Friday, 9 April 2010

Tetapi..

Ya saya seorang muslim. Lagi sekali saya dengan yakinnya mengaku bahawa saya beriman kepada Allah juga mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Tetapi…

Adakah saya mengikut apa yang disuruhNya dan mencegah apa yang dilarangNya..
Adakah saya mengamalkan sunnah Nabi-Nya..
Adakah saya membaca kitabNya..
Adakah saya sentiasa berzikir kepadaNya..
Adakah saya bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya..
Adakah saya beriman dengan Rukun Iman..
Adakah saya mengamalkan Rukun Islam..

Ya, Alhamdulillah saya mengikut apa yang disuruh oleh Allah..
Tetapi…

Adakah saya mengerjakan solat fardu dengan lengkap 5 kali sehari..
Adakah saya mengerjakannya diawal waktu..
Adakah saya mengawal pemakanan saya..
Adakah saya mengambil makanan yang benar-benar dari sumber yang halal
Apakah niat saya dalam menuntut ilmu..
Adakah saya berniat menuntut ilmu untuk membimbing umat Islam yang lain
Adakah saya mempelajari Al-Quran lengkap dengan tahjudnya..

Ya, menutup aurat adalah suruhan Islam.
Tetapi..

Adakah benar-benar saya memenuhi tuntutan itu..
Sempurnakah saya menutupi kesemuanya..
Dengan siapakah saya menutupnya..
Tahukah saya siapa muhrim dan mahram dengan saya..
Apakah niat saya semasa menutupi rambut semasa keluar dari rumah..
Apakah niat saya mengenakan pakaian semasa keluar dari rumah..

Ya, mengeratkan silaturrahim adalah digalakkan dalam Islam..
Tetapi..

Adakah eratnya antara bukan muhrim juga digalakkan..
Bagaimanakah batas pergaulan saya..
Adakah saya menjaganya..
Adakah saya mendoakan rakan-rakan saya..
Apakah eratnya silaturahim hanya dengan rakan-rakan yang dikenali sahaja..

Ya. cinta tidak salah dalam Islam..
Tetapi..

Adakah saya sudah mencintai Allah..
Adakah saya sudah mencintai Rasulallah..
Adakah saya mencintai ibaubapa saya..
Adakah saya mencintai agama saya..
Adakah saya mencintai kitabNya..
Siapakah yang saya cinta itu..
Adakah dia muhrim dengan saya..
Adakah cinta saya kepadanya melebihi cinta saya kepada Allah dan Rasulallah..


Ya tidak salah menghiburkan diri dalam Islam..
Tetapi..

Apakah jenis hiburan yang saya pilih..
Apakah genre lagu yang saya dengar…
Apakah lagu yang dipuja-puja oleh saya..
Adakah genre metal cara untuk menghiburkan diri..
Siapakah yang menyanyikan lagu kesukaan saya..
Adakah saya dengar nasyid..
Adakah saya mendengar zikir-zikir…
Adakah saya mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran..
Adakah saya mendengar ceramah-ceramah agama..
Adakah saya mendengar, menghayati dan menyahut seruan azan..
Ceramah agama atau drama korea/drama melayu/konsert/movie klip yang dipilih…

Ya saya bersedia membantu saudara Islam yang lain..
Tetapi..

Apakah bentuk bantuan yang pernah saya berikan..
Adakah saya pernah mendoakan mereka..
Adakah saya sanggup mengeluarkan duit untuk membantu mereka..
Adakah saya sanggup merasa kesusahan mereka,,

Ya saya sedar banyak kelemahan dalam diri saya..
Tetapi..

Adakah saya berusaha untuk meningkatkan nya..
adakah saya berusaha mencari sumber untuk memperbaiki kelemahan saya..

Ya terima kasih menulis dan membacanya..
Tetapi..

Adakah saya sekadar membacanya…
Adakah saya sekadar menulisnya..
Adakah saya akan merubah diri saya..
Adakah saya ingat apa yang telah saya luahkan..
Adakah saya hanya beomong-omong kosong..

No comments: