Thursday, 14 July 2011

Handphone

Telefon adalah alat komunikasi yang menghubungkan di antara satu sama lain yang berada di lokasi yang berbeza beza. Kalau dulu masa telefon tak diguna pakai luas, orang akan datang ke rumah jirannya yang ada talian telefon untuk tumpang guna. Lepas tu bila pondok telefon di dirikan di tempat tempat awam, budak budak muda akan korek tabung duit syiling untuk buat bekal bergayut dengan awek berjam lamanya.

Selepas handphone mula mula di perkenalkan macam Nokia 3010 baling anjing pun mati tu, mula la pakat budak budak sekolah kerja potong sayur, tolong makcik jual air tepi jalan sebab nak kumpul duit beli handphone. Ada yang jenis malas sikit, desak mak ayah belikan handphone sedangkan mak ayah dia pun tak mampu nak pakai. Masa tu harga sebijik handphone 3010 ada la nak dekat RM500 ++ kalau tak silap. Mahal la tapi time tu siapa yang ada sebijik kira hang ni bergaya la ada handphone tak lepas tangan dok menaip memanjang berbalas message tah dekat sapa tak pun main balas balas miss call.

Telefon bimbit ni mula terkenal dekat depan mata aku kalau tak silap aku masa aku tingkatan satu (2001), mungkin sebelum tu pun dah femes tapi sebelum tu kan aku budak sekolah rendah so budak budak lagi tak berapa nak kenal teknologi walaupun aku kenal notebook masa darjah 3. Bila dah naik sekolah menengah, dah melangkah masuk ke alam remaja, aku dah boleh mula nampak penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah semakin tak la ramai tapi semakin bertambah tahun demi tahun.

Masa tu harga sim card celcom eh masa tu bukan nama celcom tapi TM apa tah dah lupa,kalau nak beli satu nombor harganya RM50 bukan macam sekarang RM8 pun ada siap boleh pakai 2-3 nombor lagi. Mungkin orang lain pakai handphone masa darjah 6 tak pun tingkatan satu tapi aku pakai handphone sendiri masa baru jejak kaki ke universiti. Gila ketinggalan. Sebelum tu guna handphone mak kalau nak message kawan.

Nombor pertama yang aku pakai celcom itu pun mak aku punya nombor asalnya lepas dia tukar pakai bil so aku guna nombor lama dia. Tapi mahal kalau message ke maxis, satu message sampai 20 sen kalau berbalas sampai 5 messages dah terbang RM 2. Message ke celcom sesama celcom pun 10 sen/sms.

Bila keluar nombor Upax, aku la orang yang paling gembira dan antara manusia terawal yang guna Upax sebab masa tu femes dengan aplikasi Maxis Campus means kalau message maxis-maxis dengan member dalam satu kampus dapat la murah.

Dengan Celcom Upax, aku sanggup tukar nombor baru dan guna sampai sekarang. Bila ada package yang memuaskan buat apa ragu ragu untuk bertukar? So sampai sekarang sangat berpuas hati dengan Upax sebabnya tiada tarikh luput untuk menambah nilai baki creadit sampai la 2015 nanti since aku guna RM5 untuk 2 minggu. Gila kedekut!

Penggunaan yang murah, hanya 1 sen per sms ke talian yang sama dan 6 sen ke talian yang berbeza dan call yang juga dalam rate yang murah siapa yang tidak berpuas hati. Memang aku akui ada kekurangan pada 7 hari free call birthday gift hanya boleh call nombor Upax tapi sekarang rata rata kenalan dah pakai Upax jugak.

Kalau dah nama pun student, tak mampu la nak pakai talian tetap a.k.a pasca bayar a.k.a bil kecuali hang memang ada pendapatan sampingan tak pun pak hang bayaq tak pun bf hang taja. Bil ni tak terkawal penggunaan nya tapi kalau guna sikit kena bayar ikut nilai yang dah ditetapkan. Rugi la kan? Guna celcom broadband pun dah fikir mana nak cari duit nak bayar bil bila time cuti cuti macam ni. Adeh la..

Kalau dah ada pendapatan sendiri lain la, nak pakai CELCOM EXAC 200 pun tak ada masalah. Hidup CELCOM!



Walaupun sekarang ni bercanggih canggih jenis handphone yang keluar ramai yang tetap bebalik tak pun spare satu handphone model yang lama yang jenis boleh tahan bettry sampai paling paling 3 hari sebab malas nak charge bettry. Kalau yang jenis handphone selalu jatuh je especially dalam lubang toilet so bila pakai handphone murah tak la terasa kerugian sangat.

Kalau tengok balik dari tahun 2000 sampai sekarang dah 2011 means dah 11 tahun teknologi handphone di Malaysia memang la berkembang rapidly, gila pesat lah. Cepat betul. Ini 11 tahun tempoh masa kewujudan handphone depan mata aku la. Kalau dulu hitam putih, sekarang ni dah touch and drag. Teknologi memudahkan pengguna tapi juga turut menyusahkan pengguna. Sebab tu akan ada lebih banyak pembaharuan dan pembaharuan untuk cover kelemahan kelemahan yang dapat di kesan. Improvement to be a better one. Lastly tokwan dekat kampung jugak susah terkial kial macam mana nak tekan accept call handphone canggih masa nak tolong jawabkan call cucu punya handphone.

Sekian

Khadijah Nas

2 comments:

damha [Reply]

teknologi komunikasi bergerak pantas tanpa kita menyedarinya...jika kita terlewat kita akan ketinggalan di belakang...gunakanlah sebaik mungkin teknologi yg ada demi kesejahteraan semua insan...

Khadijah Nas [Reply]

sebenarnya apa yang ada sudah cukup. kadang tu ada aplikasi dalam handphone yang langsung pun tak di gunakan(^__^)