Tuesday, 12 July 2011

Dunia Cyber

Aku mengaku suatu ketika dulu aku hantu chatting. Kalau online mesti kena cari ruang bersembang. Bukan tujuan untuk berkenalan cari boyfriend or girlfriend tapi saja suka suka. Aku start chatting sejak dari Form 2. Masa tu dekat rumah ada telefon rumah, so online pakai telefon rumah. Room yang selalu aku masuk MiRC tak pun KampungChat.



Bila dah mula kenal Yahoo Messenger (YM), mula la buat email yahoo dan join room negeri negeri yang selalunya ramai orang. Aku akui,  bersembang dalam alam maya ni tak berkelakuan jujur pun tak apa sebab nya bukan nya orang tau. Habis tipu macam macam. Umur la, tempat tinggal lah, kerja la. Rata ratanya aku percaya chatters yang suka suka nak masuk laman bersembang ni sebab boring selalunya menipu macam macam.

Bila di umur muda dah kenal dengan chatting dan sebagainya dan pernah addict, bila dah makin dewasa, itu semua tak lagi di peduli means tak la heran sangat dah mungkin lama lama dah jemu. Sampaikan sekarang ni dekat laptop sendiri tak install YM pun tak berapa kisah sangat. Memang betul pun aku dah jarang online YM dengan Skype sekarang ni.

Tapi bila online guna PC di rumah, aku online la jugak YM dan bosan bosan masuk chat room Malaysia. Aku suka masuk chat room negeri Kedah tak pun Kelantan. Kalau rasa nak cakap indon aku masuk chat room Jakarta. Aku suka bersembang dekat ruang depan, malas nak layan yang private message. Kadang kadang tu bertalu talu masuk, gila macam mana nak balas. Asal masuk tanya soalan yang sama... Asl?

Lama dah aku perasan, kalau masuk chatroom tengah tengah malam je banyak la chatters yang pelik pelik means lucah la. Bukan setakat message je lucah, nick name nye pon. Ish la. Kalau aku rajin aku layan jugak "Wauu, hot nye nama" bagi je segedebuk ayat power tapi selalunya ignore je.

Laman bersembang ni sebenarnya tak la tak baik. Ramai jugak aku kenal dari laman bersembang ni yang boleh bertukar cerita means otak yang positive bukan yang jenis dok cakap benda kotor je.. Dari laman bersembang, macam macam cerita boleh di share, pengalaman hidup, macam macam sebenarnya.

Kadang tu lebih selesa meluahkan perasaan dengan orang yang tak dikenali berbanding dengan orang yang dikenal sebabnya masalah yang sometimes kita ego nak share dekat orang keliling. Rakan cyber ni dia datang dan pergi bila kita terus di alam cyber. Pagi, kita akan jumpa orang lain dan petang pulak kita akan jumpa dengan yang lain dan begitu lah seterusnya. Datang dan pergi. Singgah dan pergi begitu sahaja tanpa dikenali.

So, aku nak tekan kan di sini, kalau memang niat kita ke arah yang baik, tak ada masalah sebenarnya. Manusia yang mencipta teknologi, manusia juga boleh control dan manage teknologi. Ke arah kebaikan atau sebalik nya.

Niat aku setiap kali aku masuk chatting room hanya untuk suka suka bersembang dan juga dengan harapan boleh meningkatkan skill menaip dengan lebih laju. Pergghhh, memang kalau dah sampai lebih 10 orang sekali PM, memang la kena type laju laju nak balas semuanya.

Kadang tu, ada yang masuk chatting room untuk mencari bf/gf tak pun kawan yang boleh bertemu janji di dunia realiti. Aku jarang mengamalkannya. Pernah sekali je aku jumpa dengan kawan chatting lepas tu terus aku tak contact dia. Aku kurang berminat bab bab berjumpa di luar ni. Otak aku jenis pikir macam macam. Aku tak tau nak kata la kalau chatters yang jenis jumpa berjumpa kenal berkenalan bertemu janji ni. Bahaya sebenarnya lagi lagi perempuan. So elak kan dari bertukar tukar no phone sebabnya dari kenalan phone, bergayut bermessage ni la yang akan berakhir dengan pertemuan.

Kepada adik adik perempuan yang masih muda dan mentah terutamanya, memang seronok dunia chatting ni tapi aku nasihat kalau boleh jangan la mudah sangat jatuh cinta dengan kawan cyber anda. Pulak tu jangan mudah nak bertemu janji bagai sebab nya risiko tu memang la sangat amat amat bahaya. Taukan berapa ramai chatters yang berjumpa berakhir dengan terlanjur. Sanggupkah?

Memang tak dinafikan ada yang ikhlas tapi kita tak tau sama ada dia memang ikhlas atau pun tak. Ada aku pernah dengar cerita, bertemu janji berdua tapi yang datang nya berkumpulan, habis dikerjakan nya oleh lelaki lelaki binatang. Nauzubillah..

Tapi sekarang ni memang canggih bila rata rata lepas dah 5 minit berchatting akan keluar soalan, "Ada webcam tak?" Dah nak tengok muka pulak. Ada tu pulak memang terus menawarkan diri nak on webcam dia tengok tengok benda lain yang di tunjuk nya. Perghhh gelap otak 40 hari. Pengajaran nya jangan la sesekali accept kalau ada siapa siapa nak on webcam dia. Bahaya!

Kalau bernasib baik, boleh jumpa rakan cyber yang memang betul betul ikhlas nak berkawan tapi kalau tak bernasib baik jumpa yang sebalik nya lah.

Sekian.

-Khadijah Nas-



2 comments:

damha [Reply]

slm nas...itu lah dia dunia tanpa sempadan....maklumat dihujung jari...berkomunikasi dialam maya...tak kenal dgn siapa kita bersembang...hanya ayat2 jadi penghubung..mungkin sekian ramai yg kita kenal akan ada satu teman yg betul2 memberikan kita satu sentuhan utk terus berkomunikasi...menjalinkan ikatan bahgia.....teman tapi mesra...kita boleh berkongsi maklumat atau info dlm apa jua bidang yg kita ketahui...ini adalah satu pengalaman yg amat bernilai n berharga jika kita pandai mengolahnya dgn baik...

khadijah nas [Reply]

wasalam. betul tu, pengalaman yang berharga bernilai yang kita hanya dapat apabila kita cari ia sendiri bukandari orang lain. (^_^)