Alhamdulillah bulan Ramadhan kali ni aku dapat habis kan masa dengan family, bersahur berbuka dengan family setelah dah 5 tahun tak berpeluang ada masa yang panjang macam nih. Sejak dari masuk diploma duduk kolej sampai la zaman duduk rumah sewa. Bila duduk kolej pukul 2 pagi dah start turun makan, gila awal nak makan nasi pagi pagi, dengan lauk sejuk nya, hampeh tak de nye la aku turun kecuali kalau rajin and roomate ajak turun sebab aku stail malas nak makan before tidur konon nak simpan untuk bangun sahur sekali ta bangun bangun lastly makanan tu semua buang je. Membazir dah tu kadang tu malas nak simpan makanan. Bila niat nak bangun sahur tapi bila dah terbangun tengok semua roomate tak bangun tak semangat pulak nak sahur itu pun sekadar minum air je. Roomate ni berpengaruh dalam hidup aku, kalau diorang jenis tak bangun sahur aku pun tak terbangun jugak la jawabnya. Tapi paling bes masa zaman duduk rumah sewa, bes bes! Ada housemate yang rajin bangun masak untuk makan sahur memang bez, bangun makan waktu pagi berkumpul ramai ramai buat bulatan. Lepas dah makan duduk depan laptop online internet sementara nak tunggu subuh. Bila waktu berbuka pulak masing masing pakat share makanan yang di beli dekat bazar ramadhan. Sweet memories!
Tak aku nafikan menjelang bulan Ramadhan ni agak simpati dekat hamba hamba Allah yang macam mana aku nak cakap ye, aku tujukan simpati aku kepada yang sudah kehilangan atau baru sahaja kehilangan atau memang tak ada family, parents tak pun yang broken family yang hidup berdikari sendirian yang tidak memiliki keluarga yang sempurna, aku percaya bulan puasa ni agak terasa la kesedihannya lebih lagi bila tengok di restoran ada sekeluarga yang berbuka puasa bersama penuh gelak ketawa, pergi pasaraya tengok ada mak sedang menyuai padan baju ke badan anaknya, kawan kawan pakat balik berbuka puasa dengan family dia, of course semua tu mesti sedihkan. Kalau tahun lepas boleh bersahur berbuka bersama tapi tahun ni dan tahun yang seterusnya tidak akan lagi. Semua tu hanya tinggal kenangan, lelehan air mata sahaja yang tinggal menemani. Banyak bersabar ya, Allah lebih menyayangi mereka. Tak pun ini semua ujian tahap keimanan dan ketakwaan anda kepada Allah swt. Jika sedih mengadu lah kepada Allah. Kalau mengadu dekat aku, aku pun boleh cakap “Sabar je la ye..” sebab tak mampu aku nak tolong, yang aku mampu mendengar tapi kalau mengadu dekat Allah, InsyAllah Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang pasti menolong hambaNya yang kesusahan dan kesedihan.
Kadang tu kita tak boleh anggap “Aku dah doa tapi tak jadi apa pun”, tak bukan macam tu. Allah dengar tapi mungkin Dia mahu melihat kesungguhan kita memohon pertolongan dariNya, Allah mendengar rayuan aduan dari hambaNya tapi dia tidak membantu terus pada masa tu tapi dia membantu di masa akan datang. Dia Maha Melihat apa yang akan kita lalui pada masa hadapan kita, dia lah yang mengaturkan perjalanan di masa hadapan kita dan di perjalanan masa hadapan itu lah dia membantu kita meringankan beban kita kadang tu tanpa kita sedari sebenarnya doa kita telah dikabulkan. Ia di kabulkan dalam pelbagai bentuk cara antara kita sedar atau tidak.
So nasihat aku kuat kan hati kuat kan diri kuat kan semangat tingkat kan iman dan takwa kepada Allah lawan kesedihan percaya segala kesusahan kesedihan sekarang adalah ujian tahap keimanan kita kepada Allah dan percaya jika hari ini sedih jika hari ini pedih akan muncul di masa hadapan hari yang suka hari yang gembira hari yang penuh dengan bahagia. Hanya perlu tunggu dengan sabar dan yakin kepada Allah, doa kepada Allah, semoga Allah memakbulkan doa anda semua lebih lagi di bulan mulia ini bulan seribu rahmat itulah bulan Ramadhan.
Sekian.
6 comments:
bersahurlah kamu kerna dalam bersahur tu ade keberkatan....
asyik beri komen terlupa nk follow...he333..saya dah follower yg ke 129
sahur secara solo pun stail gak. boleh fokus masa bersahur. hehehe. tp duduk rumah sewa, satu kepala pulak dengan housemate, mmg syok samada time berbuka mahupun bersahur. sudah pernah melalui waktu waktu itu :)
to damha: betul walaumacam mana pun kena bangun sahur, sunnah nabi.
to damha: hadoi private sungguh!
to Fyzal: dapat housmate yg satu kepala mmg best kan. (^__^)
Post a Comment