Friday, 11 March 2011

Jangan terlalu berani mandi malam malam

Malam itu malam Jumaat. Report banyak lagi tak siap. Sambil buat EIA report sambil melilau lilau di internet sambil tanam pokok strawberry dekat FarmVille. Jam dah masuk pukul 1, alamak tak mandi lagi. Tak pe lah, kejap lagi. Roomate pun tak tidur lagi. Ada yang sibuk siapkan assignment ada pulak yang study untuk test esok. Sedang siap kan report sambil merasakan nak tercabut jari sambil dengar lagu dari OST Oh My Lady. Sedap pulak lagu nih. Detik berlalu, badan terasa penat, melekit sebab tak mandi lagi dari balik kelas petang tadi. Jeling jam laptop,

“Eh dah masuk pukul 3 dah, kejap nya masa berlalu.”

“Adoi, penat dah ni. Esok ada lecture pulak.”

Terdetik di fikiran nak pergi mandi. Kalau dekat rumah ni, bilik air dalam bilik ja tak la seram sangat, ni dekat kolej. Di sudut hati mengatakan,


“Eh merapu apa mandi malam malam buta ni kang nanti kena paru paru berair kang.”


Tapi di sudut hati lain mengatakan,


“Alah, bukan selalu..”.


“Tapi ini bukan rumah sewa, bukan rumah ko, ni kolej!”

Mengabaikan kata kata itu, terus ambil tuala dan perkakas mandi dan berlalu ke pintu bilik.

Sedang menyarung selipar, pintu bilik Ayu yang paling hujung sekali di buka. Ada orang keluar dari bilik. Aku tengok je la dia dari jauh. Bilik aku dengan Ayu selang 5 bilik. Lepas tu dia jalan ke bilik Sha. Ida ada sekali sebab merempat dekat bilik Sha nak buat report sekali dengan Sha. Bilik Sha bertentangan dengan bilik Ayu. Terdetik dalam hati,

“Eh Ayu tu. Nak ajak Sha dengan Ida pergi toilet basuh muka la ni”

 “Diorang ni mesti stay up buat EIA report”

Aku pun berlalu dengan lambat lambat dengan harapan boleh la jalan sekali dengan diorang. Bila aku toleh belakang nampak diorang masih sembang sembang lagi depan pintu bilik Sha tapi terdetik kehairanan jugak kenapa tak tegur aku. Lantak lah, dah tak sabar nak mandi nih.

Masa aku dalam toilet dengar orang masuk bilik air basuh tangan tapi macam seorang ja. Tak de pulak dengar riuh riuh. Biar lah, diorang masuk bilik air sebelah sana kot.

Tengah mandi terdetik dalam hati,

“Ko ni buat kerja gila mandi tengah malam pkul 3 pagi malam Jumaat pulak tuh”

Tapi ignore je buat selamber badak dan meneruskan aktiviti mandi. Sambil tu terdetik lagi dalam hati,

“Ntah ntah tadi tu bukan Ida, Sha dengan Ayu. Kalau ya naper diorang tak tegur?”

Ish, banyak sangat aihh andaian, nak menakut nakut kan la tuh. Tak de tak de. Jangan layan sangat. Sambil berzikir zikir dalam bilik air nak menghindari perasaan takut.

Dah selesai, berlalu ke bilik, semua roomate dah tidur. Kemas kemas buku buku yang bersepah dan bersedia untuk tidur.

Sambil terdetik lagi,

“Ish, baju tak iron lagi, kang kalau bangun lambat macam mana?”

Bangun balik, iron baju. Siap semuanya bersedia untuk tidur dan berdoa agar jangan terlajak subuh. Alhamdulillah, pukul 7 terjaga, bangun dan solat subuh. Kemudian, di sebabkan agak keletihan, berhajat untuk tidur 5 minit sebelum bersiap ke kelas. Tapi bukan 5 minit, padahal 5 jam. Mak ai, bangun bangun dah pukul 12. Cess, buat penat ja iron baju!

Petang, lepak dengan Sha dan Ida, sembang sembang belajar apa dekat kelas. Then, bukak cerita,

Aku: “Eh, malam tadi pukul 3, korung pergi toilet eh”

Ida: “Mana ada nya, pukul 1 dah tidur pun”

Aku: “Ehhhh...”

Sha: “ Tadi Ayu cerita dia kena tindih malam tadi. Mungkin sebab balik dari tasik seksyen 7 waktu magrib    kot. Benda tuh ikut. Ayu kata, benda tu siap gelak lagi dekat Ayu”

Aku: :”Ehhhhhhhhhhhh... “

Tanda tanya berlegar di fikiran. Maybe tersilap tengok bilik kot. May be yang nampak tu budak bilik lain. Tapi setiap kali masuk bilik, aku akan tengok ke bilik Ayu dengan Sha, aku pasti aku tak silap bilik dan diorang la yang aku nampak walaupun penglihatan aku tak berapa nak jelas.





 KHADIJAH NAS

8 comments:

cik yuz [Reply]

haaa...misteri...misteri...

Khadijah Nas [Reply]

haha... jangan takut gi toilet plak malam nanti ye yus.. haha

ekyn ashikin [Reply]

kau kan spesies rabun kd... betul ker

Khadijah Nas [Reply]

betol la kin.. rabu bukan tahap tak leh nampak langsung. takat bentuk ayu, ida, sha tu leh cam lagi

munna [Reply]

wah! seramnya...kak munna mmg tak berani mandi mlm takut paru2 berair

Khadijah Nas [Reply]

kak muna: memang tak elok pon mandi malam malam kak muna tapi kalau dah rasa tak selesa sangat tu kadang kadang buat jugak

cik yuz [Reply]

hehe...

kakak,jom join boglist ni..kasi trafik tinggi sket

http://cikyuz87.blogspot.com/2011/03/kamikaze-aku-nak-join-bloglist-kamikaze.html

Khadijah Nas [Reply]

adoii.. yela yela