Sunday, 24 November 2013

Kerja Pertama

Assalamualaikum

Adat bekerja, perlu bergerak ke sana dan ke mari. Semasa hari interview sudah di beritahu, 

Are you willing to relocate or travel?

dan untuk mendapatkan pekerjaan tersebut mesti la jawapan yang diberi ialah Yes. Adakah itu hanya menguji anda, hurm sebulan bekerja memang la duduk office, balik pun on time, 5.30 petang dah bungkus semua, tapi selepas sebulan, keadaan semakin sibuk dan kekerapan travel ke sana sini semakin rancak.

Selepas tamat semester akhir di UiTM, bulan February 2012, rakan-rakan sekelas termasuk aku sendiri masing-masing sibuk cari kerja, word search yang paling favorite di google ialah 

gis vacancy
kerja kosong gis
mudah.com
jobstreet

dan segala yang berkaitan. Dekat facebook group, asal ada je post jawatan kosong terus hantar resume dan berharap di panggil untuk bekerja dengan harapan tak nak pegang status graduan menganggur. 

Nak dijadikan cerita, bila bercuti panjang, berpanjanganlah berfacebook dan jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah dulu yang rupa-rupanya sama kos tapi dah pun bekerja, dari dia aku dapat tahu ada satu syarikat yang tengah cari pekerja. Apa lagi terus aku hantar resume dan dalam masa yang sama dok cari jugak yang lain, tapi aku memang tak berhajat nak kerja luar dari bidang belajar.

Aku tak sure aku ada apply atau tak tapi dapat satu panggilan temuduga untuk program graduan dari Scicom Berhad, padahal mula-mula aku dengar nama company ingatkan Celcom, ala yang dia bagi kursus 6 bulan dan siap elaun setiap bulan, ajar kemahiran berkomnikasi, presentation dan kononnya akan carikan tempat kerja lagi. Aku pergi jugak la, dekat Menara TA One seberang KLCC. Aku dengan tak tahu jalan nya, main redah naik komuter turun dekat KL Sentral dan kemudian amik LRT ke KLCC. Berpusing-pusing jugak aku tanya orang mana dia Menara TA One.

Interview dekat sini kebanyakkan yang hadir ialah graduan dari UniTAR, cina la yang paling ramai. UiTM pun ada 2-3 orang yang lain aku dah tak ingat. Tapi perempuan melayu dalam 5 orang kalau tak silap aku. Dia bagi taklimat tentang program ni, yang aku still ingat nak improve communication skill hari-hari memang akan ada presentation dan public speaking. Gerun jugak lah masa tu sebab english pun tak berapa power, dah hari-hari bergaul dengan melayu memang tak la cakap omputih. Kemudian dia tanya sorang-sorang, bila dan dimana dan dengan siapa selalunya kita berkomunikasi in english, aku main bedal je.

Selepas seminggu kalau aku tak silap, dapat panggilan untuk temuduga, dekat Ampang. Dengan tak pernah pergi Ampangnya, aku redah jugak naik komuter dari Subang Jaya ke KL Sentral kemudian ambil LRT dari KL Sentral ke Masjid Jamek kemudian naik LRT aliran Ampang terus ke Ampang. Dekat sana kawan aku amek, kebetulan rumah dia memang area situ.

Second time datang interview, yang datang kalau tak silap aku 8 orang dan 8 orang sekaligus di interview dalam satu bilik mesyuarat yang agak sempit. Mula-mula diberi taklimat dan penerangan skop projek dan skop kerja walaupun masa dengar tu tak faham seketul pon. Kemudian dia bagi tau dia bayar berapa dan elaun sekian sekian dan agak berpuas hati dengan jumlah yang dia nak bayar. Last sekali dia bagitau nak suruh masuk bekerja minggu depannya, dan kalau ada kawan-kawan lain bagitau untuk datang interview sebab dia nak bukak satu office baru yang boleh muatkan 15-20 orang. 

Aku of course la riang ria hati sebab datang interview terus dapat kerja lepas tu siap boleh ajak kawan-kawan lagi, aku ajak member yang amek aku dekat LRT tadi, dan member rapat yang lain. Kebetulan yang datang interview sekali senior sama kos, dia ajak menyewa sekali. Memang tak la ulang alik naik lrt, jauh kot. 

20 February 2012, kerja pertama sebagai Data Processor di Info-Geomatik Sdn. Bhd sebagai contract staff sampai hujung tahun. Sebelum ni memang langsung tak pernah bekerja. Tapi kawan sekolah rendah yang bagi info tempat kerja ni dah warning siap-siap, gaji memang best untuk permulaan kerja tapi kerja memang gila-gila, mungkin kena stay sampai malam dan sabtu ahad pun kena kerja, aku macam tak amek peduli sangat sebab biasa la tu, asal kan ada kerja. 

Bila dah 2 minggu kerja, dapat panggilan dari Scicom tapi aku tolak sebab sudah bekerja. 10 bulan jugak kerja tunggang terbalik dekat Ampang tuh, 31 December 2012 aku dapat surat tamat kontrak dan projek E-Cadastral tu pun dah hampir siap dan cawangan di Ampang tu akan ditutup, dia sewa lot kedai dekat situ pun sebab projek e-Cadastral ni dan dekat dengan JUPEM Jalan Semarak. Tapi sebulan sebelum berenti, bos dah suruh siap-siap cari kerja lain. Ada apply jugak kerja lain, tapi tak la semangat sangat nak cari sebab rasa nak rehat panjang dekat rumah, dulu lepas berhempas pulas dengan thesis, tak sampai 2 minggu terus masuk kerja, kerja dekat situ pulak seksa nya boleh tahan jugak, pernah beberapa kali jugak, aku masuk 8.30 pagi, baliknya 5.30 petang esoknya. Tapi dah siap-siap bawak baju la. Berumahtangga, berkampung, bersahur, buka puasa dekat office semuanya dah rasa.

Memang mula-mula kerja, langsung tak reti nak buat apa, tapi staff yang lain semua nya baik-baik, so mana yang tak reti tanya je diorang. Lepas sebulan dah boleh independent tapi ada jugak yang confuse kena rujuk senior jugak. Aku pernah tulis pengalaman kerja pertama dekat sini.

Lepas tamat kontrak, aku balik kampung dekat Kedah, duduk 2 minggu kalau tak silap, then aku pergi UUM melepak dekat hostel kakak aku dalam 4 hari kot, time tu dia final exam dan last semester sebelum praktikal, dan balik KL duduk dalam 3 hari, aku terbang ke Kota Kinabalu, bermalam dekat sana semalam then gerak ke Kundasang, kalau tak silap, ada nak dekat 8 hari 7 malam aku dekat Kundansang.



Balik dari bercuti, bermula lah life as si penanam anggur. 4 bulan aku menganggur dari bulan Januari 2013 sampai April 2013. Tapi masa kerja dekat Ampang, aku pernah pergi satu interview, Tenaga Pengajar Muda dekat UiTM Seri Iskandar. Aku tak apply pun, cuma supervisor thesis dekat UiTM dulu yang bagi tau diorang perlukan candidate untuk isi kekosongan TPM disebaban yang datang interview sebelum ni semuanya student Master sedangkan yang dia perlukan candidate yang tak pernah apply sambung belajar di mana-mana university. First time datang interview yang formal, sebabkan tak pernah lagi di interview seorang dan berhadapan dengan 8 orang panel, memang hancuss. Memang pengalaman tak boleh lupa. Aku try bukukan dekat next entry, entah bila next entry pun tak tau.

Khadijah Nas













19 comments:

Anonymous [Reply]

Knp sampai 4 bulan menganggur? Kursus ni susah dpt kerja ke? Atau perkara biasa bg kursus ape2 pun?

khadijah nas [Reply]

kene rajin apply kerja merata rata, saya jenis liat nak apply, lps 4buln saya alhamdulillah dah bekerja tetap shingga kini, rata rata kwn2 blaja pon bekerja dlm bidang berkaitan terutama yg tinggal area kl n selangor

khadijah nas [Reply]

kene rajin apply kerja merata rata, saya jenis liat nak apply, lps 4buln saya alhamdulillah dah bekerja tetap shingga kini, rata rata kwn2 blaja pon bekerja dlm bidang berkaitan terutama yg tinggal area kl n selangor

Anonymous [Reply]

Senang dpt kerja dlm skop ape utk kos ni? Antara kerja pejabat (GIS) atau juruukur tanah kerja kat luar

khadijah nas [Reply]

