Antara blog yang aku rujuk ialah:-
Blog ini
Blog ini juga
Of course di website ini
Tidak rumit. Benda yang penting kena ada ialah :-
1. Borang Permohonan ke China yang telah di isi lengkap
2. Sekeping gambar berlatar putih/cerah
3. Passport original yang jauh menghampiri tarikh luput
4. 1 salinan tiket kapal terbang return ke destinasi di China
5. Salinan pada halaman butiran diri di passport
Aku isi borang tu online dekat website visa for china dan klik pada borang permohonan dan enter. Isi borang ikut nota kaki yang diberi dekat sebelah kanan tu. Lepas dah siap isi, aku preview dan terus save ke desktop dalam format pdf untuk di print. Boleh juga klik dekat complete and export form.
Output form yang di generate seperti di bawah, kalau ada maklumat tak betul boleh back balik. Aku ada 4-5 kali edit balik. Once dah isi borang, dah tutup browser, dan mungkin esok lusa bukak balik ada lagi maklumat kena edit, trace balik borang yang dah di isi sebelumnya, tapi maksure kena tahu nombor borang ( no borang ni dipaparkan pada bahagian atas online form) dan juga masukkan sekali nama surname dan tarikh lahir.
Semua nya aku dah ready dari rumah. Awal pagi keluar rumah, dalam pukul 8 lebih, aku duduk Subang Jaya, so aku masuk KESAS, keluar dekat Tol Salak Selatan dan menghala ke Jalan Tun Razak dan aim hala tuju ialah Ampang Park. Memang redah jem la... Dekat Jalan Tun Razak aku bukak waze dan ikut je direction waze. Tapi aku tersilap sebab bila google aku macam ingat location nya dekat Plaza OSK, so aku terus google direction ke Plaza OSK, siap parking dekat basement nya. Bila tanya information counter, dia bagi tau dah berpindah ke bangunan belakang, keluar dari Plaza OSK dan cari bangunan kaca berwarna hijau. Adeh, tapi tak jauh pun, 5 minit jalan kaki. Mujur tanya.
Sampai bangunan hijau, naik tingkat 5 dan ngam sampai dalam pukul 9.20++ pagi. Since borang dan maklumat lain dah ada, terus ke kaunter dan serahkan borang, orang kaunter tolong check kan lengkap ke isi borang, betul ke tiket kapal terbang dan salinan passport. Lepas dia tengok dah ok, dia bagi nombor giliran. Kebetulan tak ramai orang, time tu jugak no giliran naik. Tak sempat nak duduk, terus ke kaunter. Pekerja di kaunter check borang, tampalkan gambar, check salinan passport, salinan tiket kapal terbang dan juga check passport dan pesan untuk keluarkan cover passport dahulu.
Kemudian dia bagi slip untuk collect balik passport dan visa selepas 4 hari. Contoh aku pergi hari Isnin, so hari Khamis dah boleh ambik terus naik ke tingkat 6. Masa hantar borang tak perlu buat bayaran lagi. Masa collect Visa baru buat bayaran. Mungkin hari Khamis aku tak boleh nak ambik, dia kata ok kalau minggu depannya.
Dah settle! Balik..
p/s: Aku perasan dekat situ ada perkhidmatan fotostat
Boleh isi borang manually dekat situ juga
Aku sediakan jugak salinan booking hostel through Agoda, tapi dia tak mintak pun.
30 comments:
Thanks untuk info ini...
@Scdha Sein (SS) no biggie!!! njoy holiday!
maaf .. perlu juga salinan tiket flight ke ? atau saya boleh apply visa sahaja dulu before beli flight ticket ?
thanks
@Anonymous perlu salinan tiket, kedutaan mintak untuk kelulusan visa kalau masa saya buat visa hari tu.
Salam..mmg passport kita dia amek ke mase apply tu? Sy bru je submit..xprasan yg passport dia pegang.huhu
@yazminfuad yupsss passport dia amik sebab nanty dia akan tampal visa tu dalam passport page, dun worry! Memang procedure macam tu.
kalau nak amik visa tu ari yg same boleh x?
boleh buat express visa bayarannya mahal lagi.. tapi rujuk sini ada dia bg tau tapi mcm bukan sehari jee
https://www.visaforchina.org/LON_EN/generalinformation/faq/263916.shtml
boleh buat express visa bayarannya mahal lagi.. tapi rujuk sini ada dia bg tau tapi mcm bukan sehari jee
https://www.visaforchina.org/LON_EN/generalinformation/faq/263916.shtml
Kak, kalau nak senang guna ejen ni http://www.tripvisa.my . Mereka cuma nak visa form,passport dan gambar je. Lain-lain macam flight booking ke hotel voucher ke tak payah. Siap pungut passport dari customer dan hantar balik, percuma. Nak buat 3 tahun multiple entry pun boleh. Tapi mahal la. Tak semua ejen boleh buat 3 tahun multiple entry. Hanya 3 atau 4 ejen je yang dapat privilege ni.
Assalam kak...nk tny dia mntk invitation letter x utk tourist visa ke china?
Atikah: Tak de pon.. Simple je yang penting ada tiket flight dan tau nanti nak duduk mana
kalau ade tiket pergi je (malaysia-china) boleh ke? sbb saya x pasti lagi bila tarikh nak balik.
@amir cullen Nak apply VISA China dia nak tau berapa lama nak pergi sana,
Single Entry(sekali masuk China je)
Double Entry(Dua kali masuk China)
6 Month, 1 Tahun, 2 Tahun
Setiap bayaran berbeza tempoh lain-lain.
slm sis.. masa isi borang ni.. yg part "binti" tu kena letak juga ke? sbb dlm passport kan ada "binti". if yes, letak colum mana? column first name ke?
@TieyaSelalu dekat mana2 pon saya letak 'NAMA SAYA' sebagai first name and 'BINTI NAMA AYAH SAYA' sebagai last name, selalu middle name tu saya left kosong
hi,
Perlu bawa salinan booking hotel tak masa apply visa?
Sbb sy tak plan nk book hotel siap2..
Thanks
@Intan Surayaxperlu, tapi standby je la, yang penting tiket pergi dan balik
Hi nk tnye, btol ke nk apply visa ke beijing memerlukan previous pasport kte yg da luput juga disamping pasport yg blom luput?
@puteri syafiqah a aziz Setahu saya tak perlu tapi standby la juga in case di minta hehe
Salam nk tanya kene tampilkan pasport yg lama juga ke sebagai rujukan?
Salam kak gmbr blh x berlatarkan blkg warna biru?
@norazida ibrahimsetahu saya tak boleh dik, gambar visa memang kene putih
Yg akak buat ni brp payment?
Yg akak buat ni brp payment?
As salam kalau flight saya lagi 2 bulan dah boleh buat visa ke. Atau perlu tunggu 2-3 sebelum penerbangan?
*2-3 minggu*
@UkHty HusNa maaf saya lupa berapa sebab kakak saya yang bayar
@Anonymous better buat dah takut nanty kalut
Salam..flight sy bln 11 cuti sek ni..dh ble apply visa dh kn..
Post a Comment