Sunday 5 September 2010

Kuih Raya di Hari Raya

Salam kamu,

Tak berapa hari lagi nih nak sambut raya, wah siap dah  ka semua persediaan nak sambut raya? Baju -baju raya yang dah tempah dari sebelum bulan puasa lagi masing masing dah ambil ka? Kuih raya dah buat atau tunjuk kat kedai ja? 

Bagi pendapat aku la kan kalau buat sendiri selalunya sedap lagi. Ada beza kelazatan biskut buatan sendiri dengan  biskut beli kat kedai. Sebabnya kalau kita buat biskut sendiri, bahan-bahan yang kita guna selalunya yang berkualiti. Macam Biskut  Almond London, kalau buat sendiri habis salut seluruh biskut tu tenggelam dalam coklat tapi kalau yang beli dia just tuang ja coklat kat atas, tapi bahagian bawah tak kena coklat. Korung perasan tak?

Ada lagi, kalau biskut buat sendiri, kita akan guna butter yang berkualiti contoh macam Buttercup tapi kalau kuih-kuih yang murah jual kat merata tempat sekarang ni selalunya depa pakai butter murah tak pun plantar timbang tu ja. Kalau yang tempah kat orang tu lain cerita la kan, ada yang sedap ada yang tak berapa sedap pun. 

Tapi buat biskut raya ni tak susah, hanya perlukan kerajinan dan sumber resepi yang memang sudah disahkan memang sedap dan kalau ikut sebijik sebijik kandungan dan kuantiti bahan resepi, memang akan jadi. Kalau sapa yang memang tak pernah buat biskut tapi berhajat lepas tu nak follow buku resepi yang beli kat kedai atau terbaca kat majalah, nasihat aku tengok betul-betul resepi tu, sebab kadang-kadang resepi tu menipu ja tak pun dia bagi sukatan salah. Sebelum nak follow, rujuk dulu kepada yang pakar untuk memastikan kelogikkan sukatan resepi yang diberi. Ye aku memang sangat berpengalaman bab follow resepi kat majalah ni.


Almond London

Cornflake Madu

La ni kaum ibu dok sibuk buat kuih raya selalunya dan mungkin ada yang dah siap buat berjenis-jenis. Mak aku setiap tahun wajib Almond London ya. Buat pulak bukan takat 1 or 2 adunan, mahu nya sampai 5 ke 6 adunan pernah jugak sampai 8 adunan, banyak macam nak buat meniaga padahal makan adik-beradik ja ya. Selalunya kami suka mnyebuk time nak celup coklat dan tabur badam kat atas. Sangat menyelerakan ya! Silap-silap terjilat coklat yang meleleh kat tangan. Opps..

 Kuih Siput


Kuih lain selalunya mak aku buat dan aku dengan adik beradik menyebuk ialah Cornflake Madu, Coklat Chip, Makmur. Oya lagi satu kuih yang kteorang adik beradik suka menyebuk buat  jugak konon konon nak tolong la kan terutama Sarah padahal nak main ja, kuih siput. Perghh, memang sedap tapi sangat leceh nak buat. Actually senang ja tapi banyak sangat nak kena buat sebab kena bentuk kecil-kecik so makan masa nak siap.

Plus favourite juga biskut Sarang Semut, Semperit, juga Shortbrade. Dulu penah la aku buat biskut sarang semut, tak ingat dah jadi ka tak. Tapi selalunya kalau aku teringin nak buat biskut let's say biskut sarang semut tu kan, so aku cari la resepi lepas tu mak la yang masuk bahan dan uli. Nak membentuk kuih tu aku la dengan penyebuk-penyebuk yang lain (adik-adik).

Biskut Sarang Semut

Biskut Shortbread


 Tart nenas

Tapi selalunya terutama budak-budak kalau datang raya diorang selalunya layan kerepek ja. Macam Almond London dengan Cornflake or Tart Nenas laku la. Takat kuih-kuih biasa tu selalunya tak berapa nak laku pun. Kuih-kuih lama yang orang-orang tua suka macam kuih bangkit, kuih terap, kuih bakar, dan segala jenis kuih lama, kalau aku tak berapa nak layan sangat. Takat bahulu tu ok la tu pun ikut jugak kalau yang tempah selalunya sedap jugak. 

Ikut orang la jugak kan, ada yang memang jenis layan kuih lama, macam aku adik beradik semua satu kepala tak berapa nak layan kuih lama, tapi kalau kuih moden memang tak tengok keliling dah. Ye kami memang adik beradik yang sebenarnya.

Semalam pun mak dah tanya kenapa balik lewat sangat, nak suruh tolong buat kuih raya. Ye baik. Sempat lagi 3 hari sebelum raya nak buat kuih tu. Lebih bersemangat sebab raya dah tak berapa hari pun lagi.

Korung pulak selalunya kuih apa yang paling favourite?


Love Sarang Semut Cookies,
Khadijah Nas






6 comments:

NAZ [Reply]

selalu kalau rumah saya kuihh yang laku tat dengan chipsmore buatan emak :)

khadijah nas [Reply]

pandai nya emak kamu buat tart. tart ni yang sedap gila bila tepung nya gebu dan kuantiti jem agak banyak kat dalam, lepas tu bila masuk mulut rapuh. perghh itu lah tart yang terbaik (^_^)

Anonymous [Reply]

saya suka kuih nestume dengaan kek batik . fav tuu :DD
selamat berayaa (:

Rizzuan Shah [Reply]

haii cik zakiah anas(nama samaran utk khadijah nas). :P dah wat persiapan raya ye?.. tahun ni buat biskut guna kepala agung je. :P

http://wanshah87.blogspot.com

khadijah nas [Reply]

teah: kuih nestum agak tak berapa penah makan tapi kek batik memang sedap kalau yang reti buat dan jai sebab saya buat pernah jadi lembik.. huhu. sungguh failed

khadijah nas [Reply]

wanshah: zakiah anas?? guna kepala agung pun guna la asalkan biskut itu sedap...