@Anonymous depend kalau awak minta bekerja di dalam persekiran pejabat libatkan diri dengan GIS, Data Processor, Researcher, Remote Sensing etc. Kalau awak berminat bekerja di lapangan, awak boleh serious ke bidang survey, hydro, oil and gas, geologist dan seumpama dengannya. Rata-rata rakan sekuliah dengan saya bekerja dalam bidang geomatik samaada sebagai tenaga pengajar, bekerja di offshore, bekerja dengan syraikat oil and gas, gis executive, data processor, land surveyor, utility surveyor, construction surveyor, researcher, eh macam macam lah, yang terjebak luar bidang pon ada. Kena rajin cari je lowongan kosong ni. Rezeki ada di mana-mana dengan izin Allah

Anonymous [Reply]

Haha yela, sy confuse nk pilih bidang mane. Sy pelajar Reka Cipta waktu spm. RC ni adalah idea utk menghasilkan produk yg lebih inovatif spt mesin penghancur daging, pemotong rumput & sbgnya. Sy suka melukis pelan produk dan menghasilkan produk tersebut didlm bengkel dgn menggukan alatan yg telah disediakan. Sy teringin utk bekerja didlm bengkel 1 hari nanti. Guru dan pentaksir memuji hasil kerja sy. Sy mendpt mrkh tertinggi; 49.5/50. Lg 50 tu exam bertulis time spm. RC ni sedikit sbyk telah didedahkan sy kpd bdg mekanikal; sistem gear, aci engkol, tali sawat, pneumatik, hadraulik & sbgnya. Sy ingin meneruskan pengajian dlm bdg mekanikal. Namun physics time sekolah selalu dpt mrkh 40 lbh je & 2 kali failed. Sy rasa takut takleh bwk dan mungkin tak layak masuk. Sy juga berminat dlm pengajian geomatik. Waktu form 3, guru geo selalu memuji sy kerana selalu dpt mrkh tertinggi dlm subjek geografi. Pengiraan geo form 3 pun sgt senang. Sy dilantik menjd pengerusi geografi disekolah. Sy juga perlu menentukan kwsn yg strategik utk penanaman pokok disekolah. Sy sgt suka tajuk earth as a sphere dlm subjek maths walaupun ramai yg tak pilih subjek tu waktu exam (kertas 2- pelajar kena pilih 4/5 tajuk dibhgn B). Sy juga suka subjek pengiraan sphere dlm addmaths yg menggunakan cos, sin, tan (mungkin belajar lebih dlm utk kursus geomatik ni?). Dlm pemerhatian sy, sy tak berminat mengira sesuatu fizikal spt acceleration, momentum & sbgnya. Tp sy berminat mengira keluasan (area). Tp sy suka suasana dibengkel, dimana sy & kwn2 sdg menyelenggara dan menghasilkan sesuatu mesin. Pd pndpt akak yg bijaksana, bidang mane yg sesuai dgn diri saya? Komen panjang2 pun takpe

khadijah nas [Reply]

@Anonymous

1.Panjang gile penerangan.
2.Eh bagus nya awak minat dalam bidang reka cipta.
3.Pertama skali terlintas dalam hati saya eh budak ni sesuai dengan mechanical engineering. Tapi bila sampai ayat awak tak yakin nak hadap physic pulak, tapi kenapa nak takut sebab geomatik pon kene hadap physic jugak cuma bila di peringkat university duduk d persekitaran ini, otak kepala awak in sya Allah akan boleh menerima subjek yang dulunya bukan lah kegemaran awak pon, dan penerimaan tu awak merasakan ianya mudah sebab faktor tumbesaran kot dan juga faktor dulu dah pernah belajar dan bila repeat balik lebih familiar berbanding orang yang langsung tak pernah belajar. Silap silap jadi sifu kawan-kawan. Haha
4.Satu juga terdetik eh sesuai juga minat awak ni dengan kursus2 under Faculty Art n Design tapi saya kurang familiar dengan course2 under fakulti ni awak boleh sambung study la kot course under fact ni di sini http://ad.uitm.edu.my/v2/programmes/undergraduate.html
4.Kalau awak berminat dengan Civil Engineering juga menarik, ada merangkumi design, pengukuran dan juga basic geomatik juga ada pengenalannya di sana.
5. Geomatik kalau pekerjaan utamanya di luar sana ialah sebagai land surveyor di mana awak terdedah dengan kerja-kerja pengukuran di lapangan dan juga pemprosesan data, lukisan plan di pejabat.
6. Saya pon confuse apa yang sesuai dengan awak. Hebat sangat. Haha. Buat solat istikharah, minta petunjuk jalan yang mana awak perlu pilih.

