Saturday 16 July 2011

Misi burung hantu

Bila perut kelaparan masa stay up malam malam dekat rumah, gelagat macam pencuri bila pulas tombol pintu slow slow dan turun tangga dengan silent. Sampai bawah sanggup jalan dalam gelap teraba raba ke dapur. Bukak lampu dapur pergi ke peti ais cari apa yang boleh di makan. Kadang tu goreng telur makan dengan roti sebab dah kelaparan sangat.

Teringat masa umur awal belasan tahun dulu masa dekat kampung. Kampung aku ada dua satu dekat Mahang belah mak satu lagi dekat Tasek Gelugor belah ayah. Aku panggil kampung belah ayah ‘rumah opah’.

Aku cucu nombor 3 dalam family belah Tasek Gelugor. Akak aku cucu nombor 2 dan cucu sulong Kak Ain. Kalau balik kampung kami bertiga ni memang geng dan kepala dalam segala hal. Kami bertiga gak kepala kepada misi burung hantu. Pengikut yang lain cousin girls 4-5 orang sekolah rendah.

Bila musim sekolah, pak sedara mak sedara pun pakat pakat la balik rumah opah termasuk family aku. So bila pakat pakat balik, so semua bilik penuh di gunakan. Golongan budak budak kena tidur dekat luar. Selalunya ruang depan tv la port tidur ramai ramai bentang toto.



Tapi bila malam malam bila semua orang orang tua dah tido rumah dah gelap gelita pun kteorang budak budak nih dok cari channel astro yang best untuk tengok midnight movie. Kadang tuh dah prepare cd hindustan siap siap nak berkumpul tengok ramai ramai especially shah rukh khan punya film. Tak pun online internet masuk kampungchat menyamar jadi orang dah kerja tak pun kadang tu mengaku status janda. Yang lawak nya kami sepupu sepupu pakat bergilir gilir tulis menipu temberang dekat private chat tuh. Lepas tu gelak macam tak ingat dunia. Bila dengar pintu bilik dibuka masing masing gelabah padang sesama sendiri.

Lumrah la bila dah penat gelak merapu perut pun lapar. Masing masing pandang sesama sendiri,

“ Eh ko gi masak apa apa, lapar la..”

“ Weh, masak apa malam malam buta ni..?”

Lepas tu semua pakat pergi bukak peti ais tengok apa yang boleh dimakan. Haaa, yang syok nye kalau dekat peti ais rumah opah mesti gerenti tak pernah tak ada mesti ada nya something macam nugget, sausage, burger, kentang tapi benda yang kena masak la. Dah satu hal nak kena masak. Oh tapi di sebabkan perut lapar semua itu tak ada hal.

Misi memasak bermula tung tang tung tang bila bukak kabinet bawah jumpa maggi.

“Weh, ada maggi la!”

“Oh, tak pe itu untuk malam esok pulak..”

Lepas dah siap masak, dengan siap bancuh air kordial berais lagi, perghh memang best berkelah malam malam sambil tengok midnight movie.

Tahun ke tahun bila masing masing dah masuk universiti dah jarang bertembung cuti so benda tu semua dah lama tak buat. Tapi stay up malam malam masa semua orang tua dah tido still menjadi tradisi masa musim cuti sekolah dekat rumah opah tapi mid night channel cartoon la. Adehh. Semua budak budak conquer. Yang girls tengok cartoon yang boys pulak berkumpul dekat ruang depan main PS3. Yang dah besar dah tak tahu nak buat apa masuk bilik tengok cerita dekat laptop je.



Khadijah Nas




2 comments:

mrs kayrul [Reply]

bestnya aktiviti masa kecik2 dulu..rajin plak nak masak tengah2 malam...hehhehe

khadijah nas [Reply]

hihi.. lapar punya pasal (^__^)