak jeles ke tengok member member yang ada couple? “

Aku dengan laju je jawab,

“Tak” padahal dalam hati, tettt...

Semuanya dah ada reason, setiap apa aku buat ada reason nya, kenapa dan kenapa. Konon ayat nak cover la kan.

Dengan memilik handphone yang batery tak tahan lama memanjang ja voice mail sebab malas nak pergi charge, dengan duit poket setiap minggu dari parents, dengan naik bas berbayar pergi kelas, dengan emosi tak tentu kejap OK kejap tak, dengan kuat membebelnya, dengan jenis cakap lepasnya, complain itu ini padahal diri tak bagus mana pun, dengan berkira nak keluar duit untuk topup dan makan adalah sebab dan alasan couple boleh lagi diketepikan la konon konon nya. Tak nak mengaku pulak diri tak laku kan. Faktor parents yang strict pun ada tapi kalau nyorok nyorok boleh ja. Tapi persoalannya ada ka orang nak dah perangai pun macam ni? Ni kira dah bukak aib sendiri nih.

Sekali keluar soalan,

“Tak normal ka?”

Bukan macam tu. Tipu la tak nak. Siap dulu aku dah target nak kawin umur 20 tahun, bila umur 40 jalan dengan anak bujang sendiri dah macam jalan dengan boyfriend muda, baru la awet muda. Haha. Tapi, tengok sekarang dah 23 tak kawin kawin lagi. Nak baby tapi tak nak lelaki, mustahil la kan.

Pernah ada yang tanya,

“ Kenapa tak ada pakwe? Memilih sangat la nih..”

Aku jawab dengan ceredik nya,

“Saya nak cari suami bukan nak cari boyfriend!”

Ha, kena sebijik. Tapi memang betul, kalau suami boleh dapat baby kalau boyfriend? Tettttt..

Teringat kata kata Kak Wardina dengan Ustazah Robiah kalau tak silap la nama ustazah tu, dalam satu forum di anjurkan di Kolej Mawar baru baru ni, soalan yang dikemukakan oleh seorang pelajar perempuan,

“Saya bercouple, alhamdulillah, saya solat penuh, puasa tak tinggal kecuali jika tak boleh puasa. Tapi, pasangan saya tak. Saya tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab mungkin saya boleh memujuk dan membimbing dia ke jalan yang benar.”

Siyesly, before ni aku rasa normal ja situasi macam tu sebab dekat dalam novel novel banyak juga yang menggambarkan watak wanita yang baik, watak lelaki yang agak nakal tapi kemudian nya kerana berkenalan dengan wanita baik ini dia berubah menjadi baik.

Tapi jawapan dari Ustazah dengan garang, tegas dan sungguh ekstream,

“Tinggal kan dia!! Dia tak layak untuk kamu!!”

“Biar kan dia, lantak dia nak jadi apa..”

“Sekarang ni siapa imam siapa makmum??”

“Siapa yang sepatutnya membimbing siapa??”

“Buat apa nak kan lelaki begitu sedangkan dengan Allah pun dia tak takut!”

Siyesly, forum malam tu sangat menyentuh sanubari, memberi kesedaran.
Jawapan Kak Wardina yang masih terpahat di ingatan,

“Adik, Akak Dina nak pesan, tinggalkan lelaki tu, No! Lelaki macam tu tak boleh, you can’t!”

“Sebelum kawin lagi dia dah tunjuk dia tak solat, lepas kawin jangan harap dia nak berubah”

Pandangan aku,

Hurm, tak tau la. Setiap orang ada masa silam. Manusia sampai satu tahap dia akan matang dan sedar kesalahan yang telah dia lakukan, cuma tak tau kesedaran itu nak datang, lambat or cepat, ikut nur hidayah masing masing. Tapi kalau dah terang terang dia tunjukkan kelemahan dan ke tak takutan dia kepada Allah, mesti la nak yang lebih baik. Soalnya, diri sendiri tu baik jugak tak?

Tapi ada pandangan mengatakan, bagaimana hidayah nak datang kalau tak di cari?

Ada juga yang mengutaran soalan,

“Allah telah menjanjikan orang yang baik, jodohnya adalah sepadan dengannya begitu juga sebaliknya, tapi bagaimana nak tahu?”

Jawapan yang sangat bernas dari ustazah,

“Yakin dengan janji Allah. Itu sahaja. Yakin, percaya, hindarkan diri dari sifat ragu ragu, sifat mempertikaikan janji Allah”

Betul jugak tapi nak membina keyakinan tu la, kene betul betul kuat iman. Nak nak iman manusia ni turun naik turun naik ada pulak bila dah turun pastu tak naik naik dah. Bahaya tu!

Contoh hamba Allah yang jika dilihat memang betul betul yakin dengan janji Allah, Fatimah Syarha, kalau pernah baca buku tulisan dia, dia cerita pengalaman dia ramai yang masuk minang dia even masa tu dia masih study, banyak yang ditolak sebab dia yakin dia boleh dapat yang lebih baik dari itu walaupun yang meminang dia tu memang dikalangan yang hebat hebat jugak. Dia yakin dengan istikharah, dia yakin dengan janji Allah, dia yakin dengan petunjuk dari Allah.

Hebat orang macam ni, berbanding dengan diri aku, aduhh, malu sangat. Istikharah pun tak pernah buat.

Mak aku cakap, sebelum dia kawen dulu, dia akan doa setiap kali lepas solat fardhu untuk dikurniakan jodoh baik. Memang doa seikhlas ikhlasnya dengan penuh harapan dan berterusan. Alhamdulillah, ayah masuk minang lepas dia nampak mak aku dekat kenduri kawin kawan dia, lepas berkenan terus masuk minang. Mak aku pun jenis payah gak, ramai dah masuk minang, semua dia tolak. Mak cerita dia terima ayah pun sebab amaran dari tokwan, lepas ni kalau ada masuk minang terima ja. Mungkin dah jodoh kot, alhamdulillah dapat la kami 7 beradik.

Mak siap bangga kot, dulu mak, ramai orang masuk minang, akak dengan angah tak ada seorang pun. OK! Baiklah!

Ada member kata, dah kena start amalkan doa cepat dapat jodoh. Walaupun mungkin rasa tak bersedia lagi, tak terbuka hati lagi tapi dah kena start memohon dan meminta dari Allah.

Paling penting, perbaiki diri. Tah hapa hapa tah perangai. Amal tak jaga, solat tunggang langgang, penampilan diri tah hapa hapa, macam mana nak mendidik anak, macam mana nak jadi isteri solehah. Ingat senang senang macam tu ja ka nak kawen.

Soalan yang sering berlegar legar setelah di brain wash dengan makcik makcik,

Bertanggungjawab kah aku? Setia kah aku? Sabarkah aku? Boleh ka nak bangun awal hari hari? Nak buat kerja rumah lagi? Bersediakah nak melangkah masuk ke keluarga yang asing dengan diri kita? Macam mana nak jaga hati mertua? Pandai ka? Masalah keluarga lagi. Setiap keluarga mesti ada masalah. Kalau jenis yang nak balik rumah mak dia ja. Sanggup ka terima? Dapat yang jenis cerewet, pembersih, nak makan dekat rumah hari hari, sanggup ka berpenat lelah? Kalau yang dapat yang pengotor suka buat sepah macam mana pulak? Dapat yang speaking utara boleh terima sekali kalau belah Terengganu Kelantan macam mana pulak? Faham ka bahasa depa? Boleh terima ka? Selera makan pulak nak kena belajar mendalami makanan belah sana lagi, kebanyakan tak kena pulak dengan selera. Boleh ka nak balik rumah mak ayah selalu?

Siyesly banyak lagi persoalan persoalan yang menakutkan. Masih tak berapa yakin nak menempuh semua tu lagi, mungkin masih belum sampai masa, sebab tu hati masih belum terbuka. Semuanya ada sebab, alasan yang munasabah. Semua itu sangat perlu dititik beratkan, tak boleh nak dipandang enteng. Tapi kena ingat juga, setiap manusia tak perfect, ada kelemahan masing masing, tapi tanya diri sendiri balik, boleh ka terima kelemahan tu?

Sekian sesi membebel.

KHADIJAH NAS

3 comments:

damha [Reply]

soal jodoh akan sampai saat n ketikanya yg sesuai...he333

khadijah nas [Reply]

yupzzz!

Violet P [Reply]

Nice post thanks for sharing.