Regards,
khadijahnas

Anonymous [Reply]

Haha terima kasih khadijahnas. Waktu sklh dulu pernah gi kaunseling. Mslh berkaitan halatuju lps spm. Hmm tetap jgk tak pasti nk tuju bidang ape.. haha. Tp klau sy minat dlm sesuatu perkara, sy akan beri komited sepenuhnya. Cth: waktu pmr rajin gi kelas geo, maths, sej. Rasenya tak pernah tinggal klas tu.. Ambik RC pulak komited dgn produk. Buat pelan dgn perfect, mintak tunjuk ajar guru. Tolong kwn draw lukisan. Tp klau tak suke mmg malas. Blaja physic mcm kena paksa. Tanya soalan pun entah pernah ke tak.. Mungkin bila kat U byk praktikal dan minat mengambil tau. insya Allah. Terima kasih atas nasihat anda!

Anonymous [Reply]

Kerja GIS dipejabat senang naik pangkat tak? Melalui pengalaman atau kwn2?

khadijah nas [Reply]

@Anonymous kalau government 3-4 tahun bekerja dah boleh naik pangkat, kalau swasta melalui pengalaman dan kemahiran tak pon nak naik pangkat cepat/ demand gaji lebih tinggi pindah ke tempat baru.

Anonymous [Reply]

GIS byk diperlukan tak di M'sia? Dah bape sykt GIS hubungi akak utk temuduga? Saya risau sekiranya saya menganggur setelah tamat belajar dlm bdg geomatik (GIS)..

khadijah nas [Reply]

@Anonymous GIS semakin grow di Malaysia. Malaysia juga ada MyGDI iaitu jabatan yang mengeluarkan standard dan mmbantu jbtn kerajaan yg lain dalam gis development http://www.mygeoportal.gov.my/. Awak boleh rujuk sini dan awak akan nampak perkembangan GIS di Malaysia. Apabila potensi semakin bekembang apa pendapat awak tentang peluang pekerjaannya?

Anonymous [Reply]

Peluang kerja mesti byk. Tp kebanyakannya lelaki ke perempuan kerja sbg GIS ni?

khadijah nas [Reply]

Ramai expertise yang saya jumpa lelaki sebab org lelaki ni suka explore benda baru, tapi key nya kalau nak boleh lwbih berjaya dalam bidang Gis mmpunyai kelebihan atau background it, memang satu kelebihan sbb kami yg gis ni kalau melibatkan coding memang surrender dan perlu rujuk programmer. Tapi ada je perempuan yg juga expert n cekap dgn gis. semua bergantung pada individual tu sendiri Bukan jantina.

khadijah nas [Reply]

Ramai expertise yang saya jumpa lelaki sebab org lelaki ni suka explore benda baru, tapi key nya kalau nak boleh lwbih berjaya dalam bidang Gis mmpunyai kelebihan atau background it, memang satu kelebihan sbb kami yg gis ni kalau melibatkan coding memang surrender dan perlu rujuk programmer. Tapi ada je perempuan yg juga expert n cekap dgn gis. semua bergantung pada individual tu sendiri Bukan jantina.

Anonymous [Reply]

Kiranya pelajar lepasan it pun boleh mohon kerja sbg gis dan mudah diterima? Sbnrnya lepasan course apa yg layak utk gis ni?

Anonymous [Reply]

Gaji seorang GIS byk tak? Biasanya dlm berapa ribu utk fresh graduate and berapa ribu pulak utk org yg berpangkat tinggi dlm GIS?

khadijah nas [Reply]

@Anonymouskalau lepasan it pon macam mana majikan nak tau awak ada kemahiran alam gis kecuali prufkan dalam resume atau semasa interview melalui coursework atau thesis tahun akhir. betul satu bonus utk yg amik gis ada knowldege dlm it atau amik it dan ada kebolehan dalam gis. sangat related. ataupun awak amik it dan interview dgn syarikat gis. tapi position jurugeospatial dlm kerajaan mestilah background degree n geomatik/gis/r.sensing in case kalau awak ada aim jawat jawatan kerajaan in gis

khadijah nas [Reply]

@Anonymousstandard fresh grad ikut company tu maju ke tak maju, kedekut ke tak kedekut. dalam rm2000 dan semakin knaikn gaji setiap thn. kalau keje dgn cmpny gis software mngkin blh dpt rm2,500 ke atas for starting