Friday 27 August 2010

Nuzul al-Quran adalah suatu peristiwa yang penuh makna dan hikmah

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi di izinkan Allah untuk terus bernafas dan menghayati ciptaanNya di dunia ini. OK, sudah lama tidak bermadah madah ya. Yeay, hari ini cuti. Mengapa tak balik Alor Setar?? Besa ni ya! Degil! Culas tak mau balik rumah nih!

Bukan aku tak mau balik sebab kan next week dah nak balik untuk cuti raya. Ingat balik Alor Setar boleh redah macam tu ja ka. Jangan nak mimpi la, sure tak ada dah tiket kalau nak balik dalam keadaan mengejut lebih lagi cuti umum hari ni dan maybe ada yang lajakkan cuti dia sampai cuti sempena hari kebangsaan.Lagi pun masih banyak komitmen yang perlu dibereskan sebelum balik cuti. Apa ingat boleh main cuti macam tu ja ka, Oh tidak, jangan harap ya! (T^T)



Hari ini adalah Nuzul Quran iaitu hari dimana peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sama sama kita manfaatkan keindahan, kepadatan, keagungan al-Quran itu. Bagus sangat apabila setiap antara kita memiliki al-Quran tersendiri. Satu pun jadilah kalau lebih dari satu sangat baik. Jika kita mampu memiliki handphone, laptop ataupun barang yang berjenama mengapa tidak kita miliki hanya senaskah al-Quran.


Dah tu bila ada jangan la buat pekasam ja atau hanya sebagai koleksi buku-buku tebal, jangan begitu. Bacalah ia, bacalah ia, bacalah ia. Sesungguhnya setiap patah perkataan yang dibaca itu diberi ganjaran pahala.

Jangan sekadar baca sesekali sekala, bagus la dari tak baca langsung tapi lebih baik jika di amalkan selalu. Amalkan membaca al-Quran kitab suci agung itu setiap sesudah solat fardhu jika berkesempatan tambahan di bulan mulia ini. Digalakkan memperbanyakkan mendengar dan membaca al-Quran kerana ganjaran yang akan diterima berlipat kali ganda berbanding di bulan yang lain. 

Banggalah kita berpeluang untuk membaca kitab yang maha agung ini. Sama-sama kita hayatilah kandungan nya. Sesungguhnya di sebalik kitab itu terkandung nasihat, pengajaran, petunjuk, dan banyak lagi. Pendek kata tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran.




Salam Ukhwah,
Khadijah Nas

p/s: al-Quran yang aku guna sekarang adalah pemberian dari jengjengjeng. Siapa jenjgjengjeng tu?  Tak mau cerita, kisah lama yang dah berulat. Moga dia bahagia di samping keluarga tercinta.






6 comments:

Mario [Reply]

thanks tuk peringatan...

err...perghhh...kalau jengjengjeng bagi...semangat sikit ek nak baca...hehe

khadijah nas [Reply]

haha..
jengjengjeng yang sudah pun berkahwin.. perlu ka bersemangat?
apa pun ia tetap kitab suci al-Quran.

[z@ck] [Reply]

loq staq kat mana?

khadijah nas [Reply]

dekat jalan teluk wan jah. orang alor setar jugak ka zack? (^_^)

hans [Reply]

loh
orang aloq setaq ka?
sekapai lah kita

P/S : Aku Dah Kata Lisa Surihans Dengan Aku Memang Ditakdirkan Bersama Di Sini..Hahahaha!

khadijah nas [Reply]

haha..
loq staq mali kita neh.. (^_^)