Tuesday 27 July 2010

Ya memang hina kamu jadi kuli!

Memetik petikan yang agak menarik saya kira daripada blog mantan Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Tun Mahathir atau di dalam dunia blogger ini beliau lebih dikenali sebagai Che Det iaitu:

“ Jika Melayu sudah berdaya saing apabila banjir ini berlaku tidak mengapa. Tetapi saya khuatir majoriti mereka yang belum berdaya saing akan jadi buruh kasar dan pemandu kereta.”

Jika dilihat komen-komen pembaca di bawahnya, ramai yang telah mempersoalkan bagaikan kata-kata tersebut memperkecilkan pekerjaan-pekerjaan bawahan seperti kuli, buruh kasar, pemandu. Dan jika kata-kata ini dipertahankan maka adalah jawapan balasan dari mereka seperti:

“Ai, kalau tak ada pemandu tak sampai la kemana-mana orang-orang kaya yang biasa berpemandu”

Atau pun,
“Kalau buruh tak ada, tiadalah bangunan bangunan pencakar langit tu semua”

Atau mungkin yang agak terlebih emo,
“Tak sedar diri agak nya, dulu ko pun orang kampung jugak”

Tak pun kata-kata yang bila dengar betul jugak,
“Biarlah pekerjaan ini dianggap hina asalkan rezeki yang dapat dari sumber yang halal berbanding menduduki pangkat tinggi tetapi rezeki yang diperolehi dari sumber yang diragui”

Bukan begitu maksudnya. Kena lah berfikiran secara positif menerima pandangan dan kata-kata sinis itu sebagai kesedaran diri. Selama mana kita mahu diri kita sentiasa ditakuk lama, tidak berganjak-ganjak dari kedudukan asal, dari generasi nenek moyang sampai la cucu cicit. Dengan lain kata ‘TAK MAJU’.

Jika masuk halal haram, panjang pulak ceritanya. Antaranya mengapa ramai yang Melayu bekerja di kedai-kedai juga pasaraya pasaraya yang menjual minuman keras, khinzir. Pelayan-pelayan hotel yang menghidangkan arak. Rata-rata pekerjanya Melayu yang beragama Islam kan. Sebenarnya semua atas diri masing-masing.

Masihkah kamu ingat detik kita dijajah oleh British dulu dimana orang-orang melayu hanya dibiarkan menjalan aktiviti pertanian, duduk di kawasan kampong pedalaman, hidup dengan cukup makan. Puas kah hidup hanya dengan begitu sahaja sedangkah nikmat kesenangan itu boleh dicari. Sampai sekarangkah kita mahu mengekal kan tradisi seperti dijajah dahulu?



"Aku tak sanggup nak tanggung risiko"
"Aku  rasa kerja ni je la sesuai untuk aku"
"Aku tak sekolah tinggi nak jadi macam orang-orang besar tu"
"Boleh la tahan gaji kat sini" 
"Aku malas la nak serabut otak kerja opis ni"

Ya memang tidak dinafikan biarlah hidup bersederhana, tidak berhutang, tidak bermusuh, tidak menyusahkan orang lain, hidup pun gembira, masalah pun tiada. Betul ka tidak ada masalah? Tidak kisah jika pemikiran ini datangnya dari warga emas, orang yang tak keupayaan. Tetapi bila ianya datang dari mulut warga belia,  sihat tubuh badannya, sedih juga rasanya. Bukan hendak menghina tetapi sampai bila kamu mahu bekerja menjadi kuli-kuli Cina dikedai-kedai, minah atau mat kilang, supermarket dengan gaji yang tak seberapa tapi penat satu badan sampaikan nak spent masa untuk diri sendiri pun tak sempat. Mana taknya, masuk kerja pukul 10 pagi dan habis kerja pula pukul 10 malam. 

Pernah di suatu ketika yang lepas, saya dan ayah ke kedai mencari alat ganti rumah, biasa la taukeh nya of couse la cina, sedih melihat pekerjanya diarah-arah bagaikan kuli eh memang la dia kuli cina tu sebab tu cina tu sukaati arah dia, tapi bila mengenangkan pakcik tu baya-baya bapak orang dan bekerja sebagai kuli cina, rasa kesian pulak. Menanggung keluarga dan kehidupan menjadi kuli cina Sepatutnya dia la pemilik kedai tu bukan cina tu. Nampak agak hina di situ Melayu menjadi kuli di negaranya sendiri.

