Sunday 8 August 2010

Menjelangnya Waktu Sahur, Bangun Sahur ka???


Bulan Puasa dah tak lama lagi menjelang. Agak nya macam mana la nak bangun bersahur ya. Kalau di rumah, mak yang kejut setiap pagi  ketuk pintu suruh bangun.


Ayat mak setiap pagi. bermula dengan ketukan pintu,

"Dumm Damm Dumm Damm, Angah, bangun!!"

Sahutan dari dalam,
Ya, dah bangun ni. (padahal tak bangun lagi pon)

Selang 10 minit,
"Dumm Damm Dumm Damm, Angah, dah bangun belum??"

Sahutan dari dalam,
Ya, nak bangun ni. (padahal tak bangun lagi pon)

Selang 10 minit (berkumandang suara ayah),

" Angah??!"
Dari dalam,

Lampu bilik menyala. Srtttt.. (bunyi pintu bilik air di bukak). Basuh muka. Bukak pintu bilik terus turun makan.


Ayat ini adalah ayat standard setiap pagi walaupun bukan bulan puasa. Pergghh, kantoi dah besar besar pun mak jugak yang kejut bangun pagi. Tapi kalau kat rumah tak reti reti nak tidur awal, berteman kan owl si burung hantu, bukan setakat teman, jadi terus macam dia sebenarnya. Malam-malam ni syok berjaga, suasana sunyi sepi, aman damai saja. Tiada kedengaran suara si Sarah budak busuk dan si Amin budak debab bergaduh perang mulut, hah padahal Angah dia ni yang cari gaduh, biasa la, nak bermesra katakan. Alamatnya bangun pagi pun agak lambat.


Aku start puasa penuh kalau tak salah time umur 8 tahun bersamaan darjah 2. Itu pun tak termasuk sah atau tidak apabila tertelan air (memang buat-buat telan) time kumur-kumur ambil air sembahyang. Paling azab nya bila dah nak bukak waktu puasa, balik dari taman permainan depan rumah, main penat penat, balik rumah pukul 6 lebih baru sebab dah tak larat lepas tu mandi dan terbaring kelembikkan depan tv tunggu azan berkumandang sambil mengadap jam setiap selang setengah minit. Memang nak tunggu waktu berbuka la yang paling tak tahan sekali.

Selalunya makanan berbuka mak yang sediakan sendiri, jarang beli yang dekat pasar ramadhan, bukan sedap pun, mak masak lagi sedap. Tradisi keluarga aku jarang juga bukak puasa dengan lauk pauk dan nasi. Selalunya mak akan buat mee goreng, atau bihun kuah, atau roti jala, atau kuih atau macam macam. Nasi makan lepas solat magrib sebelum pergi solat terawih tapi selalunya dah kenyang pun time bukak puasa dan nasi tidak berapa laku.

Time sahur selalunya mak akan bangun awal untuk masak sejenis dua lauk dan goreng telur untuk sesiapa yang tak nak makan nasi atau masak nasi goreng kerap juga. Seingat dulu masa zaman kecik sampai sekarang pun, bersahur dengan nasi berlauk tapi kerap jugak tak berapa layan nasi kalau mak sediakan burger sorang sebijik, tak pun nugget tak pun roti canai segera tak pun roti telur. Yang penting, mak yang sediakan. Super de best!



Tahun lepas Sarah dan Amin puasa penuh, bagus depa. Aku dulu pun tak penuh sangat (minum air curi-curi). Dah banyak tahun jugak aku tak bersahur dan berbuka selalu dengan mak ayah akak dan adik-adik. Masuk tahun ni memang genap 5 tahun aku tak bersahur dengan family di tanggal 1 Ramadhan. Sedih bangat sih, anak yang terjauh merantau, jauh ya Alor Setar dan Shah Alam. 

Duduk kolej, payah juga sebab turun beli nasi dekat cafe pukul 2 tapi balik bilik tak makan pun nasi tu, tidur balik kononnya nak makan untuk sahur tapi terlajak tidur lastly masuk tong sampah ja nasi tu. Kerap juga berlaku dan inisiatif yang diambil ialah tidak beli nasi bungkus kerana pasti tak termakan, jika bangun hanya makan kurma dan minum air masak.

Tahun lepas 1st time pengalaman bersahur dan berbuka puasa dengan housemate, seronok bila masing masing sama-sama bangun pagi masak. Tapi sebelum ni ada housemate yang kerja dekat restoran, dia selalu la bawak balik lauk lebih dan panaskan balik lauk tu time sahur. Sekarang mereka yang bekerja di restoran sudah tiada, apa mahu makan untuk sahur?? 

Puasa kali ni tak tau la macam mana gamaknya. Awal-awal bulan puasa ja la selalunya  ada yang terlebih rajin bangun masak dan sediakan makanan siap dengan air minum juga siap cedokkan nasi dalam pinggan. Dah nak masuk 2 minggu puasa, masing masing bangun minum air ja ya, itu pun habis rajin.

Bila cerita pasal suasana sahur memang tak semangat nak dengar tapi bila time bukak puasa, perghhh, syurga makanan ni. Mana tak nya, satu kepala beli makanan macam 3 orang nak makan, kalau dah ada 7 kepala, kira la sendiri ya. Memang terbaik time bukak puasa. Suka suka. (^_^)



Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

Sekian,
Khadijah Nas

10 comments:

Unknown [Reply]

wah! dh nk puasa dh! harap2 boleh puasa pnuh thn ni... hehe

khadijah nas [Reply]

nick: sebelum ni posa tak penuh ka?? haha..

SELAMAT BERPUASA YA!

Arif Dzulkifli [Reply]

mak aku pndai ooo..sblum dia kejut, dia tutup kipas bilik ak dlu..mmg tpksa bgn la,pnas kot..hahaha

khadijah nas [Reply]

haha...
pandai pandai..
sure tak leh sambng tdo sbb kepanasan kan..

p/s: mak gua bukak lampu, terus terbangun sebab silau mata :)

Arif Dzulkifli [Reply]

silau aku bleh tahan lagi..tarik selimut,setel..tapi kalu panas....nak mengamuk pun ada!hahaha

khadijah nas [Reply]

hahahaha..
apa susah, ko bangun bukak balik kipas yg mak ko tutup tu..
pastu sambung tdo balik.. Hahahaha..

Sebelum tu sumbang telinga siap2..

Mengajor melawan mak neh!!
Tak baik tak baik :)

Arif Dzulkifli [Reply]

ooo..ngajar lawan mak eh..nakal budak ni ni,nakal..hahaha

khadijah nas [Reply]

hehehehehe...
skali skala ajo bende jahat.
jgn ko pi ikut plak ye yorke.

:)

Arif Dzulkifli [Reply]

alamak, aku dah terikut..xpasal2 da kne sebijik atas kepala kat mak aku..damn..haha

khadijah nas [Reply]

haha..
lawak la ko ni yorke!