Friday, 5 August 2011

Salam Ramadhan #5



Last week, adik lelaki aku balik rumah so ajak la dia pergi jalan dekat Empire yang dekat dengan Subang Parade tu walaupun orang kata tempat tu tak ada apa tapi di sebabkan tak pernah pergi lagi so sekurang kurangnya pernah pergi kan walaupun sekali. Adik perempuan aku kata kawan dia cakap dekat situ ada kedai yang jual barang yang di buat dari bahan kitar semula so kiteorang pun teruja nak pergi kecuali akak aku dengan adik lelaki aku. Bila jejak kaki masuk Empire amik kau semua nya branded punya kedai, COACH, GUESS, F.O.S, etc. Ok tak pe bukan nak beli apa pun saja nak round kan so bila nampak POPULAR itu je la arah tuju favourite.


Memang dah lama aku aim nak cari novel sambungan CINTA SUFI iaitu tajuknya SUTERA BIDADARI, wahh semua 5 siri tu semua aku ada. 2 hari baca dah habis dan seperti biasa karya RAMLEE AWANG MURSHID memang tak pernah mengecewakan. Kagum dengan kekreatifan dia mengolah membongkar mengungkit balik kisah lalu dan dikaitkan pula dengan yang akan datang. Kemunculan watak baru Sang Dewi yang agak tertanya tanya siapa kah tup tup cerita Sang Dewi tu bersambung ke buku seterusnya. Tapi siri buku yang kali ni memang best!

Tapi bukan sebijik buku je yang aku borong sebabkan lepas belek belek dekat POPULAR tu aku jumpa pulak buku DENDAM karya AFFIFUDIN OMAR dan memang dah lama nak beli tapi tak jumpa jumpa so bila dah jumpa terus amik dan bayar. Aku pernah tengok dia dijemput oleh NASI LEMAK KOPI O promote novel dia. Dari situ aku dapat tau yang dia dulu pernah berada dalam arena politik so lepas dia bersara dia giat menulis novel dan mesti la novel dia berkisar tentang pengalaman pengalaman yang pernah dia dengar pernah dia tahu pernah di lalui kan so dia buku kan dalam bentuk novel.


DENDAM lepas 2 hari baca, bagi aku menarik juga sebabnya bagi aku ia adalah idea yang dicedok dari pengalaman, pengetahuan dan peristiwa yang pernah berlaku dan terjadi tapi di gubah dirangkum ke dalam satu cerita hayalan yang kononnya perjalanan kehidupan watak utama novel iaitu Khalil Gibran.

Pengajaran pun ada, boleh dikutip. Betul apa yang dicerita oleh penulis, kadang kadang kehidupan pembesaran seseorang telah dipengaruhi oleh dendam keluarga yang turun ke dalam dirinya dan membuatkan dia hidup dengan penuh dendam dan untuk membalas segala dendam itu dia dalam masa yang sama dia boleh terjebak dalam kerja kerja jenayah. Lama lama semua itu menjadi satu kepakaran dan dosa yang dibuat pun memang la berkepuk kepuk. Tapi Allah itu Maha Penyayang memberi peluang kepada hamba yang dipilih untuk berubah, bertaubat, kembali ke jalan Allah dan menyesali segala perbuatan yang lalu.

So bukan novel jiwang bukan novel cinta bukan novel fantasia bulan madu ke apa, aku nak suggest 2 buku ni especially kepada penggemar novel novel thriller. Try la baca DENDAM dan SUTERA BIDADARI. Bagi aku DENDAM boleh menambah knowlegde tentang perlakuan jenayah yang mungkin selalunya kita baca dari surat khabar tapi yang ini dalam bentuk perjalanan hidup yang difantasikan.

2 comments:

damha [Reply]

nampak gayanya nas ni leh jadi pengulas novel ni...dpt menjiwai setiap watak n mengadaptasikan pengalaman penulis utk dijadikan panduan hidup...fantasi n realiti dirangkumkan sekali supaya sebati dan diolah dgn baik....

khadijah nas [Reply]

haha.. terima kasih