Monday, 12 November 2012

Percubaan pertama


Pranggg.. Berkecai telefon tangan jenama Blackberry Bold terhempas ke dinding. Terkejut semua pekerja di pejabat Jurukur Sentosa. Semua dengan serentak berpaling ke Eva. Amukan Eva Dayana meletus sebaik sahaja diberitahu dia dipecat serta merta dan lebih padah lagi apabila rahsia yang selama ini disimpan terbongkar ke datuk disebabkan oleh majikannya sendiri.

“Tak guna punya si botak pendek Malik tu!! Tak boleh nak simpan rahsia langsung. Tak kenang budi! Dah la pendek, botak, busuk hati pulak tu. Sis-sia je ada PhD tapi budi tak tahu nak kenang. Kedengaran kutukan garang dari Eva terhadap majikannya.

Panggilan telefon yang baru dia dapat sebentar tadi langsung dia tak boleh terima, “Eva, maaf saya terpaksa pecat awak dari syarikat ini.” Eva yang terkejut dengan kata–kata bekas pensyarahnya semasa dia belajar di Universiti Teknologi Malaysia  dulu terus melenting “Kenapa pulak? Jangan Dr nak kata sebab datuk dah tahu saya kerja dekat sini?”. Suara Dr Malik kedengaran di corong telefon,” Ye Eva, saya tak boleh nak buat apa-apa, mungkin orang-orang Tan Sri dapat maklumat awak bekerja di bawah syarikat saya. Saya dipanggil mengadap Tan Sri dan saya dah cuba menafikan awak bekerja dengan saya. Saya dah cuba sedaya upaya tetapi orang-orang Tan Sri lebih cekap. Maklumat yang mereka dapat sangat jelas dan tepat. Saya terpaksa bongkar rahsia awak Eva. Tuttttttttt.. Panggilan telefon terputus akibat telefon di tangan Eva di baling dan terhempas ke dinding.

“Blah la si Malik tuh, dah berusaha menafikan konon entah entah kecut lepas datuk ugut nak tarik balik tender projek dekat Melaka. Bukan boleh percaya orang tua botak pendek mata duitan tu, kalau bukan aku yang rekomen dekat datuk untuk beri tender projek di Ayer Keroh untuk syarikat dia ni entah dekat mana lah orang tua tu merempat sekarang. Tak pe Malik tak pe kau akan tahu balasan nya nanti! “ Makian demi makin terus terhambur dari mulut Eva yang sebelum ni langsung tak pernah menunjukkan riak marah di hadapan rakan-rakan pejabat. Semua pekerja hanya berpandang dan berbisik bisik  sesama sendiri. Eva langsung tak pedulikan hal tersebut terus mengemas barang ke dalam beg dan melangkah keluar dari pintu pejabat menuju ke tempat perhentian bas.

Manager syarikat Cik Ana Marissa keluar dari bilik nya apabila dengar bunyi bising di ruang luar. “Apa yang bising-bisng ni?”

Serentak itu telefon pejabat berdering dan bunyi menandakan ada faks masuk. Notis pemecataan Eva Dayana dari syarikat induk di cetak keluar dari mesin faksimili. Gempar satu pejabat, masing masing meluru ke meja Lina yang membaca notis tersebut dengan nada kuat. Masing-masing bergosip memberi pandangan sesama sendiri.

Cik Ana masuk kembali ke biliknya abila telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk
“Eh  apa yang si Eva  buat eh sampai kena pecat macam tu je? Setahu aku dia ok je. Workoholic ada la. Siang malam muka dia saja  dekat office ni.” Ulas Ali dengan gaya lembutnya yang semulajadi.
“Entah.. Ada la tu dia buat Malik marah ke. Macam kau tak tahu Malik tu macam mana kalau dia marah.” Ujar Asyikin. Panggilan nama sahaja terhadap pengerusi syarikat mereka memang sudah menjadi kebiasaan apabila bersembang sesama sendiri.

“Setahu aku la, selama si Eva tu kerja dekat sini sejak 7 bulan lepas mana dia pernah kena sembur dengan Malik. Aku ingat lagi masa projek dekat Terengganu tu, Eva tersilap guna projection negeri lain, habis seluruh plan datanya shifting, dia takat kena panggil dan tegur macam biasa je. Tak ada pun kena tengking atau makian macam Cik Rita minggu lepas. Padahal Cik Rita cuma tersilap copy data je pun, kena marah macam rosakkan data seluruh projek. Tak pasal-pasal kawan tu letak jawatan letak dah tak tahan kena maki. Sayang betul manager yang sangat berpengalaman dah tak ada.”

Udin mencelah lepas kata-kata Ida, “ Ye la weh, aku pun dah rasa tak tahan kerja dekat sini,dalam kontrak cakap lain tapi bila dah lama kerja macam ni la pulak, duit makan duit OT semua dikurangkan. Si Malik tu ingat kita ni kuli batak dia. Kalau di compare kan, Bangla yang dapat kerja di Malaysia pun tak kerja macam kita ni tau. Diorang siap boleh beriadah makan angin dekat KLCC setiap hujung minggu, kita ni 24 jam dekat office terpaksa buat kerja belambak lambak tah bila boleh siap pun aku tak tahu la.”

