Friday, 10 June 2011

Keberkatan dalam setiap sen yang diperolehi



Apabila tak ada duit automatik menjadi runsing

Apabila tak ada duit duduk diam tak pi mana

Apabila tak ada duit makan pun takat alas perut sahaja

Apabila tak ada duit merasakan diri begitu kerdil, hampeh, tak berguna



Duit. Duit. Duit. Duit. Duit.



Itu yang di runsingkan

Sedar tak sedar minda kita telah di ajar batapa berharganya duit dalam aktiviti harian

Ibarat nyawa yang penting untuk meneruskan kehidupan di dunia

Ibarat oxygen yang diperlukan untuk bernafas

Ibarat ikan yang perlukan air untuk hidup

Bagaikan wajib

Kalau tak ada tak boleh hidup



Tiada lagi kepercayaan kepada istilah istilah skema:



“Rezeki Allah ada di mana mana”

“ Allah yang menurunkan dan memberi rezeki”

“Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah”



Kepercayaan itu hanya tinggal sebutan mainan di mulut

Tak pun kena hentam dengan ayat ni,



“ Kalau duduk saja, mana duit tu nak mai? ”



Mana tak nya,

Dengan harga minyak yang semakin meningkat

Dengan harga barangan runcit serta keperluan harian yang semakin mahal

Dengan tak tertampungnya pendapatan bulanan terhadap perbelanjaan seisi keluarga

Bergerak ke mana sahaja perlukan sogokan wang



Agak menarik apabila satu orang mangatakan,



“Aku lebih rela mempunyai sejumlah wang yang sedikit tetapi menjalani hidup dengan aman dan tenang, berbanding menjadi satu orang yang memiliki wang beribu ringgit tetapi hidup dalam keadaan gelisah, risau, dan senantiasa mencari jalan untuk melipat kali gandakan wang nya.”



Sebetulnya,


Bukan wang yang perlu di cari cari

Tetapi keberkatan dalam setiap apa yang dijalani dan dilalui

Apabila semuanya diberkati

Hidup akan senantiasa dimurahi rezeki



-Khadijah Nas-




2 comments:

damha [Reply]

keberkatan n keredhoaanlah yg kita harapkan dlm hidup ini.....walau memiliki nilai duit yg sedikit tapi masih mampu tersenyum puas didunia ini...

khadijah nas [Reply]

agree (^__^)