Saturday 11 June 2011

Merenung dan terus merenung



Bila bergelak galak seronok bergelak ketawa dengan member member
Sedar tak sedar ada yang sedang menderita di luar sana
Dibadai kesedihan berlipat kali ganda
Kesunyian, Kemurungan, Kesedihan, Kehilangan,
Bila mendengar, membaca, atau melihat dengan mata kepala sendiri insaf seketika

Tengok, hanya seketika!

Takziah kepada PakNgah dan MakNgah sekeluarga dia atas kehilangan anak sulung mereka
Semoga Allah sentiasa merahmati dan mencucuri roh arwah

Sepupu yang dah lama tak jumpa
Sebulan lepas kenduri kahwin dia tak sempat nak pergi sebab tengah exam
Tapi rupa rupanya terus tak dapat jumpa selama lamanya
Semoga isteri dia terus tabah dengan dugaan Allah

Bila seronok seronok, dan tiba tiba dapat berita sedih terus terdiam dan terfikir kematian boleh datang bila bila masa dan dekat mana mana dan bermacam macam cara

Takut?
Takut la..

Dan merenung seketika bagaimana pula dengan giliran kita
Senang ka? Susah ka? Mudah ka? Atau menyeksakan?

Bila dengar Ustaz Shamsuri ulas bab amalan dan kematian
Sangat memberi kesedaran

Beliau mengatakan bahawa kematian terbahagi kepada dua

SENANG atau SUSAH

Allah memudahkan kematian hamba yang dia sayang
Allah menyukarkan kematian hambanya yang dia benci

Pilih sendiri mana yang kita mahu?
Jika mahu yang senang bagaimana cara nya?
Rela ka mahu yang susah?

Setelah kita mati tiada yang menemani melainkan amalan, ilmu baik yang diajarkan ketika hidup serta doa tanpa henti oleh anak anak yang soleh dan solehah

Kepada anak anak yang telah kehilangan ibu bapa, doakan lah mereka yang telah pergi meninggalkan dunia tanpa henti bukan meratapi kerana doa kita meringankan penyeksaan mereka di sana

Jika buat majlis tahlil, kenduri arwah setiap tahun sekali pun, kalau kita sebagai anak kandung tidak turut sama mendoakan mereka, tidak berguna juga

Dan of course kepada yang mempunyai parents yang masing hidup doakan lah kesihatan dan umur mereka di panjangkan supaya mereka dapat melipat kali gandakan ibadah dan amalan mereka sebagai bekalan ke akhirat

Lately aku selalu lalu depan perkuburan
Sejak dari balik kampung sampai la dekat Melaka ni

-Khadijah Nas-

2 comments:

damha [Reply]

al fatihah juga drp saya..moga2 rohnya dicucuri oleh yg maha esa.....kematian boleh dtg tanpa apa2 tanda n bila2 masa saja...

khadijah nas [Reply]

Al-Fatihah