“Aku rasakan Eva baling telefon dia lepas dia cakap dengan Malik. Korung dengarkan tadi apa yang si Eva cakap. Gila garang kot. Mengamuk betul dia. Mana dia pernah marah-marah macam tu sebelum ni. Dia la yang ak tengok paling tak banyak cakap sekali.” Sambung Jena.

“Dah kena pecat tiba tiba gila tak marah, kalau aku pun marah. Habis si Eva tu blah macam tu je ke? Tak kan dia tak nak angkut sekali barang-barang dia tuh?” Alin yang terkenal dengan  mulut berbisanya mencelah.

“Engkau nih, esok dia datang balik la kot amik barang-barang dia.” Jawab Udin dengan nada meluat.
Perbincangan bersurai selepas mereka di tegur oleh Manager Ana yang keluar dari biliknya menyuruh mereka meneruskan kerja masing-masing.

                Di dalam teksi menuju ke stesen LRT Ampang, air mata Eva mengalir dengan lajunya. Dia cuba untuk menahan tangisan dengan mengesat air mata yang mengalir tetapi ianya makin merembes laju. Eva cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi esakan kerana malu dengan penumpang di tempat duduk hadapan dan juga pemandu teksi. Sesampai sahaja di depan stesen LRT Eva terus meluru keluar tanpa mengambil kembali baki tambangnya. Kad touch n go dengan baki yang tidak pasti adakah mencukupi terus di sentuhkan ke bahagian sentuh kad di penghadang laluan. Selepas melepasinya, Eva terus menuju ke tempat menunggu LRT laluan ke Sentul Timur yang kebetulannya baru sahaja sampai.

“Mana aku nak pergi ni sebenarnya” detik hati Eva sambil mengesat cairan yang keluar dari hidung. Dia tahu hidungnya merah menyala dan dari pandangan orang yang melihatnya pasti mereka tahu dia baru sudah menangis. “Ah peduli apa diorang nak tengok ke, bukan hari-hari aku jumpa orang yang sama orang yang dikenali dalam LRT ni”.

Eva memutuskan untuk pergi menuju ke Masjid Jamek dan mengambil monorail menuju ke Imbi untuk ke Times Square. Berlegar-legar seorang diri di shopping complex sambil membelek belek barang untuk meredakan kemarahan dan perasaan sedih adalah tindakan yang sering dia lakukan.

Eva seorang gadis yang hanya memendam rasa dengan segala masaalah yang dihadapi. Dia bukan jenis gemar bercerita dan meluahkan apa yang dia rasa kepada orang walaupun sahabat sendiri. Dia rela menanggung segala-galanya daripada bercerita dengan rakan dan akhirnya cerita itu disebarkan dari mulut ke mulut.

Tiba-tiba dia teringat sahabat baiknya, Azri yang kerja di Damansara Utama. Ajak dia keluar pun best nih. Eh mana Blackberry aku ni Eva menyelongkar mencari telefon bimbit nya. Kemudian dia terus teringat. “Alah kan ke dah hancur telefon tu aku baling tadi. Nak call Azri macam mana eh?, Eh kan ada telefon Samsung no Maxis. Nasib baik no Azri memang sudah melekat di ingatan walaupun tiada no Azri dalam rekod no maxisnya.

“Hello, Azri kau buat apa tu? Free tak?”

“Hah sapa ni?.”

“Aku lah”

“Eva ke? No siapa ko pakai nih. Apasal call aku?

“Kau free tak?”

“Bila? Sekarang? Aku dekat office la, office hourkan tak habis lagi. Eh kau tak kerja ke hari ni? Jarang kau call aku waktu-waktu pejabat ni selalunya kalau aku call waktu macam ni susah betul nak bersahut”

“Aku dekat Times Square ni”

“Kau buat apa kat situ?” Jawab Azri dengan nada terkejut. Yelah jarang betul dia dengar si Eva ni di luar waktu pejabat macam ni.

“Aku bosan tak tahu nak ke mana, kalau kau dah habis kerja nanti and tak ada plan apa-apa datang sini teman aku tengok wayang”

“Pergh macam ajaib je aku dengar kau ajak aku tengok wayang hari biasa macam ni,kau kenapa? Ada masalah ke?”

“Aku... aaku ok, saja aku rasa nak berhibur hari ni, penat dah rasanya”

“Iya la tuh, kau ada masaalah kan? Ntah ntah kau nangis eh bunyi suara pun sengau je ni”

“Mana ada la”

“Yelah-yelah tunggu aku dekat Kenny Rogers, lepas office hour aku datang. Hah, dah azan asar pun, kau boleh solat kan? Pergi solat dulu bagi tenang hati. Bila sedih sepatutnya kau pergi mengadu dekat Allah bukan berlegar-legar dekat shopping complex tu, siap nak tengok wayang pulak.”

“Dah dah kau jangan nak membebel pulak. Dah la.” Terus talian dimatikan.

“Eh budak ni, macam tu je dia letak” rungut Azri.

No comments: