Entri ini saya mahu dedikasikan khas buat ayah saya yang telah pun genap usia nya yang ke 50 tahun pada tanggal 21 Ogos 2010. Ayah saya Mohd Nasir bin Warris berasal juga dilahirkan di Taiping, Perak oleh Che Yam Desa (Opahku) dan telah dibesarkan di Kampung Pinang, Asam Kumbang, Kemunting, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah King Edward IV dan juga Sekolah Menengah King Edward IV dan telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Universiti Pertanian Malaysia sekarang ni dikenali Universiti Putra Malaysia (UPM). Ok cukup takat itu sahaja ya biodata yang boleh diberi.
Masa kteorang kecik-kecik dulu memang tak berapa reti dan memang tak tau pun kena bagi hadiah bagai untuk hari jadi mak ayah. Bila dah naik sekolah menengah kalau tak silap, dah lupa dah, first time kteorang adik beradik share duit sorang sikit bagi hadiah dekat ayah masa hari jadi dia.
Susah kot nak cari hadiah untuk lelaki ni sebab mostly semua barang dia dah ada contohnya kalau nak bagi jam, tak payah la kalau takat jam cikai ja sebab jam dia dah terlebih canggih pun. Kalau nak beli pen pun dia punya pen pun dah tersedia ada beberapa batang siap boleh misplace lagi so sayang juga kalau nak bagi pen. First things kteorang adik beradik bagi adalah set tali pinggang+purse+laser clock jenama LENO yang biasa ja. Seronok juga tengok ayah happy dapat hadiah dari kteorang adik beradik sebab kebetulan time tu purse dia agak sudah macam belacan.
The next next year lepas tu kteorg still gak share duit sampai la sekarang dan antara yang selalunya hadiah kteorang bagi t-shirt LEE, kemeja CROCODILE, handkerchiefs, tak pun bila kteorang dah kebuntuan idea nak bagi hadiah apa kteorang beli kek dan set ayam RFC (Radix) pun share jugak duit sorang sikit sebabnya maklumlah masih lagi student, tapi set ni memang la dah jadi tradisi dalam family kteorang. Mak akan tanya, nak RFC or kek?? Sah sah la jawapan nya RFC kan. Sapa tukang beli nya?? Ok fine aku.
Tapi memang seriously sangat susah nak belikan hadiah untuk lelaki ya! Ada bukan tak ada, banyak malah banyak benda nak bagi tapi harganya pun sangat la banyak angka ya. Tak mampu pulak. Boleh tapi tunggu dah kerja nanti. Target mahu beli BB satu untuk ayah tak pun OMNIA ka lepas dah kerja and dah ada gaji sendiri sebab ayah aku memang la pakai handphone cikai ja asal boleh buat call or jawab call or baca sms or send sms tu kira terbaik lah.
He is the great ayah forever. Dia la yang tanggung semua perbelanjaan keluarga kami 9 beranak. Ramai kot, besar juga perbelanjaan kteorang setiap bulan. Kteorang semua still study yang dekat Universiti ke Form 6 ke Sekolah Menengah dan jugak Sekolah Rendah. Semua ayah yang tanggung, tak ada pun dari bantuan luar ke apa ka. Semua jasa pengorbanan ayah, titik peluh dia dari usia muda hinggalah usia yang sudah mencecah 50 tahun ni.
Seingat aku dari kecil, kteorang adik beradik tak pernah rasa susah, semua yang kteorang nak mostly selalunya dapat. Masa aku duduk Arau dulu memanjang ayah datang hantar dan amik dari Manjung kalau nak balik rumah atau cuti semester, ada la jugak balik naik bas tapi boleh dibilang jugak la berapa kerat ja. Lepas aku duduk Shah Alam baru la aku selalu ulang alik balik rumah naik bas lepas family dah pindah Alor Setar. Itu pun masa cuti semester, mak ayah datang amik bawak balik barang jugak. Boleh dikatakan nak pergi mana, nak suruh hantar kalau kena dengan masa memang on ja. Sampai sekarang pun ayah siap hantar aku depan pintu rumah sewa lagi.
ye agak tembam ketika ini
Masa aku konvo diploma tahun lepas, ayah sorang je yang datang, mak tak dapat datang sebab tak ada orang nak jaga adik-adik and hantar adik-adik pergi sekolah, lagi pulak masa konvo tu hari bekerja rasanya, ayah datang pun sangat la kebetulan bila dia ada meeting kat KL so dia datang jugak aku punya konvo. Sedih jugak la bila tengok member-member lain semua satu family diorang datang siap dapat bunga banyak jambangan lagi. Ok aku mengaku tak dapat apa-apa pun. Tapi ayah belanja la makan dekat tempat yang agak high class sikit, kelas ke takat Hotel UiTM tu. Haha, tapi seriously sedap gila makan kat situ ya dan kat meja sebelahnya ada lah mantan NC dan juga orang-orang besar UiTM yang tengah lunch jugak. Sweet Memory walaupun ayah ja yang datang tapi kedatangan itu sangat berharga ya.
Setiap kali ayah hantar aku balik Shah Alam mesti ayah tinggalkan pesan,
- Belajar Rajin-Rajin
- Jaga Solat
- Jaga Quran
Itu ja pesanan dia. Tak penah ada yang lain. Hanya itu dan faham-faham sendiri je la kan, ko dah besar. Komunikasi aku dengan ayah tak ada batasnya, semua rasa nak cerita, cerita ja. Tak puas hati dengan housmate ka, dengan coursemate ka, dengan cina kedai ka, dengan mamak ka, dengan lecturer ka, semua bantai habis pi cerita pastu dapat la motivasi free, tu yang seronok tu. Tapi benda yang agak privacy aku tak de la nak cerita, itu dengan mak la. Tapi tang akedemik, cerita abis semua tak ada tinggal satu pun. Kebetulan ayah pulak sangat berminat dengan software ArcGIS, bila ada ruang dan free boleh la takat aku nak tunjuk sikit-sikit tu boleh la macam mana nak guna ArcGIS, ini pun dok tengok manual lagi cara nak guna software tu.
Ayah aku the best forever, tiada siapa yang lebih best dari dia.
Ayah, SELAMAT HARI JADI YANG KE 50.
All of us always love you forever.
Thanks being our father.
You are great
May Allah always bless you. Semoga kerahmatan dan kebahagian sentiasa mengelilingi keluarga kita. Moga Allah sentiasa memurahan rezeki juga memudahkan setiap perjalanan juga perkara yang kita lakukan di dunia ini.
With Love,
Khadijah Nas
No comments:
Post a Comment