Hurm dah lama tak buat penulisan.. melawat memang selalu, kadang-kadang tu belek balik entri-entri lama, tengok gambar-gambar yang pernah aku post dulu-dulu since laptop masa belajar dulu sekarang ni tak boleh nak bukak, rasanya hampir setahun jugak tak on beliau disebabkan malas nak beli adapter baru. Mentang-mentang company memang bekalkan laptop sorang satu, Acer lapuk tu dah tak nak pandang.. Woii woiii dalam tu ada banyak khazanah berharga tau!!
Apa nak ceritaa ye, tak tahu tapi saja nak throw back slide aku sediakan untuk presentation viva tahun akhir di universiti setelah hampir beberapa bulan naik gila macam mana nak ukur daun.. Sebenarnya kan aku ada banyak benda nak share.. Dah lama dah tapi malas nak mengarang tak tahu lah kenapa.. Terutama pengalaman aku duduk dekat Kolej Mawar masa tahun akhir dulu sepanjang seminggu cuti semester break duduk bilik eh bukan duduk blok tingkat 9 tu sorang-sorang.. Hishhh bila dah mula menaip gian pulak nak cerita macam macam tapi lain kali lah walaupun entah bila lain kali nya dengan nak cerita life sekarang.. Saja nak kongsi sebab life sekarang agak interesting dan yang lebih penting makin menggila, lebih gila dari zaman buat thesis... Tu yang tergerak hati nak belek balik zaman dulu-dulu dan rindu pulak rasa, alangkah bertuahnya jika kini masih di alam student..
Apa pun saja nak share sebahagian daripada presentation viva thesis aku ni kot-kot boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang sedang tercari-cari tajuk thesis. Nasihat aku, kalau nak buat thesis setakat tahap degree buat yang simple-simple pun dah ok dan yang paling penting berguna, kreatif dan the most important senang dapat data, jangan nak buat advance tapi lagi sebulan nak present data pun tak dapat-dapat lagi ohh sangat ngeri keadaan tersebut..!
Data aku senang gila, petik daun tangkap gambar dan buat rekod sendiri tapi yang paling menyakitkan hati berbulan-bulan nak siap ialah camera calibration merata aku tanya orang macam mana nak buat and nak dapatkan result yang baik sebab memang zero knowledge nak buat calibration bagai ni...
Walaupun agak teruk dihentam masa viva ni sebab macam cikai punya thesis je tapi aku anggap itu satu pembelajaran, pengalaman yang berharga dan bila teringat balik terasa nak buat masters pulak.. Nak hasilkan karya kajian yang lebih hebat lagi... Auwww In Sha Allah jika Allah izinkan dan tetapkan hati ini untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. Teringin sebenarnnya...
Nasihat saya kepada juniors, ambiklah Dr Manan sebagai supervisor pasti dapat A! Ahaks.. Hah tiba-tiba aku teringat, mana pergi ye daun -daun durian yang berlungguk ni, entah-entah dalam kotak atas almari sekali dengan buku-buku lama.. Apa jadi dah kepada mereka.. Reput dah kot..
Nasihat saya kepada juniors, ambiklah Dr Manan sebagai supervisor pasti dapat A! Ahaks.. Hah tiba-tiba aku teringat, mana pergi ye daun -daun durian yang berlungguk ni, entah-entah dalam kotak atas almari sekali dengan buku-buku lama.. Apa jadi dah kepada mereka.. Reput dah kot..
11 comments:
style
(^_^)
Documentation tu, guna apa? microsoft access ke?
@Anonymous documentation tu lebih kepada report
@Anonymous Microsoft access digunakan sebagai database
you guna non-metrix camera aka compact camera... jadi result dia bagus tak? RMS?
boleh share abstract thesis ni? dgn recommendation?... kalau tak keberatan... email: budakbill@gmail.com
@Anonymous handling RMS memang boleh naik giler, saya tangkap gambar dulu baru buat camera calibration, result dia dengan manual method hampir sama!
@Anonymous boleh. Saya email :)
assalamualaiku, sis nak minta pendapat boleh, saya sekarang ni tengah nak cari tajuk untuk final project Dip sains geomatik (GIS). so , boleh tak sis cadangkan beberapa tajuk yang sesuai dan best ,. :D
@AMWaalaikumussalam, macam2 tajuk awak boleh buat, kalau GIS ni lebih kepada sumber data, so pilih la tajuk yang nak dapatkan datanya senang dan tidak membebankan.. Selalunya tajuk yang femes, comparison antara software gis, aplikasi gis dalam ......, mcm mcm bidang. Tingkatkan lagi pencarian!! :)
Post a Comment