Friday, 15 July 2011

Hitam

Aku teringin nak bersalin kulit blog ke warna putih lepas masuk beberapa blog yang covered fully white background nya. Nampak lebih kemas lebih selesa dan lebih cerah dan ceria. Tapi aku dah beberapa kali try untuk tukar tapi lepas beberapa percubaan aku merasakan blog KhadijahNas ni nampak terlalu banyak tampalan yang mencacatkan kalau warna putih tak pun kena buat pengeditan yang banyak kerja so lastly still hitam jugak yang dapat menutup cacat cela tampalan tu semua.

Bukan bermakna hitam itu muram, mendung, sedih tapi hitam itu lebih bermaksud penampilan yang lebih confident. Bagi aku bukan bermaksud untuk menidakkan kecacatan tampalan itu semua tapi untuk membuatkan ia kelihatan lebih kemas. Aku lebih yakin untuk bersemuka dengan warna hitam.

Aku akui lebih selesa dengan warna warna hitam. Hah tapi macam menunjukkan hidup aku tak berapa ceria, kemendungan dan keboringan kan? Aku layan jugak warna warna flowers, warna warna ceria, yang brightness ke putih ke tapi pinky kureng la but lastly hitam lebih bertakhta.



Hitam boleh match dengan banyak warna warna yang cerah. Walaupun hitam yang kosong tapi ia akan lebih berseri kalau di warnai dengan warna warna lain. Macam hati yang mendung lebih berseri dan berbunga bunga riang jika disinari cinta. Betul ke?

Hitam juga bagi aku bersifat menyembunyikan kelemahan yang lain dalam masa yang sama memberi peluang warna lain untuk kelihatan lebih menyerlah dan cantik. Hitam bersifat menolong warna lain tetapi dalam masa yang sama ia merendah diri. Cayalah hitam!



Khadijah Nas



7 comments:

PEAH [Reply]

hitam itu menawan

Khadijah Nas [Reply]

(^__^)

naz [Reply]

saya sangat gilakan hitam. kebanyakan baju pun hitam haha

Khadijah Nas [Reply]

yeahh naz.. hidup hitam!

damha [Reply]

kekadang rona hitam itu juga boleh menaikan seri satu2 background...

Khadijah Nas [Reply]

betul tu damha (^__^)

damha [Reply]

T_T