Thursday, 27 January 2011

Student Life Best

Apabila dah sampai ke tahun akhir pengajian, rasa macam

“Eh, tak lama dah lagi aku nak habis belajar”

Memang pun, dah sebati dah dalam diri, hidup dengan pergi kuliah tak pun pergi site tak pun masuk lab tak pun buat assignment kejar date line tak pun study tak pun tengok cerita korea tak pun baca novel tak pun tengok drama melayu tak pun hang out dengan member member tak pun duduk bersembang bergelak macam orang gila tak pun online tak pun duduk rumah tidur tak pun kalau rajin sikit masak benda apa pun tak tau asal boleh makan . Kehidupan macam orang tak ada masa depan ja.


Time student ni la merasa stress tahap kronik time exam week

Ya, itu lah aktiviti lazim sepanjang bergelar student di zaman ini. Duit memang tak payah fikir la kan sebab parents bagi tak pun loan tak pun scholar. Ala, bukan nak beli apa pun. Setakat top up pakai RM5 ja 2 minggu. Makan bajet la kan. Jangan ingat nak bedal ja semua benda. Beli apa yang di perlukan ja. Tanggungan of course la tak da bagi still single lagi kan. Agak sakit untuk mereka yang ada kenderaan sendiri tak pun kepada mereka yang hangat bercinta, padan muka la kalau kena perabis duit dekat top up, makan dan minyak kereta kan. Itu sendiri punya pasal la kan.

Alhamdulillah, agak beruntung jugak aku bila tak menanggung hutang belajar, sakit tak dak duit tu jangan la tipu tak da kan, tapi pandai pandai la manage dan beringat. Teringin nak beli macam macam tu memang la belambak, ikut kan hati macam macam nak, tapi tak boleh tak boleh itu semua nafsu.

So far, aku dah jadi siswi IPTA ni sejak dari tahun 2006 sampai sekarang dah tahun 2011, mak aih, memang la dah lama, hampir 5 tahun dah, sepanjang 5 tahun ni la aku hidup dengan duit cukup cukup pakai dan dah 1 tahun pakai telefon tak dak battery memanjang. Memang la sungguh naif. Sob... sob... sob... Agak agak layak tak masuk Bersamamu??


Kepada di luar sana, duit bukan lah ukuran untuk tak boleh teruskan hidup teruskan belajar dan apa apa lagi. Tak cukup duit pun boleh hidup apa. Ceh!

Beruntung menjadi pelajar UiTM yang mempunyai yuran pengajian yang agak murah dan yuran penginapan yang pun memang sungguh murah. So, masuk lah UiTM.

Makan standard la kan, sehari bajet la RM10, so sebulan baru RM300. Agak agak la nak makan fast food setiap minggu kan. Bajet la beb! Bajet! Ni dapat duit awal sem, terus beli macam macam, hujung sem makan nasi dengan ikan bilis, tak best la macam tu kan.


Apa pun, dah tekad, hanya di zaman student ja di belenggu tak dak duit. Cukup la sebagai setakat di zaman belajar. Dah kerja, duit simpan, simpan dan simpan dan sekali sekala beli lah apa saja yang teringin sebab ko memang dah ada duit dan itu titik peluh ko sendiri. Better, elak dari berhutang untuk kesejahteraan masa hadapan.

Sekian

Jauhi diri anda dari belenggu hutang

Khadijah Nas



No comments: