Saturday, 3 April 2010

Kahwin

Haloo...

Saya sangat bz.. knp saya bz... sebab dah nak bz nak wat camnerr??? Ok. stop mengarut!

Sangat terkilan bila tak dapat nak pergi kenduri member rapat yang dulu penah membesar sesama (pada tahun 1998 & 1999). Memori yang tak dapat dilupakan bersama sama dengan korung --> Khadijah Shahrdin aka Angah, Khadijah Sha'ban aka tijah dan Mariam Jamilah aka Kak Ilah. Nampaknya kawan-kawan ku ini telah pun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah masing-masing dah pun memiliki anak. Tijah, sangat mintak maaf tak dapat nak pergi kenduri esok. Tersangat la terikat dengan komitmen yang bertimbun, tambahan lagi final lagi 2 minggu, so kerja-kerja ukur banyak lagi yang belum disiapkan. InsyaAllah, ada rezeki hope dapat jumpa Tijah dan suami dia.

Alang-alang terbukak cerita pasal kahwin, boleh la nak berkongsi pasal perkahwinan dari segi Islam dan dari segi masyarakat melayu.

Perkahwinan dalam Islam

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.

Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.




Sabda Rasulullah s.a.w;
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.


Perkahwinan Melayu

Di kalangan orang Melayu, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Ia adalah satu tahap sejarah dalam hidup seseorang. Perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dijalankan sebaiknya-baiknya. Namun dalam konteks tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan amalan dapat dikenalpasti adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi.



Perkahwinan orang melayu ada 4 peringkat iaitu:
-Merisik dan meminang
-Pertunangan
-Persiapan sebelum bersanding seperti berandam dan sebagainya
-Akad nikah
-Bersanding dan berinai

Amacam?? Boleh la kan. Dapat jugak la ilmu tentang perkahwinan ni. Walaupun telah dicopy dari website orang tapi sekurang-kurangnya ada jugak usaha nak merajinkan diri korung untuk baca mende alah nih. Nak nasihat kat korung, kahwin lah... cewah.. Bukan apa, tak syok tengok certain friend yang dulu bercinta bagai nak rak, punya la berkurun, jup gi rupanya tak ke mana pun, memang la kata orang tak da jodoh nak wat macam mana tapi tak best la macam tuh. Kenal punya lama, dah banyak masa dah habiskan bersama lastly tak da jodoh plak.



Di sini saya hendak mengingatkan korung dan juga diri saya sendiri, setiap orang telah Allah tetapkan jodoh mereka dengan jodoh yang sesuai untuk dirinya, so jadi tak perlu lah nak merisau-risaukan diri anda untuk bercinta dan membuat cubaan cubaan berkasih sayang dengan orang yang belum ada ikatan yang sah. Sat gi ang dah kahwin, nak buat apa, buat la sukati hampa. Berdoalah kepada Allah sentiasa agar korung dipertemukan jodoh yang beriman, bertanggungjawab dan mampu membimbing diri korung dan anak-anak korung nanty ke jalan Allah. Ini lah yang paling penting actually, yang lain-lain tu penting gak tapi kalau dia beriman dan bertanggungjawab, insyaAllah yang lain pun dia ok. Bila korung rasa dah bersedia dan dah tiba masanya untuk korung kahwin, insyaAllah Allah akan hadirkan si dia dalam hidup korung. Bersama-samalah kita bermohon pada Allah. Amin...

No comments: