Wednesday, 26 January 2011

Let's Make Our World Green

Dewasa ini, sedar tak sedar sebenarnya bumi kita berterusan dicemari dengan sampah. Semuanya adalah oleh perlakuan masyarakat sendiri. Tak kira golongan, kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang tua. Tidak kah anda di luar sana merasa rimas dengan kotoran-kotoran yang anda buang tu?? Sebenarnya sampah yang bersaiz kecil adalah penyebab kekotoran berbanding sampah yang bersaiz besar. Sampah yang bersaiz besar boleh di kutip dan dibuang, tapi sampah yang bersaiz kecil yang menjadi sisa sisa yang melekat di atas jalan dan celahan celahan batu, payah kot nak korek buang kalau ada banyak. Lama kelamaan menjadi reput dan tanda kekal pada jalan. Dah tak cantik jalan, nampak macam dah uzur sangat jalan tu.


Sila contohi si cilik ni

Aku pun tak faham dengan sikap sesetengah orang terutama penggemar kuaci. Makan dah la sambil jalan, lepas tu sambil buang kulit kuaci tu. Then, berderet la kulit kuaci sepanjang tepi jalan tu kan. Mencantikkan pemandangan ka?? Mencacatkan ada la! Ada lagi, sang perokok tegar mahu pun menumpang kawan nya. Lepas ko dah sedap sedap sedut lepas tu hembus, dah habis ko campak dan tonyoh tonyoh dengan kaki ko pastu ko biar je! Ni lagi mengundang sakit jiwa yang melampau.. Ada lagi, yang jenis bukak tingkap kereta lepas tu main selamba ja campak sampah ke luar lepas tu tutup balik tingkap. Memang lah sungguh tak senonoh. Perkara ini semakin menjadi jadi apabila tiba musim perayaan cina ni di mana buah limau di jual di mana mana sahaja dan yang sedang menaiki kereta berhenti tepi jalan beli buah limau dan makan dalam kereta dan dengan bestnya buang sisa ke luar tingkap. Apasalah nya kumpul dulu sampah sampah dalam satu plastik dalam kereta dia tu, then bila dah sampai rumah nanti baru la ambil buang dalam tong sampah kan. Bukan nya menyusahkan sangat pun kan.

Sila anda diluar sana, sayangilah alam sekitar kita. Memang agak susah nak menampung sampah di tangan anda mahu bersaiz kecil atau pun besar, tapi sabar lah sikit, cari tengok sekeliling kot kot ada tong sampah. Kalau dah malas sangat sebab berjarak agak jauh, simpan dulu dalam beg atau pun dalam kocek baju. Ada pulak, memang la berhajat nak buang sampah dalam tong sampah tapi malangnya terjatuh atau terkeluar dari tong sampah, dan dia just tengok ja sampah dia baru buang tu terjatuh dan tak berhajat pun nak kutip dan tinggalkan macam tu ja. Memang la sengal punya orang!!


 
Akhir sekali, sila kamu di luar sana sayangi lah alam sekitar kita. Kita sama sama menggunakan alam sekitar, jadi sama sama lah kita pelihara.

Pesanan khidmat masyarakat

Khadijah Nas



No comments: