Friday 22 July 2011

Kota Konstantinopel

Memang best betul kalau layan novel lebih lagi novel cinta + triller, kalau beli petang tu tak sempat nak menjelang esok dah habis baca. Kadang tu semalaman sanggup tak tidur layan novel lupa pun nak tengok cerita ANA LULU pukul 9 malam dekat TV3.

Tapi sekali sekala tu baca buku cerita kisah sejarah islam best juga. Kadang tu bukan tak nak baca tapi terasa berat nak terima dan faham dan mengantuk pun ada. Baca tu baca tapi dalam tengah baca buku tu boleh lagi khatam sebijik novel, kadang tu nak habis kan sampai berminggu minggu baru nampak muka surat akhir itu pun bila tengah baca selak selak muka surat belakang nak tengok banyak lagi ke...

Tapi bila dapat baca penulisan yang sangat senang untuk di fahami dan gaya pengolahan yang baik, terasa sayang untuk skip walaupun satu perkataan. Sultan Muhammad Al-Fateh oleh Abdul Latip Talib seronok untuk di baca. Aku terasa seakan berada dalam zaman Empayar Uthmaniah tu. Kalau dulu masa sekolah, novel Bukit Kepong tu tak pernah habis baca sebab dah la tebal lepas tu tak faham dan keboringan tapi bila baca buku ni yang berbentuk novel yang seakan menjelmakan kembali suasana pada zaman itu iaitu salah satu zaman tampuk pemerintahan Empayar Uthmaniah. Kaitan kaitan strategi peperangan yang mencontohi cara Rasulallah s.a.w. yang sangat mengkagumkan.

Bila baca muka depannya, Kota Konstantinopel? Seriously tak pernah dengar kat mana tu. Lastly rupanya baru tau rupanya Istanbul dekat Turki. Sebelum kota ini di berjaya ditakluk oleh orang Islam, ianya milik raja yang beragama Kristian.

Amat tertarik dalam buku ni bila diceritakan Rasulallah s.a.w. pernah bersabda bahawa Kota Konstantinopel akan ditakluk oleh orang Islam yang mempunyai;

"Pemimpin yang baik, memiliki tentera yang baik dan mempunyai rakyat yang baik"

Para sahabat begitu yakin bahawa sabda Rasulallah s.a.w. itu benar dan akan terjadi maka di zaman pemerintahan beberapa pimpinan telah berusaha menawan Kota Konstantinopel tapi menemui kegagalan. Lepas 800 tahun, di bawah pimpinan Raja Murad juga telah beberapa kali cuba menawan Kota Konstantinopel tetapi tetap gagal selepas 3 kali percubaan.

Menarik kan?

Siapa yang berjaya akhirnya?

Tentulah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Siapakah beliau?

Macam mana startegi peperangan beliau?

Bagaimana beliau menjadi seorang pemimpin yang baik dengan mempunyai tentera yang baik dan juga rakyat yang baik?

Bagaimana Kota Konstantinopel berjaya beliau tumpaskan?

Semua terjawab dalam buku ni;


Bila dah habis baca buku ni aku pun search internet tentang Istanbul dan jumpa gambar masjid yang dulunya sebuah gereja tapi lepas Sultan Muhammad berjaya menawan Kota Konstantinopel dan menukar nama kota itu menjadi "Istanbul" yang bermakna "Islam Seluruhnya", beliau memilih Gereja Aya Sofia dijadikan Masjid Aya Sofia.


Banyak gambar gambar di internet tentang Istanbul, Turkey. Sangat cantik lebih lagi bila dah tahu sejarah penaklukannya. Dan of course aku teringin nak pergi sana. Maybe one fine day.


-Khadijah Nas-






2 comments:

damha [Reply]

Sultan Muhammad Al Fateh adalah seorang pemimpin Islam yg hebat dizamannya...berani n tegas dlm pentadbirannya....

khadijah nas [Reply]

agree