Wednesday 6 April 2011

Cabar diri menjadi 'A Women On Her Words'

Gambar hiasan cilok from ZackZukhairi's facebook 



Jiwa kacau?

Hurm ada la sikit terjejas nya gara gara perkara yang tak disangka dan setelah disoal siasat dah tak ada apa selagi ia tak melangkau lebih jauh. Apa lah tu kan? Let it be.. Alhamdulillah dikurniakan emak yang memahami anak anak, tidak memaksa siap berahsia ada la. Bila tanya baru la explain berjela jela dah tu siap gelakkan lagi. Aduii la. Tapi ada jugak kurang senang dengan pihak kedua atau dengan kata lain orang tengah atau dengan kasar nye penyibuk. Memandai je..

Serabut?

Gila serabut nak nak menjelang waktu kemuncak sekarang nih. Exam around the corner. Ada assignment baru dapat ada project baru dapat ada presentation perlu di hadapi ada thesis yang tak siap siap diedit, dan ada test yang tak tau nak jawab apa. Mananya tak serabut kepala.

Buang masa?

Inilah masalah paling besar sekali untuk di atasi. Masa yang ada tak digunakan untuk menyetelkan semua kerja kerja. Apa yang dibuatnya pun tak tau. Last minute baru terhegeh hegeh nak siapkan.

Tidur?

Asal mengadap buku otak menerawang ke mana hala, asal hujung minggu balik rumah sambung tidur. Bangun pagi dah terbaik, bangun paling awal sebelum subuh lagi, dah solat lepas tu kesunyian tak tau nak buat apa pergi sambung tidur balik, memang terbaik...

Insaf?

Memang setiap minit terdetik, tapi terdetik je la, tak jugak berubahnya. Godaan syaitan tak mampu dilawan. Maknanya iman masih lagi tidak mantop.

Azam?

Harus berubah, tak boleh begini selamanya. Stop kejap kesemuanya, sampai lah cuti baru lah nak buat apa top up balik habis habisan. Akan tinggalkan broadband dekat rumah bagi Amin dengan Sarah manage tanaman dekat FarmVille aku. Tengok, pokok dekat farmville yang dirisaukan.. Camne nih? Akan stop kejap memberi laluan untuk mengimprovekan apa yang terkurang dengan menjauhkan diri dari aktiviti aktiviti membuang masa yang sangat disukai.

Harapan?

Mengharapkan tinta yang dikarang bukan lah hanya hangat hangat tahi ayam. Nak cuba cabar diri boleh ka menjadi,

 ‘A Women On Her Words’


Sekian

Khadijah Nas

1 comment:

damha [Reply]

semua perkara2 tu perlu disempurnakan dan di settlekan dulu utk mengecap sebuah kejayaan...usaha dgn gigih tanpa mengenal jemu...cabarlah diri sendiri utk mencapainya...