Friday 4 March 2011

Friend Is Mirror, It Reflects Who You Are

Ada pepatah mengatakan “Kawan itu cermin diri”. Maknanya apa perlakuan baik atau buruk yang kita lihat dekat kawan kita, ada sedikit sebanyak menggambarkan tentang perlakuan kita juga. Tak la sebijik sebijik tapi ada juga yang hampir sama. Kawan di sini boleh juga dalam konteks orang sekeliling yang kita temui atau lihat atau jumpa.


Perlakuan yang buruk selalunya kita tak berkenan. Nak kesan kita berkenan ke tak adalah bila hati kita kata kita tak suka dan membebel bebel seorang diri macam,

“Meluat la aku tengok budak tu”

“Eeii, tolong la! Apasal gedik sangat budak nih!”

Bila duduk sorang sorang atau sebelum tidur ce muhasabah balik diri sendiri ada tak perlakuan buruk tu dekat diri kita. Buat match and merge. Buat comparison kot kot ada yang sama. Alhamdulillah jika tiada dalam diri kita. Dan jangan sesekali memberi ruang untuk perlakuan buruk itu bertapak menerpa masuk dalam diri kita pun.

Tapi, jika ianya ada, tiba tiba terperasan,

“Eh, aku pun kadang kadang macam tu la”

Walaupun selalunya manusia ni selalunya merasakan diri dia bagus dari yang lain, tapi ce belek renung ingat flash back balik penah tak ko macam tu, kalau ya pernah, so, buang kan cepat cepat. Remove it! Delete it! Boleh jika anda ada azam untuk mengusirnya.

Yang selalunya menjadi masalah besar bila kita tak pernah perasan perlakuan buruk dalam diri kita. Di sini lah sebenarnya peranan teguran dari kawan kawan yang rapat. Teguran pulak jangan la kaso bebenor! Susun ayat teguran dengan nada yang paling lembut, cantik, teratur dan kemas. Paling penting tak menyakitkan hati. Kalau aku pun naik marah kalau orang tegur tak kena tempat.

Dan yang bermasalah kritikalnya pulak bila tak boleh terima teguran orang lain. Mak aih, berat dah ni. Dah la kawan kawan tak berkenan dengan perangai kome tuh, dah ditegurnya, tak boleh terima pulak. Merasakan diri dia tak salah. Boleh pulak dok fkir lagi,

“Apa salah yang aku dah buat”

Pastu nak menunding jari dekat orang lain pulak,

“Eleh, dia pun sama, menyebuk pulak nak jaga tepi kain orang”

Jangan terburu buru mempertahankan diri dari teguran baik orang lain. Sepatutnya berterima kasih dekat orang yang bersusah payah menjaga tepi kain orang lain tu. Lepas tu fikir, pertimbang betul ke salah dengan teguran yang diberi tuh. Kalau tak boleh nak fikir sebab merasakan tak ada sebab yang membuktikan teguran tu betul, tanya orang lain untuk mendapatkan penjelasan. Cari kawan yang bercakap jujur bukan nya kawan yang dok menjaga hati ja kata kata nya. Hipokrit padahal dalam hati bergunung gunung dia kutuk perangai ko tu.


Rendah kan lah EGO. Jangan terlalu EGO. Orang tak suka. Akhirnya hilang kawan. Diri akan merasa menyesal di kemudian hari. Jangan ingat kalau rendahkan EGO tu jatuh maruah ko, jatuh air muka ko. Tak jatuh pun, sikit pun tak jatuh. Kawal emosi, kawal hati, kawal fikiran. Hanya diri kita sahaja yang boleh mengawal emosi, hati dan fikiran kita.

Selalunya manusia ni, eh bukan, kalau manusia skop nya terlalu besar, dikecikkan skop kepada MELAYU. OK, selalunya melayu ni suka melihat keburukan dari kebaikan. Kalau yang baik jarang jarang dipuji. Tapi kalau yang buruk tu habis dijaja disebar satu negara. Kenapa macam tu ya? Bagaimana nak menjadi bangsa yang maju? Buat apa nak sibuk nak jadi negara maju tapi atitude bangsa mundur? Paling menjadi contoh terbaik ialah ruangan gosip artis. Mak aihh... Penat kalau nak baca dan ikuti semuanya. Tak tahu nak percaya ka tak.

Dah terkeluar topik ni kalau dah masuk bab bergosip gasap artis neh. Berbalik kepada tajuk entri, bila kita tengok seseorang tu berperangai mulia seperti baik, bersopan santun, berbudi bahasa, lemah lembut, hormat orang tua, caring, bermurah hati, cool, tak cepat marah, jenis yang tenang je, dan macam macam la seumpama ‘perlakuan baik’ dengan nya, pernah tak terfikir,

“MasyaAllah, bagusnya dia. Kenapa aku tak macam tu ya?”

Pernah tak, pernah tak? Yang selalunya kalau paling bagus punya pujian,

“Bagus betul la ko ni, nanti buat lagi ya”

“Baiknya, anak sapa la ni”

“Amboi, boleh buat menantu ni”

Tak pun selebihnya adalah sindiran sindiran yang memang power lah punya ayat sampai terfikir malas lah nak buat baik lagi. Eh jangan macam tuh, bior la orang nak ngata apa, yang penting kome ikhlas bukan plastik.

Paling tak boleh bla kalau jenis orang yang tak boleh tengok kawan lebih sikit dari dia dan mula mengaku atau bermonolog dengan dirinya sendiri,

“Eleh, aku lebih baik, dia tu saja nak menunjuk bagus lah tu nak tarik perhatian”

Ini paling siyal punya orang!

Jangan macam tuh. Sedar tak sedar syaitan telah menguasai diri ketika itu. Bongkak, sombong, perasan bagus, pandang rendah terhadap orang lain, dengki dan seumpama "kelakuan buruk" dengan nya. Mintak simpang banyak banyak ok!

Cermin diri
Suluh Peribadi
Pelihara Hati
Akhlak Terpuji

KHADIJAH NAS

4 comments:

NAZ [Reply]

kita selalu berkata tentang orang lain. menilai orang lain sedangkan kadang kadang kita lebih teruk rasanya ahaha

✿Miss Ruby✿ [Reply]

betui betui betui
tiap2 hari lepas nie kena ngadap cermin
n tnye diri sendiri
baekkah aku?
hehe
~bulan nie plg banyak entry pasal kawan~

khadijah nas [Reply]

naz: itu lah yang perlu diingati dan berhati hati.

khadijah nas [Reply]

aisy: jangan sekadar membelek cermin menelek wajah dan penampilan luaran tapi perlu menebus jauh melihat dalaman diri. macam mana tuh? haha...