Monday, 11 February 2013

Sabah Trip: Poring Hot Spring

Sambung coretan pengalaman ke Sabah awal tahun 2013 yang lalu. Boleh dikatakan percutian ni tak de la dirancang sangat dan boleh juga dikelaskan sebagai percutian bajet cuma bukan lah backpacker's style sebab ada kenalan orang tempatan yang bersama sama bawak pergi jalan ke tempat tempat rekreasi yang menjadi kunjungan utama dekat Kundasang, tidur dan makan free di rumah dia. Kereta pun tong tong sikit la duit minyak dengan blanja la jajan makan masa dalam kereta.

Poring ni antara destinasi pertama la asal nya nak pergi Kundasang War Memorial yang memang betul betul dekat pekan Kundasang tapi sebab kenalan yang datang melawat mak angkat dia di Kudat, Zahid (Zed) datang jalan jalan ke Poring mandi air panas so kami decide tak pe lah pergi Poring.

Dari Kundasang ke Poring jauh jugak, dalam 2-3 jam kalau tak silap aku. Bapak (Ayah Fifi) kata kiteorang datang tak kena masa sebab bulan Januari musim hujan di Kundasang. Memang pun dalam tempoh 9 hari di Sabah boleh dikatakan hari-hari hujan. Bapak siap pesan lagi, 

"Lain kali datang lagi, nanty bapak bagi tau bila cuaca baik di Kundasang. Banyak lagi tempat yang cantik kamu tak pergi."

Aku gurau lah;

"Kalau bapak belikan tiket saya datang punya"

Bapak gelak je siap balas;

"Bisa aja!"

Huih Bapak ni memang bagus betul, dengan rajin nya, suka aku tengok anak anak semua manja je dengan ayahnya. Sempoi santai dan bergurau siap cakap;

"Kak Siti, tengok lah ni, sudah besar masing-masing, sudah ada cinta masih mahu bermanja sama bapak"

Aku dengar macam lucu je, cinta tu dirujuk sebagai boyfriend/girlfriend. Comel kan!


Buddies yang baru aku kenal

Poring dekat Ranau. Poring ni nama tempat lah. So dekat Poring ni ada Hot Spring iaitu kolam air panas. Ada yang mandi ada yang rendam kaki. Tak de la panas mana, mungkin masa pergi tu cuaca pun hujan so air tu cepat sejuk kot. Aku dengan buddies tak rendam lama pun. Baju memang tak bawak sebab dah besar gedabak memang tak mandi la dekat tempat terbuka. Of course lah nak masuk sini dikenakan bayaran RM3/orang. Masa ni Zed yang baju merah tu yang bawak family angkat dia tu mak dia yang bayar tiket kami semua. Tehee.. 


Tukang pegang Pisang Goreng 

Dekat sini selain tumpuan bermandi manda di kolam air panas, ada juga tree top walk yang jambatan gantung macam dekat Sedim tuh. Walaupun kampung aku dekat benor dengan Sedim, aku pernah berkelah mandi manda dekat Sedim tapi tak berkesempatan pun naik jambatan tuh. 

Dengan pakai seliper nya, dengan pakai jeans nya, dengan tak buat warming up nya,  dengan hujan rintik rintiknya, disebabkan Maria beria ria nak naik, Aku, dengan Fifi decide jomlah naik. Yang lain memang tak lah 2 orang gayat yang sorang lagi dah pernah naik. 


Disebabkan first time naik titi gantung tinggi macam ni so aku pun tak terfikir lah sebelum nak sampai titi gantung tuh kena mendaki anak anak tangga yang banyak dan berliku liku. Siyesly memang mengah! Maria yang beria ria ajak naik siap muntah kot. Nak masuk kena bayar RM3/orang kali ni memang guna duit sendirilah. Opss kamera kena charge RM5. 





 Muka penat sampai juga akhirnya cuma kena la beratur tunggu giliran nak titi jambatan tuh. Tak boleh la bagi sukahati je nak lalu ramai ramai. 


Tak gayat langsung cuma lalun titi sempit dan bergoyang-goyang. Kena jarak sikit lah orang depan dengan orang belakang supaya tak de la bergoyang sangat masa nak jalan.



Kalau pandang bawah inilah pemandangan nya, akar pokok pun tak nampak


 Titi ni ada beberapa checkpoint untuk rehat sekejap sambil bergambar menikmati pemandangan



 Laluan turun dengan laluan naik lain. 


Muka selamat turun padahal kaki tengah menggeletar tuh. Memang lah penat sikit masa nak naik,  masa di laluan titi gantung tuh perasaan berbunga bunga lah sebab first time dan masa turun kejap je rasanya masa berlalu. Perjalanan naik atas dalam 25++ minit, lalu titi tu dalam 20++ minit dan turun bawah 20++ minit bergantung lah kelajuan korang bergerak.


So bergambar kenangan sebagai cop rasmi pernah sampai ke sini. 
Yeay seronok!






6 comments:

FATEN NABILAH RUSHDAN [Reply]

BEST YAA :)

Mehmet Wie [Reply]

best kan jalan2 ke Sabah.. Wie pun pergi juga bulan januari lepas, try juga canopy walk ni.. memang best.. :)

khadijah nas [Reply]

@AtEn nAbilA Best! Bila free ajak la family atau kawan kawan bercuti kat sini :)

khadijah nas [Reply]

@.*.WiE.*. Betul.. Memang penat nak naik tai dekat atas tu hilang penat :)

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain [Reply]

Wahh seronoknya berjalan ke sana. Nak tanya, kat hot spring tu tengok gambar rendam kaki je. Kat sana boleh tak nak rendam badan sekali? Huhu.

khadijah nas [Reply]

@Siti Nurhuda Husna Zulkarnain boleh je nak mandi, ada je kolam untuk mandi :)