Saturday, 21 August 2010

Masa untuk bershopping sakan membuat persiapan raya dengan lengkap nya

Di ambang raya ni, eh belom lagi sampai puasa hari yang ke 15 ya! Tapi tak berapa hari lagi kan. Ya semakin menghampiri ke ambang raya semakin ramai dan berduyun lah manusia-manusia yang dahagakan pakaian baru untuk buat di pakai di hari raya. Sudah tentulah kedai kedai baju, kasut, tudung yang ada buat jualan raya malah kedai-kedai perabut, kedai cat macam JOTUN semuanya pakat di serbu oleh manusia manusia ini. Bukan setakat kedai biasa mahu pun luar biasa malahan kain kat pasar malam tu pun laku tak pun pasar pagi macam PASAR KARAT dekat Seksyen 13 (dekat stadium) jangan tanya ya memang ramai yang panggil itu pasar karat.



Confirm seconfirm nya sudah tentulah para makencik pakencik si peniaga yang berjaya sangat lah tersenyum lebar sampai belakang kepala hendaknya sebab jualan yang meletop letop bercampur dengan kepenatan tak sangka sebab dari pagi sampai malam berduyun duyun membanjiri kedai mereka termasuk

  • si pembeli baju/tudung/kasut, 
  • si hanya masuk kedai untuk tumpang air cond, 
  • si pemboros,
  • si tukang memang pandai gila mintak tawar harga terendah

Kepada si penggemar beli barang macam-macam kononnya unuk buat persiapan raya padahal kalah macam nak jadi raja sehari ke raja sebulan sempena bulan syawal. tak pa tak pa beli lah selagi terdaya, penuhi lah nafsu perempuan anda itu, payah juga menahan perasaan tak mau beli, perghhhh sangat terseksa ya!! Yang penting beli hanya benda yang kamu yakin akan digunakan atau pun memang nak guna, jangan sesekali membuat pembaziran.

Malangnya sekarang adalah pertengahan bulan, kewangan juga sudah diambang kritikal sangat tidak sabar menunggu hujung bulan ya. Sudah tak sabar dah neh, dah macam-macam list barang dalam kepala otak neh.

                                                     



------


------


------


------


------


------


------


------







BIMB akaun status: Kritikal
Bisnes Kek: Memberangsangkan
Tiket Raya: Sebaik dah beli
Hari ini: 21 Ogos
Duit Masuk: 31 Ogos
Maknanya: 10 hari lagi baru boleh beli macam-macam
Tindakan Sekarang: Duduk senyap-senyap di rumah. OK



Sekian,
Khadijah Nas

No comments: