Boleh di katakan seminggu sekali aku akan bukak blogger dan check ruangan komen tapi selalunya komen baru masuk bila nak dekat dekat mula semester atau pun time lepasan SPM/STPM/Matrikulasi nak isi UPU.
Aku makin tak rajin nak update apa apa pun walaupun ada jugak yang mahu dikongsi. Sejak akhir-akhir ni aku terjebak dengan blog-blog yang ownernya backpackers, join group backpackers di Facebook, belek belek gambar diorang pergi bercuti sambil jeles sorang-sorang, belek belek tiket AirAsia kot-kot ada yang murah, hujung minggu seharian belek blog zahariz.wordpress.com, post dia dari hari pertama sampai tahun-tahun berikutnya dan jeles sorang sorang lagi tapi fikir kalau aku tak kot pergi bercuti dengan kayu basikal tapi jimat banyak giler kalau kayuh basikal nih.. Lepas tu pasang angan-angan tinggi menggunung nak jejak ke merata tempat, dan hanya mampu memasang impian dan mengharap ianya akan direalisasikan one fine day.
Beberapa hari lagi akan terbang ke Bandung, percutian yang disaat saat kemuncak projek syarikat. Tiba-tiba terasa tarikh bercuti tak kena dengan keadaan semasa alohaii. Teringin nak tulis planning itenary sebelum pergi sana lepas tu bila dah balik nak record balik apa yang dah terjadi dan nak comparekan. Baru seronok! Tapi for sure lah apa dalam itenary memang sangat lain bila dihari kejadian. Ha... Yang tak ikut planning tu yang nak tau tu kenapa dan mengapa, adakah planning di ubah lebih awesome aktivitinya atau bosan giler! Semoga pergerakan kami di rahmati Allah.
Bulan depan nya di hantar mengajar pulak, hoii aku mampuihh tak reti nak ajar orang, berpengalaman jauh sekali, mau nya tergagau bila dapat soalan yang tak terjangkau dek akal nanty.. Alohhaii.. Tapi kata orang pengalaman pertama tu pengalaman yang paling berharga sebab dari Pertama Kali tu la akan merebak ke sepuluh kali, ke seratus kali.. last-last professional trainer.. Fuh jauhh ke bulan impian nya, jangan reject trainer sudah sebab apa yang di syok sendirikannya. Kantoi di situ layan drama berangkai Pertama Kali dekat Tonton yang setakat ni aku tak pernah ditontonkan lagi muka heronya.
Tapi ayah aku bagi tips kalau nak mengajar,
1. Mengajar penuh keikhlasan, keikhlasan yang tulus dan polos datang dari sudut hati sampai orang yang attend training tu dapat rasa kesungguhan kita mengajar dan yang penting faham apa yang nak disampaikan.
2. Masa nak mulakan pengajaran, jangan guna ayat 'Hari ini saya akan ajar....' tapi cuba guna ayat 'Hari ini saya akan berkongsi ilmu yang saya ada tentang....'
3. Tanya orang belakang, 'Boleh dengar ke suara saya?'... 'Orang belakang, boleh nampak ke tulisan kat depan ni?'...
3. Guna bahasa yang memuliakan orang, contohnya, kita janga guna ayat tanya, 'Faham tak puan-puan dan tuan-tuan' tapi gunakan ayat yang lebih lembut seperti 'Ada mana-mana bahagian yang puan-puan dan tuan-tuan mahu saya ulang semula?'
4. Bila dikalangan yang hadir kursus tersebut ada bosa dan orang bawahannya, jangan tanya soalan yang susah dekat bosnya sampai bosnya tak boleh nak jawab, ini akan menyebabkan jatuh air muka bosnya.
5. Bila di tanya soalan 'Cik, yang ini saya masih tak faham lah?', jangan la pergi reply balik, 'Ini kan senang je, tak kan tak faham-faham lagi?' tapi reply la balik dengan lembut dan sopan seperti, 'Oh, saya terangkan balik ye.... Ni memang complicated sikit...' Guna ayat yang membuatkan student tak malu untuk bertanya lagi dan lagi.
6. Cuba terangkan sesuatu perkara kepada situasi yang lebih ringkas, padat, tepat dan mudah di fahami. Seperti buat perbandingan related issues, kaedah lama dan kaedah baru mungkin
7. Dan masa tutorial, gerak ke setiap tempat duduk student, tengok macam mana diorang buat dan tanya setiap orang sebab kadang-kadang ada yang jenis suka tanya personally.
Hah tergamam dengan tips-tips nya, mahunya tak, kang aku kalau boleh tolong la jangan tanya soalan, tolong la cepat habis, apasal la pakcik ni tak paham-paham lagi susah no den nak nerangkan nya. Jauh bezanya nak praktik kan. Oh practice makes perfect!
Bulan depan sekali lagi repeat Kundasang, tak jemu-jemu.. Bulan Mei balik Penang sepupu kawen, wah event besar ni nak take part setelah dah berkurun tak ada buat kenduri. Lopaih ni berderet-deret pulak kenduri pasan, masing-masing dah mencecah peringkat wajib kawin..
Bulan Jun, adalah kemuncak teratas untuk projek yang aku involve nih, memanjang kemuncak nya tapi siyes ini memang super kemuncak, again presentation untuk keseluruhan projek, the real job, the final and real workflow, dari awal sampai habis sebelum penyerahan keseluruhan kerja pada pihak client dengan lengkapnya untuk diguna pakai. Fuhhh bulan yang gila dan menggerunkan. Debaran semakin terasa nih...!
Bulan Jun jugak dah start puasa Ramadhan, dan raya kali nih hope aku ada baju raya, tahun lepas punya la tak sempat nak beli, aku bukan boleh percaya kang amik baju jadi pengapit Nadia hari tu jadi baju raya. Recycle sudah!
Ini macam nak tulis entry untuk setahun nih, tapi sebenarnya aku tengah merangka sesuatu yang baru dalam hidup, so aku still tercari cari bila nak start, bila yang sesuai, dekat mana, berapa lama, apa dan apa yang apanya pun apa eah! Ohoiii..
Haaaa, last sekali ayah aku pesan, amalkan ayat penerang hati ni, 7 kali selepas Zuhur, Magrib dan syak dengan 21 kali selepas Subuh dan Maghrib untuk melancarkan percakapan. Aku dok amal jugak tapi tergagap jugak setiap kali nak bagi penerangan lepas tu blurr apa benda la dia ni cuba nak sampaikan... Belum sampai tahap tulus dari hati la tuh...!
“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”
Sekian.
No comments:
Post a Comment