Tuesday, 25 October 2011

Congratulation to Sarah



OK please ucap congratulation untuk Sarah, my little sister yang baru baru ni dapat johan pertandingan mewarna kategori 7-9 tahun anjuran Majalah Ana Muslim sempena Karnival TV9 yang diadakan  di Masjid Al-Falah USJ 9.

Dapat la beg sekolah baru warna pink gambar Ana Muslim sebijik dengan poster lukisan. Then lukisan tu mesti la di publishkan dalam majalah tu kan. Entah isu ke berapa nak kuar nye ngak tauk.

Before ni dekat sekolah kebangsaan dia dapat hadiah tempat kedua warna tercantik dapat naik pentas amik hadiah. So sekarang dah makin upgrade dapat johan pulak kan.

Kadang hujung minggu balik rumah aku la yang ajak dia;

"Sarah, jom kita kaler buku nak?"


Oppss bocor rahsia eden!

Antara bebelan aku kat dia selalunya

Kaler bahagian line dulu pekat pekat baru warna bahagian dalam.
Kaler satu line je jangan kejap kot ni kejap kot nu.
Kaler jangan bagi comot keluar
Kaler guna warna campur campur
Kaler bagi full, jangan nampak bahagian putih pun


Proud sebab aku yang ajar dia teknik mewarna dari dia tadika dulu dulu. Ahaks nak tumpang nama jugak tak boleh bla! Ye la dulu masa aku kecik mana pernah menang warna mewarna ni sebab tak ada sapa yang ajar teknik yang betul masa mewarna. Untung jadi adik bongsu sebenarnya.  Haish!!

Yang aku nampak jadi anak bongsu atau yang penghujung dan ada kakak kakak yang dah besar ni, diorang ni dapat belajar macam macam di usia muda. Tau la kan kakak zaman sekarang habis semua pi cerita dekat adik, bukan macam kakak zaman dulu dulu lebih kepada berselindung semua perkara.


(my lil sis and my lil bro)

Kadang tu aku jenis menipu jugak budak budak nih 
Huh lama lama diorang tak nak percaya cakap aku. 

Cinabeng!

Baru baru ni aku kuar kan fakta masa sambil mengunyah keropok lekor,

" Jangan selalu makan keropok lekor ni, tau tak keropok leko ni buat dari ikan yang hampir busuk. Perasan tak kalau makan keropok leko akan naik gatal gatal. Cuba fikir sapa nak guna ikan fresh untuk dilenyek buat keropok?"

Tapi diorang balas balik,

"Ish, Angah ni suka nak mengarut!"

Padahal aku cakap benda yang betul, nah amik ko budak budak tu dah tak mo percaya.
Tipu la lagi tipu lagi. 

(T___T)

2 comments:

Elmoluya WutWut [Reply]

teringat masa sekolah sekolah dulu, main kaler kaler dekat muzium negara. tapi kalah. sobsob.

Khadijah Nas [Reply]

hihi.. main kaler kaler ye :)