Wednesday, 25 May 2011

Memainkan peranan menjadi orang tengah dalam satu peperangan dua hala.

Peperangan dua hala ni lebih kepada pergaduhan antara dua rakan baik bukan peperangan negara ke peperangan bani ke peperangan puak ke, harap maklum.


Gambar Hiasan

Tips:

Jangan bukak aib kawan

Jangan jadi batu api

Mendengar dengan penuh setia

Dengar ja tapi jangan jadi nasi tambah

Jangan nak kepoh kepoh “Wey, diorang tu gaduh..”

Senyap sudah macam tak tahu apa apa

Jangan pandai pandai nak jadi penyelamat keadaan dan tukang damai

Biar marah diorang reda dulu dan sejuk sendiri

Jangan perli kawan, “Weh, tuh kawan baik ko lalu..” tapi sekali skala tak pa jangan selalu sangat silap silap ko sekali jadi mangsa perang dia

Jangan cerita kan hal musuh depan musuh kesian dia dari selera makan cerita pum pang pum pang tup tup bila bukak cerita pasal musuh dia dah jadi senyap sunyi suasana.

Selalu nya kalau tengah marah ni nama musuh pun dia tak mau dengar so elak elak kan demi menjaga keharmonian suasana

Jangan ungkit ungkit hal lepas kecuali kalau dah tuan punya badan dah bukak cerita

Jangan bagi pendapat sendiri macam “Eh aku rasa sebenarnya nya kan ko yang salah...blabla..” tak payah sebabnya selalunya dia tau sebenarnya sapa yang salah dan dia tau kalau dia salah ke tak. Bukan orang tengah yang tau apa yang terjadi. Hanya mereka yang tau apa yang mereka rasa apa yang mereka kecik hati kan

Kalau kawan ko tu memang tak ada hati dah nak maafkan atau pun mungkin sebab dia still tak sedia lagi, jangan nak paksa dia. Beri dia masa dulu untuk berfikir dan membuat muhasabah diri. Kecuali bagi hint atau kata kata umum yang menyebab dia terkesan

Jika dia salah memang dia akan tau sebenarnya dia salah cuma EGO dia menghalang untuk dia mengaku yang sebenarnya nya dia salah

Kadang tuh yang menjadi punca peperangan atau perbalahan itu berlaku mungkin benda yang remeh temeh ja tapi time tu dia mungkin tak berapa nak sihat, ada problem lain, period, hormon tak stabil tu yang benda kecik jadi berlarutah sampai berbulan bulan.

Kadang tuh bukan benda kecik tu penyebabnya tapi dah pendam punya lama dalam hati sampai satu tahap tu meletop melimpah meruah ruah apa yang di pendam nya tu.

So sebagai orang tengah, ikut saja rentak kawan kawan. Jangan nak memandai jadi penghubung dua hala. Sampai masa diorang dah bersedia, dah cool diorang akan cari orang tengah untuk menjadi pendamai keadaan untuk nak mula kan balik persahabatan.

Kata kata ini hanyalah dari pengalaman dan pemerhatian penulis.



(^__________^)

-Khadijah Nas-









6 comments:

damha [Reply]

seorang sahabat adalah kawan yg boleh bersahabat dgn kita sebagai seorang kawan...he333

Khadijah Nas [Reply]

yupzz (^__^)

damha [Reply]

hye nas..lama x dgr khabar..bz ke...

Khadijah Nas [Reply]

hai damha but always read ur name as ahmad. hihi

damha [Reply]

ye ahmad nama saya yg sebenarnya...damha tu nama pena saya utk wat puisi...he3333

Khadijah Nas [Reply]

mana puisi nya? nak baca jugak.