Tidak ada salah nya jika bekerja sementara untuk mendapatkan ilmu perniagaan dari depa yang dah berjaya bukak kedai atau pun syarikat sendiri, kerja la 2-3 tahun lepas tu bukak perniagaan sendiri, nak cilok customer bekas tauke kedai dulu pun tak pa kan. Ni tak, kerja la kat kedai tu sampai beranak cucu, tak pun bertukar-tukar tempat kerja tetapi still mempertahankan status kuli tu. 

Jangan sesekali kamu berpuas hati dengan bayaran gaji yang diberi. Kebanyakkan dalam pemerhatian saya, ramai yang sudah merasa selesa dengan gaji sendiri yang dirasakan agak mewah, RM800++, RM1000++. Ye memang banyak nilai tu tapi bila dibandingkan dengan waktu bekerja kamu dan begitu penat nya kerja yang kamu buat, adakah itu berbaloi?? Berapa kali kamu cuti seminggu?? Jika kamu beli kereta, tolak loan lagi, makan lagi, belanja peribadi lagi, minyak kereta lagi, tinggal berapa ja lastly? Cukup ka untuk menyimpan di masa hadapan? Jika sakit, kena pulak keluar duit, tak daknya cina tu nak pi bayaq.

Saya tidak kisah jika fenomena ini hanya disertai oleh orang yang berumur yang dulu bekerja kerajaan kemudian sudah berpencen, duduk rumah sorang-soorang agak bosan dan mengambil langkah keluar dari belenggu kebosanan dengan bekerja secara sambilan, memandu taxi, memandu bas, bawak van amik dan hantar budak balik sekolah, jadi driver, tukang cuci, tukang kebun. Tak salah, depa bosan, nak isi masa lapang depa, depa pi keja sekurang-kurangnya dapat jugak duit dan masa depa terisi.
Ini tidak, biarkan pakcik makcik yang dah tua, bekerja la siang malam nak biayai kehidupan keluarga. Tak sihat pun gagah juga pi kerja. Sampai sakit sakit badan, lutut semua. Anak nya kemana? Melepak,merempit, kaki pukul, kaki botol, kaki judi, huha sana, huha sini. 

“Oiii, tak kesian ka kat mak bapak ko tu!”

Kadang-kadang, pelik juga dengan cina, rata-rata mereka berkereta mewah, ada perniagaan sendiri, senang cerita hidup mereka kelihatan mewah, bagaimana mereka begitu? Fikir-fikir lah.. Tiada salahnya kita perhati cara hidup mereka, yang baik kita jadikan sebagai rujukan. 

Amal lah selalu surah Al-Waqiah dan Ayat Seribu Dinar. Moga dengan izinNya, dimurahi rezeki dan jangan lupa menolong dengan ikhlas insan insan yang memerlukan bantuan tidak kira bangsa juga agamanya.


Jangan takut untuk memulakan langkah untuk berubah, tidak apa gagal dipermulaan yang penting kesungguhan untuk mengubah nasib diri. Bersaing lah Melayu! Pengalaman yang dilalui semasa sakit jatuh bangun menjadi kan kita berfikiran matang, lebih bertindak membuat keputusan secara bijak. Majukan diri anda, jangan terbiasa untuk duduk hanya setempat. 

Berwawasan lah Melayu, Jangan sesekali kamu dipandang hina, tunduklah kepada Allah, mohon agar diberkati hidup dan diberi rezeki dan kejayaan melimpah ruah. Islam ada dengan kamu Melayu! Itulah kekuatan kamu yang sebenar. 



BERUBAHLAH MELAYU! 
BERUSAHA UNTUK BERJAYA!
DAN JANGAN KAMU LUPA DENGAN ALLAH!

Sekian,
KhadijahNas

3 comments:

faizalnizam [Reply]

this is really a motivating entry. terima kaseh kerna berkongsi. betul selagi boleh berusaha kita kena berusaha.

samada usaha itu membuahkan hasil atau tidak, itu perkara kedua. :D

khadijah nas [Reply]
This comment has been removed by the author.
khadijah nas [Reply]

di sini saya hanya sekadar berkongsi pendapat apa yang selalu bermain di dalam fikiran jika terlihat fenomena fenomena sebegini.

betul, asal kan kita cuba untuk berubah, bersaing dan terus bergerak maju ke hadapan :)