Baru-baru ni aku adik beradik berbackpack dari KL-Kunming-Lijiang-Dali-Kunming-KL. Trip yang dirancang berbulan-bulan dengan macam macam jenis halangan dan nah akhirnya selesai juga.
Semuanya bermula dengan open ticket yang di tawarkan oleh kawan zaman membesar yang bekerja dengan AirAsia menawarkan 4 tiket return ke mana mana destinasi AA yang berharga RM250 setiap tiket.
Impian aku nak jejak kaki ke Srinagar, Taj Mahal di India tapi lepas go thru entri-entri bloggers ke India dan macam-macam tragedi yang berlaku baru-baru ni sampai keluar berita dan surat khabar dan mengenangkan untuk jalan dari satu tempat ke tempat yang lain jauh dan perlu menggunakan train dan domestic flight dan macam-macam lagi yang dipertimbangkan, maka dengan itu perancangan berubah ke Kunming.
Kalau pilih destinasi yang dekat macam Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar tak berbaloi sebab kemungkinan untuk dapat offer AirAsia lebih murah dari harga open tiket ni (padahal masa offer januari hari tu aku jumpa Kunming return 170++).
Tapi keuntungan open tiket ni ialah setiap satu tiket include 20kg luggage so agak save disitu tak payah add on luggage dah.
Aku pergi dengan adik beradik, lebih senang berjalan dengan adik beradik, share barang, share makanan, share duit, bayar apa yang patut pun tak perlu nak ungkit dan berkira sebab adik beradik.
Kami pergi 4 orang, dua tiket ialah menggunakan open ticket tadi dan 2 tiket lagi beli masa promo bulan Jun, 2014 iaitu dapat 2 tickets return berharga RM273 setiap satu.
Yang tambahan lain tu adalah macam-macam nya tapi promo AirAsia ada yang lebih murah daripada harga tiket ni, so kene rajin cari.
Study dibuat dengan merujuk blog-blog pengalaman mereka yang lepas, facebook dan juga trip advisor dan mana-mana trip yang berkaitan dengan Kunming termasuk lah cari #Kunming #Lijiang #Yunan #Dali dekat Instagram. Kat sini aku listkan rujukan utama yang aku guna:-
Atlas Pengembara (Aku panggil dia Keme ^_^ )
Facebook Group : Female Backpackers Community (Secret Group)
Aku suka rujuk blog keme sebab dia ceritakan pengalaman dia dekat sana, naik bas nombor berapa, berapa tambang bas, tinggal dekat mana walaupun update yang di buat menghampiri detik-detik keberangkatan sampai bila buka blog dia dengan harapan cepat la update cepat la... Haha..
Tapi aku entrikan perjalanan ni sebab aku percaya setiap orang melalui pengalaman yang berbeza dan mungkin apa yang aku kongsikan boleh menjadi rujukan orang lain seperti mana rujukan yang aku rujuk. Fffftttt..
Ada macam-macam cerita yang kami lalui.
To be continue..
9 comments:
Assalam Yong
Nak tergelak keme baca.....hahahaha
Cer citer panjang2 sikit....hehe
@Aku Seorang PengembaraWaalaikumussalam,
Alamak.. Keme datang.. Haha..
Betul la Keme, saya tertunggu tunggu update nye, lepas tu dekat sana, selalu cakap "Hah sini la tempat Keme pergi." "Eh Keme makan je kat restoran halal masa kat Lijiang, asal kita tak jumpa" macam2 lagi.. Haha... Terima Kasih di atas info yang sangat bermanfaat! Nanty saya sambung crita lagi. Haha
Salam, boleh saya dptkan itinery kunming - lijiang sbb saya akan kesana 20/12 ini. terima kasih
@ilah bagi email sis
Salam hai, boleh share itinerary Kunming x kat nuraryna26@gmail.com TQ~ :)
@Unknown ok saya dah email. TQ
salam sis boleh awak share kn intinerary awak dekat saye ,kunming > lijiang saye nk pergi sana december ni
boleh awak beri email saya share
Hi boleh share itemnary tak ke Kunming...mokcik mokcik nak ke sana bulan march thn depan....hehehe email mokcik musmdsaleh@gmail.com........
tq tq
Post a Comment