Tuesday, 31 August 2010

Bertuahnya kita dilahirkan di bumi Malaysia


Merdeka! 

Merdeka!

Merdeka! 

Merdeka! 

Merdeka!

Merdeka! 

Merdeka!


SELMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 53 TAHUN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA 


----------------------------------------------------------------------------------------------------


NEGERI BERTUAH INI

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini
Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini
Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini
Negeri kitae
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.

Nukilan, A. Latip Talib 
Negeri Sembilan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada pencinta sajak dan puisi, di sini memang la banyak puisi-puisi patriotik untuk di layan. Kadang-kadang bersastera pun seronok juga. Bersastera dengan bahasa melayu yang sebenarnya. Bukan seperti bahasa yang dok digunakan sekarang, Sudah terlalu di pasarkan. Pasar macam mana? Masing-masing faham kan.


Ok, merdeka pun dah sambut, Alhamdulillah, bagus juga sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor di ICT. Siap ada kempen "jauhi zina", bagus! Tapi jangan lupa Ramadahan sudah pun memasuki 10 hari terakhir. Bukan patut bergembira tapi bersedih sebenarnya kerana tak berapa hari lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita. Belum terlambat untuk berlumba-lumba merebut ganjaran pahala. 



``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.''
(Riwayat Ibnu Majah)


Salam Merdeka (^_^),
Khadijah Nas

2 comments:

Bella Enveeus [Reply]

Selamat Hari Merdeka to you! Semoga rakyat Malaysia lebih matang dan elok dari sekarang.. :)

khadijah nas [Reply]

salam merdeka (^_^)